Showing posts with label TDrama. Show all posts
Showing posts with label TDrama. Show all posts

In Time With You

0
COMMENTS

Baru je abes tengok 13 episod drama ni.
Nasib baik pendek je kan?
Heee...

Patut la drama ni menang award.
Jalan ceritanya memang la menyentuh hati dan perasaan.
Walaupun pada mulanya aku yang tengok ni, asyik kata a bit bosan..
Tapi bila makin tengok, makin melekat pulak.
Siap menangis pulak tu.
Ngeee... =p

Yang palin penting, citer ni sikit2 mengingtkan aku pada drama korea; 9 End 2 Outs

Drama ni mengisahkan Cheng You Qing seorang wanita bekerjaya dan elegan yang sudah mencapai usia 30 tahun.
Malang bagi dia, semua percintaannya tak berhasil.
Dan dia mempunyai seorang kawab baik, yang asalnya mereka ni musuh.
Musuh azali dari High School lagi.
Eh lupa pulak, nama laki tu Li Da Ren.

Li Da Ren ni sorang je yang sangat2 memahami Cheng You Qing.
Tanpa You Qing tau, rupanya Li Da Ren dah simpan rasa cinta padanya sejak mula lagi.
Namun disebabkan Da Ren tak nak merosakkan hubungan persahabatan mereka,
Da Ren diamkan.

Bila Da Ren single, You Qing ada pakwe.
Bila You Qing single, Da Ren pulak ade makwe..
Gitu la yang selalu jadi membuatkan Da Ren selalu terlepas peluang untuk confess.

Kemuncaknya, apabila You Qing memilih untuk kembali pada bekas kekasihnya dan ambil keputusan untuk berkahwin.
Manakala Da Ren yang tak mampu lagi nak simpan rasa cinta tu, membawa diri ke Singapura.
Sampai la suatu ketika You Qing dapat tau tentang perasaan Da Ren.
You Qing mengelak dan menolak.
Padanya, mereka adalah kawan baik selamanya.
Dia tak sedar pada hal dalam hati dia, cinta untuk Da Ren memang dah lama bertapak.

Selebihnya......
Korang tengok la sendiri..
Tak nak aku gitau.
Kejam tak? Ekekekek...

Jangan risau, drama ni happy ending gitu ;)

Ok la, nak menuju ke alam mimpi dah ni.
Papai!!






nOtaKaki :~ Aku pun ingin merasai indahnya cinta sehati sejiwa seperti dia....

Fated To Love You

0
COMMENTS

Aku suka drama ni cuma ingat2 lupa je jalan ceritanya.
Kira ni ulang tengok kali kedua.

Mengisahkan pertemuan antara Cun Xi dan Xin Yi di atas kapal cruise membawa kepada 'eksiden'
yang tak disengajakan.
Setelah berpisah, membawa haluan masing2 mereka bertemu kembali di syarikat yang sama.
Makin menggamatkan cerita apabila Xin Yi disahkan mengandung.
Cun Xi terpaksa akur untuk perkahwinan mereka.
Dari situ bermulalah segala konflik dan komedi.
Korang tengok la.. best!
Drama yang mampu buat kita gelak dan juga menangis.

Ini aku tempekkan beberapa quotes yang aku berkenan daripada drama ni.

There are a lot of memories in life...
I only wish that your memories will have me....
As long as you're willing to work hard, happiness will come knocking on your door...
Happiness is like thin ice...
If you cant forget the past, then just dont forget about it.
Bury it deep in your heart as one of your life time stories...
That quiet past will become a sustenance.

SKIP BEAT

0
COMMENTS
Aku suka anime ni..
Hahaha sume aku suka kan :p
Alaaa... sebab aku tersangat suka, tu yang aku tempek kat sini.
Dan tanpa disangka-sangka ia telah diadaptasi menjadi drama
lakonan pelakon dari Korea dan Taiwan.

Drama pun aku suka, agaknya sebab ia semantap anime kot.
Ngeee.. =p

Korang tengok la dua-dua versi ni. Best!!!