Buat Blouse Part I

Seperti yang dijanjikan.. tada!!
Kak ngah dah beli kan.
Siap ada kain cotton berbunga-bunga lagi tu.
Ahaks!
Plan nak buat blouse untuk kain jenis jersi tu je.
Takpe, yang cotton tu letak tepi dulu ye.

Ni kira eksperimen aku la ni menggunakan kaedah cuba jaya.
Maunya aku tak kata gitu.. sebabnya...
Aku belajar dari blog je ni pun.
Aku rujuk kat sini
Jenuh jugak la aku tilik skrin lappy yang memaparkan blog berkenaan
semata-mata nak bagi paham.

Maka inilah hasil pemahaman aku, yang ingin aku realisasikan.
Orang kata bahagian lengan baju yang susah nak dicantumkan dengan badan.
Kira, aku memang tawakkal jela mencuba ni.

Hari pertama iaitu semalam, aku berjaya menyelesaikan;
FASA I
Yang aku dah apply pada kertas minyak, untuk dijadikan pola blouse aku.

Dah gaya macam arkitek berjaya ye.
Ala-ala nak melukis plan.. (o.O)

FASA II
Dah siap buat pola, masa untuk buat atas kain dan gunting.
Yoshhhaaa!!
Sangatlah menguji kesabaran ooo..

Ini yang biasa berlaku.. terjadi..
Tercucuk sana sini maka berdarah pun sana sini la.
Pembaziran darah pun berlaku (=.=")

Yang ni tercucuk dalam giler. 
Siap jugak, setelah penat berhempas pulas, menggunting 3 bahagian penting;
Depan, Belakang & Lengan.
Yeay!!!
Walaupun sangat penat rasanya, terbongkok sana sini tapi rasa amat puas hati
bila dah nampak jugak rupa blouse yang aku nak kan tu.


Hari kedua, aku berjaya menyiapkan;
FASA III
Dah siap gunting bagai, kene anto kedai untuk jahit tepi.
Almaklumlah, rumah ni takda mesin jahit tepi (^_^)

Setakat ini dulu ye, tak boleh nak terus jahit.
Acik kedai ada tertinggal certain parts yang kene dijahit tepi.
So, to be continue....

nOtaKaki2 :~ Lagi di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid

0 comments: