Pages

Tuesday, October 29, 2013

Habbatus Sauda'

Ni minyak Habbatus Sauda'..
Bentuk Kapsul
Aku cuba makan ni.
Dah kerap sangat sakit sekarang kan...



"Kekallah kamu dengan habbatus sauda' kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit, kecuali mati.
[Hadis Riwayat Bukhari]
posted from Bloggeroid

Saturday, October 26, 2013

Jahit Jubah Sendiri

Aku curi masa sikit, jahit baju untuk diri sendiri..
Tapi nasib baik, jahit jubah ni kejap je.
Takde la curi masa banyak sangat.
Ngeh³


Dah siap. Tada!!!


Yeayy, insyaAllah boleh pakai pi konvokesyen abang cik Ahad ni.

UPDATE ==> 27/10/2013 - Hari Jubah Abg Cik

Me, wearing it.
Macam mimpi tapi realiti, pakai baju yang dijahit sendiri.


#SangatSukaHati
posted from Bloggeroid

Wednesday, October 23, 2013

Aktiviti Hari Ini


Pecut jahit tepi 3 pasang baju kurung.


Menyelit potong kain untuk buat jubah aku. 

Jahit tepi sekali.Untuk pakai pegi konvo abang cik.



Lepas tu baru perasan, span bahu abes.Maka beranikan diri drive keluar pegi kedai dengan mak.Jalan bukan main busy lagi. Nak keluar pun payah.Tapi alhamdulillah sampai jugak.



Ni pulak kesukaan dan kebanggaan aku, bila boleh gantung di situ.Ia memberi makna "Si Cabi ni, aku yang punya."
Riak je bunyinya kan..Huhuhu..Takde la, itu kepuasan untuk diri sendiri je.
Ok la, setakat ni dulu aku membebel.InsyaAllah jumpa lagi (^_^)

posted from Bloggeroid

Friday, October 18, 2013

Jumpa Doktor Lagi

Sakit perut melanda lagi.
Sakit sejak pukul 2 pagi, seksa subgguh rasanya.
Sebab tak tahan sangat, aku ajak ayah pi klinik.
Dapat cucuk sedas, rasa lega sikit.



Teruk tak teruk,semua ni tak lekang dari sisi dari awal pagi tadi.
Siap ada tungku lagi. Huhuhu

Moga lepas ni tak sakit lagi.
Seksa sangat rasanya.
posted from Bloggeroid

Tuesday, October 15, 2013

Salam AidilAdha 1434H


Selamat Hari Raya Haji korang!!!!!
Ni koje orang takde koje.
Semua orang pi solat raya kat surau.
Aku jela yg jadi jaga rumah.
Posing sorang²... (^_^)v

Bila semua dah balik rumah...
Nilah aktiviti² yg dok buat hari ni...
Tengok Running Man, Jahit Tepi kain, layan Sedara datang..
Dan aktiviti yang paling best.. MAKAN!!!!
Hahaha...

Kami tak balik kampung, sebab Abang Cik gerak balik KL hari ni.
Lepas zohor tadi dia gerak, dah selamat sampai sana pun.
Makanya hari ni, beraya kat rumah sendiri jela...
Heeee... =p




Lepas tetamu balik, perut pun dah kenyang. Makan2 tadi.
Kami posing lagi..!!
Hehehe..
Antu Kamera memang gini (^_~)v
Dah sakan berposing, bawak diri ngadap lappy pulak.
Nak layan movie kejap.
Daaa!!
posted from Bloggeroid

Monday, October 14, 2013

Takkan Pernah Tahu

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu apa sebenarnya Allah sediakan buat kita sehinggalah kita menempuhnya. 
Kita tidak akan tahu apakah perjalanan kita akan selamat menuju destinasi hingga kita benar-benar sampai di sana. 
Di pertengahan jalan apa yang akan berlaku, tidak pernah kita tahu..

Saturday, October 12, 2013

Jangan Minta Mati

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 
“ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” 
Riwayat Bukhari dan Muslim

Sunday, October 06, 2013

Demam Panas


Ni mende wajib ada di sisi.
Air, strepsil (ayah silap beli yg kanak²), kokokrunch.
Dah macam budak² sungguh la kan?

Dah lama tak demam teruk macam ni.
Sekali kene, tudia aih. Seksa oii...

Mula² selsema, pastu demam urat, muntah tak payah kata la rasa nak terkeluar isi perut. Ni pulak tambah lagi satu, batuk.
Huhuhu

Dugaan sungguh. Memang 2 hari ni banyak berbungkus dalam selimut dan tido.
Bangun solat then tido balik. Gitu la seharian semalam. Hari ni je, kurang sikit tidonya.

Aku susah hati jugak ni, kain berlambak lagi tak berjahit. Uwaaaa...

Tension..tension...TAPI Sila sabar banyak² ye Miza. Allah swt sedang menguji tu.

Ok la korang, aku nak tido da.
Da selamat berbungkus dalam selimut.
Ubat batuk pun dah telan.
Gud Nite!

posted from Bloggeroid

Thursday, October 03, 2013

Appointment For CheckUp

AKu dah dapat tarikh untuk check up batu karang.
NILAH HASILNYA!!
Korang paham ke?
AKu tak paham tapi doktor kata buah pinggang aku normal.
Syukur Alhamdulillah..
Kiranya aku selamat dari masalah buah pinggang mahu pun batu karang.
Yeayy!!
Aku ke sini la tadi, lepas buat ultrasound kat bahagian x-ray.
Surat rujukan daripada doktor yang mula2 check aku.
Bilik doktor yang nak sahkan gambar ultrasound aku tadi tu.

Balaik je tadi, minum air berbuih ni..
aNasib baik best, perisa oren gitu.
Korang ada?
Kikiki~~

Itu jela kot yang aku nak kabo.
Aku sihat alhamdulillah.
Cuma nak kena perbanyakkan minum air je.
NGeeee!!!

Doakan aku semoga sihat selalu ya.
Tata!!
posted from Bloggeroid

Tuesday, October 01, 2013

Dah Sampai!



Yeayy, Kompilasi Cerpen dari IKP dah sampai.

Satu lagi, novel aku beli kat Popular Ipoh minggu lepas. Tak bukak plastik lagi.

Entah bila nak membacanya tak tau la.. kekangan masa melanda diri.
Sob sobsob..

Dah, nak kabo tu je.
Daaaa!!!
posted from Bloggeroid