Haa ni aku saje gediks nak post pasal ni.
Seriously, cara ni yang paling best dan lawa untuk buat leher baju.
Kemas dan mudah gitu.
Ni step lepas korang dah lukis pada kain gam dan tempek pada kain untuk leher.
Korang kena center kan setiap garisan tu ikut garisan pada baju.
Barulah nanti leher tu betul² dok tengah². Takde senget²...
Bila dah pasti semua dah OK, korang jahit la ikut garis lukisan leher korang. Ingat, jahit 2 kali ya. Bagi tegap/kuat sikit.
Dah siap jahit, korang boleh la gunting/tebuk lubang leher tu.
Jangan dekat sangat dengan jahitan. Bertas kang, naya je... =p
Lepas tebuk lubang leher tu, basi² yang ada tu korang cincang/gunting sekelilingnya. Macam dalam gambar tu.
Baru boleh nak terbalikkan nanti.
Selepas diterbalikkan dan diseterika.
Tadaa!!!!
Kan dah lawa ni. Kemas je..
Mudahkan?
Untuk cara lukis lubang leher tu, nanti aku updet semula.
Via phone ni tak berapa best.
Uhuk³..
Ok la, selamat mencuba korang!
posted from Bloggeroid
5 comments:
Salam. Saya tak pernah lulus utk buat pola baju. asyik gagal je. frust :(
Waalaikumsalam..
cubalah cara ni, insyaAllah takkan bergaduh dengan kain yg lepas potong jadi berbulu2 bagai lagi.. ^^
nk tanya ni, yg kat bulatan tu awak potong carik2 , Yg turun ke dada tu perlu kna potong carik2 tak
Anon - tak.. kat belah tu..awak just potong tengah2 je.. utk buat belahan..
kat bulatan tu sy potong carik2 cmtu.. tujuannya utk bolehkan kita terbalikkan lapik tu dengan elok.. sbb bulatan kan..
kalau awak xmo gunting mcm sy tu pun takpe..cukup awak just gunting je asal ade belah2.. terutama kt kawasan yg kuat melengkung tu..
tak buat cmtu..awk xkan dapat terbalikkan lapik ngan smooth...
terima kasih atas perkongsian ilmu ini.Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.Dulu kini dan selamanya..
Post a Comment