Sut lain sangat..

4
COMMENTS

      Hmm...dalam hepi2 ni dah terselit kesdihan dan kepiluan... Kasut... kasut lain sangat sayang... sut wat sis, der ngan sara berdebar2. Tambah2 bila sut cakap sut nak g jauh bulan Disember nanti. Sut dah nak tinggalkan kami ke sayang... sebaknya hati ni..

     Sut... sis mintak maaf tak dapat nak ringankan beban sakit yg sut tanggung. Sis cuma mampu bagi kata2 semangat dan artikel2 berguna untuk renungan kita bersama. Ya, mati tu pasti tapi sis leh rasa betapa sut takut untuk menghadapinya... betapa sut tak mahu berpisah dengan mak sut serta orang2 yg sut sayang. Sis pun takut sayang.... takut untuk berdepan dengan kehilangan sut. Walau kita tak pernah bersua muka, sis tak pernah kenal rupa seorang Kasut tapi jalinan kasih sayang yg terbentuk antara kita tak mungkin sis dapat nafikan. Sis pasti ia turut dirasai oleh ma, atin, der, sara, pojie dan jugak crow cuma sayang crow tak pernah sedar hakikat yg adiknya ini sedang menderita sakit dan bertarung nyawa...

    Sut... tingkah sut sangat berlainan kali ni. Tadi sut adiahkan kami dengan kesukaan kami seakan2 sut merasai yg sut bakal tinggalkan kami tak lama lagi.. sis sedih......... sebak... tak tau macam mana nak diluahkan..

    Biarlah sis abadikan adiah2 sut untuk kami di sini ya sayang... walaupun hanya sekeping foto tapi ia jadi tanda ingatan buat kami...
Kasut Buruk nak bg sis...........khas utk sis...sygggggg sis. tq 4 everythings...will remember all that till the end..

Kasut Buruk this 1...mesti dpt agak kan..nak bg sapa???
4 my PINKYYYYYYYyyy.....sut syg pink....tq sbb sll teman kasut borak2 dlm room.....cpr laju2..muahhhhhh

Kasut Buruk nak bg kat najib.......tq 4 evrythings rupe........sut akan igt smpi bila2....pd makwe najib...sorie ek...kasut nak sayng najib gak...best prend lop....:)

Kasut Buruk yg nie nak g kat sorg abg yg baik hati...always cheers up my life..& sut akn sll buat mission dia accomplish...
tq brother...tq sbb sudi jd 'brother' 4 kasut buruk :)

Kasut Buruk khas tuk ainul mardiah yg sll hapie go lucky....syg ma......cpr laju2 kat ma & xmo lps smpi taun dpn..hehe

Kasut Buruk khas tuk atin dak cute....dak cadbury....syg kamu...jd cikgu baik2 ek...jgn garang2....lari ank2 murid nnt...hehehe
tq sudi dgr sut bebel2 tiap kali ada prob:)

Kasut Buruk yg nie nak bg pojie@pojiah.........hati2 skit dlm hdp..jgn nakal2..syg pojie gak.....

Kasut Buruk xtaw nak bg azli apa...tp sbb dia sekepala ngan pojie...so,sut nak bg mtr gak la kat azli..sampai ker dak kaki azli nie ek...hhehe
tq azli sbb jd kwn kasut....syg azli...azli jgn jual ppuan kat thai lg ek..wakakakaka
         
Kasut Buruk nie.....dari kasut buruk tuk semua geng upin ipin kat perak1.....sayanggggggggggggg korg semuaaaaaaaa2....
korg mmg THE BEST.... EVER & FOREVER.....
CPR KORG SATU2.....LAJU2..MUAAAAAaaaaaaahhhhhhhhhh
          Nilah adiah2 yg sut bagi kami.... sut... sis sayang sut... huhuhu... air mata da luncur laju je ni.. Abes macam mane...? Waaa......... cedih..... maceh sut sayang... muahhh....... cpr laju2.... hehehe... (tawa dalam tangisan)

      Moga ALLAH SWT sentiasa ada bersama sut dan kita semua. Insyaallah....amin.....

Derma organ

0
COMMENTS
      Ni satu lagi perkara menarik. Betul la orang kata kalau kita sihat tubuh badan segala ataupun kita tak punya kesedaran ke arah itu memang kita tak kan perasan tentangnya. Macam aku nila, kalau kawan aku tu tak bertanya pada aku pasal hukum derma organ memang aku langsung tak kesah la. Pada hal, masa blaja kt uni dulu ade je pihak2 datang buat kempen untuk jadi penderma organ. Aku masa tu buat endah tak endah je..
    
      Ni artikel yg menarik bagi aku, untuk renungan kita bersama...

Derma organ selamatkan nyawa

    MENDERMA atau memberi sedekah sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat negara kita. Bagaimanapun, bila ditanya tentang menderma organ, ramai yang skeptikal lebih-lebih lagi di kalangan umat Islam. Pelbagai persoalan bermain difikiran terutama sama ada Islam benarkan atau tidak menderma organ?

     Antara sebabnya, pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik di dalam al-Quran mahupun sunnah Rasulullah SAW.

     Bagaimanapun, pada tahun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ daripada penderma kadaverik (selepas mati) kepada penderma hidup.

     Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ZAKARIA IDRIS menemu bual Pakar Rujuk Pusat Sumber Transplan Nasional yang juga Pengarah Eksekutif Yayasan Ilmuwan, Shaikh Mohd. Saifuddeen Shaikh Mohd. Salleh bagi mengupas isu ini.

MEGA: Apakah asas kepada pengharusan menderma organ oleh Islam?

SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Pada asasnya, memang tidak ada nas yang jelas tentang menderma organ di dalam al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Bagaimanapun, hal ini diperhalusi oleh para ulama khususnya ahli fikah berdasarkan ijtihad dan juga qias.

      Dalam Islam, kita dituntut untuk menjaga maqasid syariah (matlamat syariah) iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Apabila berlaku darurat atau sesuatu itu boleh mengancam nyawa, maka ketika itu kita diharuskan membuat pemindahan organ.

      Prinsip-prinsip syariah yang digunakan untuk mengeluarkan fatwa mengenai kaedah pemindahan organ ini termasuklah keperluan mengatasi larangan, memilih jalan yang paling kurang mudarat dan mudarat perlu dirawat dengan berikhtiar.

      Pada 23 Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan menggariskan empat syarat yang mesti diambil kira dalam menfatwakan hukum menderma organ sebagai harus:
* Pemindahan organ dibenarkan jika ia merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawa seseorang yg mengalami kegagalan organ.
* Penderma organ mesti disahkan telah mati.
* Mendapat kebenaran dari keluarga penderma.
* Tidak melibatkan urusan jual beli. Dalam kata lain, organ tubuh bukan barang dagangan tetapi mesti dianggap sebagai derma.

Ulama kontemporari termasuk Dr. Yusuf Qaradawi sepakat menderma organ atau sel stem adalah harus dengan syarat-syarat berikut:
* Tidak ada unsur perdagangan.
* Terbukti ia boleh memanfaatkan atau meningkatkan kualiti hidup.
* Tidak mendatangkan mudarat kepada penderma.
* Dilakukan untuk kepentingan umum.
* Dilakukan dengan kebenaran penderma.
* Dilakukan dengan ikhlas tidak ada unsur paksaan.

Ada juga yang bimbang bolehkah kita derma organ kepada yang bukan Islam?

      SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Ini tidak sepatutnya menjadi isu di Malaysia. Sebabnya, orang bukan Islam di sini dikategori sebagai kafir zimmi yang memberi taat setia kepada negara. Oleh sebab itu, kita wajib membantu mereka semasa mereka susah.

     Bagaimanapun, menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, tidak dibenarkan menderma organ kepada tentera bukan Muslim yang memerangi Muslim dan juga orang yang menganjurkan perang ke atas Islam. Begitu juga tidak dibenarkan menderma kepada seorang yang Murtad kerana dia tiada apa melainkan seorang pengkhianat kepada agama dan orang-orangnya. Namun, jika terdapat Muslim dan bukan Islam yang kedua-duanya memerlukan derma organ atau darah, Muslim tersebut mestilah diberi keutamaan.

    Ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain... (at-Taubah: 71)

Ada juga yang bimbang pemindahan organ itu akan menyeksa mayat. Benarkah?

SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Dakwaan itu barangkali bersandarkan kepada kisah seorang penggali kubur yang tanpa sebab munasabah mematahkan tulang-tulang mayat. Lalu perbuatan itu ditegur oleh baginda SAW.

    Telah bercerita kepada kami Syuja’ bin Al-Walid, daripada Sa’d bin Said saudara Yahya bin Said, daripada ‘Amrah, daripada Aisyah, dia berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah berkata: Sesungguhnya mematahkan seorang mukmin dalam keadaan mati seumpama mematahkan tulangnya dalam keadaan hidup”. (riwayat Ahmad)

     Tetapi itu jika dilakukan tanpa sebab yang munasabah. Sebaliknya, dalam derma organ kita mengambilnya daripada orang mati dengan niat menyelamatkan nyawa orang lain. Jika tidak buat demikian, pesakit tadi akan mati.

    Apabila darurat maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: ...maka sesiapa yang terpaksa (makan babi dan binatang yang tidak disembelih) kerana darurat sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, maka tidaklah dia berdosa...(al-Baqarah: 173)

    Malah Dr. Yusuf Qaradawi juga berkata, daripada membazir dibiarkan mayat itu dimakan ulat dalam tanah adalah lebih baik ia dimanfaatkan untuk menyelamat nyawa.

Ada juga yang bimbang, jika anggota badan yang didermakan itu membuat dosa mereka juga akan memikulnya sama. Betulkah?

SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Dalam Islam, apabila seseorang itu mencapai umur baligh dan sempurna akal maka hukum taklif dikenakan ke atas mereka. Bermakna segala dosa dan pahala ditanggung sendiri.
Ia tidak akan berpindah kepada orang lain.

     Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: ...Dan tiadalah kejahatan yang diusahakan oleh setiap orang melainkan orang itu sahajalah yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain...(al-An’am: 164)

     Sebaliknya, Dr. Yusuf Qaradawi berkata, mereka yang menderma organ akan mendapat pahala yang berkekalan. Ini beliau qiaskan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seseorang itu mati terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang boleh dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh berdoa untuknya”. (riwayat Tarmizi)

Kata beliau, sedekah jariah di sini adalah pendermaan organ itu tadi.

      Bagaimanapun, pengalaman saya sepanjang terlibat dalam bidang ini sejak 1998 mendapati, bukan hukum yang menjadi masalah. Sebaliknya, sebahagian besar kita masih takut, salah faham dan kurang maklumat untuk mendaftar sebagai menderma organ.

Ada juga yang berkata anggota badan kita adalah amanah Allah dan perlu dijaga sehingga kita mati. Justeru itu, tidak boleh menderma organ?

SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Jika kita percaya kepada kebangkitan di hari akhirat, hal ini tidak perlu dibimbangkan. Apabila kiamat, semua makhluk akan hancur.

     Apabila dibangkitkan, keadaan tubuh kita adalah bergantung kepada amalan. Jika baik, maka sempurnalah ia.

      Diceritakan akan dibangkitkan dengan gigi panjang seperti tanduk lembu dan bibir mulutnya labuh hingga ke dada. Ini kerana dosa orang yang suka minum arak. Mati tidak bertaubat.

     Dibangkitkan dengan muka berseri seperti bulan purnama kemudian melintasi titian Siratalmustaqim pantas seperti kilat. Ini adalah balasan kepada orang yang beramal soleh, tidak melakukan maksiat dan tidak melalaikan sembahyang. Mati dengan bertaubat.

    Apa yang perlu ialah galakan dan kesedaran untuk menderma. Ini memerlukan role-model terutama di kalangan para ulama.

    Di Johor suatu masa dulu, bilangan yang mendaftar sebagai penderma organ adalah paling tinggi di kalangan umat Islam. Antara sebabnya adalah mufti ketika itu iaitu Datuk Nooh Gadut turun padang membincangkan tajuk tersebut.

    Pendek kata, mufti sendiri menjadi pengikrar. INi termasuk bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md. Hashim Yahya.

    Bagaimanapun, sudah nampak kesedaran di kalangan generasi muda apabila di institusi pengajian tinggi sudah ada perbincangan tentang pendermaan organ.

      Masalahnya pada orang kita, mereka tidak akan berfikir tentang bab ini jika ahli keluarga mereka tidak terlibat. Sedangkan menderma organ adalah perbuatan yang amat terpuji. Kita juga sebenarnya masih terkebelakang berbanding umat Islam di Arab Saudi, Bangladesh, Iran dan Turki yang sudah menerima konsep menderma organ ini sejak tahun 1980-an lagi.

      Marilah kita berusaha menjadi golongan yang memberi dengan mengambil semangat daripada sabda Nabi SAW yang bermaksud: Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta)...(riwayat Bukhari)

sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0505&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm&arc=hive
 
     Semua terpulang pada kita kn... sama ada nak melakukannya atau pun tak... dan percayalah setiap langkah atau keputusan yg kita ambil akan ada risikonya. Tepuk dada tanya hati...   

Mengingati Mati

0
COMMENTS

    Hmmm... semenjak aku dah sihat, dah  mula dapat kegembiraan balik. Aku jadi lupa pada kematian. Ya, mati.. Mati adalah suatu kepastian dan mengingatinya adalah sunat... Aku terfikir pasal ni apabila one of my fren asked me about it. APA HUKUM MENGINGATI MATI? Aku yg ingat2 lupa pasal hukumnya carilah artikel yg dapat memberi jawapan yg pasti. Sama ada harus ataupun sunat. Aku pun ilmu tak banyak di dada, jadi untuk ajar orang. Mualaf pulak tu aku tak berani cuma aku boleh kongsikan apa yg aku tahu dan berkongsi artikel yg boleh memberi penerangan dan kepastian pada kita.

    Meh aku nak kongsi, apa yg aku jumpa...

    KELEBIHAN MENGINGATI MATI


     
      Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat manapun kita lari, sejauh manapun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita.

     Sampai waktu dan ketikanya, kita tetap akan pergi jua. Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya. Sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

     Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabii biasa sebagai pendapat golongan atheist, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja.

     Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam dan lain-lain lagi. Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berlegar di sekeliling manusia, mengenal pasti dan memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat. 
Tepat pada waktu

     Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah, yang sedang hidup rehat dibuat kesenangan.

     Malaikat maut datang tepat pada waktunya, tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau sedang mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaatpun.

     Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah jadikan pelbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah di sebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi Rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan untuk menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak. Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari usaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan.

      Di kalangan orang soleh, sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat seperti tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu, nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya.

     Malaikat maut mengadu kepada Allah, betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang berdukacita kerana kehilangan keluarga, sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka. Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam, sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. 

     Ajal ketetapan Allah SWT 

     Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun mereka kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu. Namun hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang telah ditetapkan. Izrail hanyalah tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya. Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak. Sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu. 

      Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya) mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. " (Surah Al-A'raaf, ayat 34). 

     Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindungan- Nya selalu. Amin.

Ramadhan 1431H

0
COMMENTS

Hmm... puasa kali ni macam tak banyak bagi makna. Aku rasa terlalu banyak aku ketinggalan. Aku tak dapat bersama-sama mak buat kuih raya. Aku tak dapat berterawih kat surau. Aku selalu tak dapat berbuka kat umah bersama mak ayah ngn adik.

Tapi takpe kot sebab kekurangan yg aku rasa tu dah berganti apabila puasa kali ni aku habiskan banyak dengan bekerja. Aku kenal orang-orang baru dan dorang dah pun jadi kawan aku. Aku gembira, sekurang-kurangnya aku dah mempunyai kawan di sini. Kalau pun aku tak dapat berbuka di rumah, ayah akan hantarkan bekalan berbuka untuk aku makan waktu bebuka di butik. Tak pun, aku hanya join budak2 ni beli kat bazaar ramadhan je. Pengalaman baru bagi aku bila bekerja di situ.

Puasa kali ni pun takde ‘dia’. Tak merasa berbuka puasa bersama ‘dia’ dan buat kuih raya sama2 ng mak dan ‘dia’. Hehehe… inilah yg membezakan puasa kali ini dengan kali lepas.. yup, ‘dia’ mempunyai aurat yg sangat hebat dalam hidup aku. Impak yg maha dahsyat untuk aku. Separuh dari hidup aku telah kuhabiskan bersama ‘dia’. Bila kali ni tiada kehadiran ‘dia’, aku yakin la yg ‘dia’ tiada lg dari hidup aku.

Pernah aku umumkan bahawa tiada lagi ‘dia’ dari hidupku. Telahku noktahkan semua yg berkaitan dengannya tapi seakan-akan noktah tu tak pernah bertanda. ‘dia’ sentiasa ada dalam hidupku. Pelik kan..

Apa2 pun, telah kulalui sebulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Walaupun tidak sepenuhnya, tapi kewajipan tetap kujalankan… Salam perpisahan ya Ramadhan, moga berjumpa lagi di masa akan datang. InsyaALLAH, moga aku berkesempatan lagi untuk merasainya. Aamiin..

Pelangi Selepas Hujan

0
COMMENTS

Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba.
Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. 
Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. 
Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. 
Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam.
" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? " 
"Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?"
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. 
Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "
" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "
" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "
" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya, SENANG

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan.
Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan.
Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian. 
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insya..allah. 

~~ kredit to AIN SUHADA~~ 

Rasa Hati

0
COMMENTS


Kadang kala kita rasa sendirian... walhal kita berteman,
kadang kala kita rasa sunyi... walhal kita ada rakan,
kadang kala kita rasa keseorangan... walhal kita punya kawan.

miss ur smile and i still shed a tear every once in a while
even though its different now
u still here somehow
my heart won't let u go but i need u to know...
i miss u

 

somewhere there's someone who dream's of ur smile
and finds in ur presence that life is worth while..
so when u r lonely,
remember it's true
somebody somewhere is thinking of u

 

Biar Sampai Syurga

0
COMMENTS

Ya Allah... 
Alangkah indahnya kalau takdirku semudah ini.
KAU dah sediakan skrip serta jalan cerita yg berbeza utk aku lakonkan dan laluinya... 
Ape pun, aku yakin denganMU krn Kau yg Maha Mengtahui sedangkn aku hanya hambaMU yg langsung tak layak utm mempersoalkn apa2..

Sabar Demi RedhaNYA

0
COMMENTS

  
 Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

      Kadang kala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku. 

      Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah sedang menduga. 

      Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya. Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini. Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadang membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadang kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis olehNya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuanNya?

       Kadang kala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapanNya. 'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...' 'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... ' Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita? Subhanallah. Maha suci Allah... ! Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna.. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telah pun terjawab dalam Kalam Allah.

      Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayatNya. Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita. 

     Ya Allah... kenapa semua ini terjadi padaku? 
     "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216) 

      Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?
      "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286) 

      Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. 
      "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139) "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87) 

       Ya Allah... bagaimana harus kuhadapi semua ini? 
      "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah : 45) 

      Ya Allah... apa yang akan kudapat daripada semua ini? 
     "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..(At-Taubah : 111) 

      Ya Allah.... kepada siapa harus ku berharap? 
      "Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129) 

     Ya Allah...berimankah aku? 
    "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta? (Al-Ankabut : 2-3)

    Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya.

   ~ Dalam aku bersedih, aku berjumpa dengan artikel ni... tenang hatiku, twrasa diri ini begitu kerdil... terlalu cepat melatah dengan keadaan yg sedang aku lalui..~

Perkara Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita

0
COMMENTS

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

CINTA vs SUKA

0
COMMENTS



Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. 
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. 

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. 
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. 

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. 
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. 

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. 
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja. 


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. 
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. 

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. 
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka. 

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. 
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira. 

Perasaan cinta bermula dari kata. 
Perasaan suka bermula dari telinga.


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka. 

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Saling Melengkapi

0
COMMENTS

www.iluvislam.com
mya_maisarah
editor: azzahra_solehah
Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...