Jahit Baju Melayu untuk Ayah

Ayah cabar kalau dapat buatkan baju melayu untuk ayah, ayah belikan mesin jahit baru.
Hahaha.. bagus kan ayah guna tektik gitu untuk naikkan semangat anaknya ni.

Ternyata tektik ayah menjadi. Sebabnya?
Aku terus berusaha study dengan jayanya.
Abes aku redah google cari blog yang ada ajarkan cara untuk jahit baju melayu ni.
Tapi kan..susah giler kot nak ada.
Nasib aku terjumpa nota dari geng Kolej Komuniti kalau tak silap.
Aku study dari situ jela.
Lagi pun aku dah ada basic dalam jahit baju kurung.
Rasanya ia memudahkan aku lagi la.

See... rajinkan aku study?
Aku donlod nota ni cuma aku lupa nak save link nya.
Sobsobsob..
Sorry ye.


Nota atas tu untuk baju melayu cekak musang.
Disebabkan mesin lama aku ni takde tempat nak jahit lubang butang bagai,
makanya aku buatkan baju melayu johor/teluk belanga je.

Bila konfiden tu dah ada, bermulalah misi aku.
Amek ukuran baju melayu ayah yang sedia ada dulu.

Pastu barulah boleh gunting kain pulak.
Part poket baju melayu ni la yang sangat menguji hati.
Boleh menipiskan kesabaran dan buat meleleh air mata tau tak???
Heee.. first time buat dengan basic aci redah memang boleh jadi camtu ye dak =p
Part poket tu, aku buatkan acuannya.
Kalau korang nak buat cara aku tu.
Sila gunakan kertas keras ye.. nanti senang.
Letakkan je atas kain, tarik jahitan jelujur kain untuk jadikan bentuk poket ikut acuan tu..
Pastu gosok dengan seterika..
haa...dah jadi bentuk poket tu nanti boleh tampal dan jahit je atas baju.
Siap!!
Hahaha.. macam senang je kan?
Susah o0oo..
Tapi alah bisa tegal biasa kata orang kan.
Nanti buat kali kedua ketiga dan seterusnya akan jadi mudah la.
InsyaAllah..

Aku memang suka buat pembaziran darah. Hehehe..
Terlajak tekan mesin, laju je peginya.
Tak dan nak stop. Apa lagi, jarum peniti cucuk dengan jayanya dan dalamnya.
Uhuk uhuk uhuk..
Senak jugak la.
Takpe.. ayah punya pasal, redha je.
Anak yang baik kan.. =p

Di sinilah aku mengabdikan diri.
Dunia baru aku.
Cewah!!
Tu mesin lama mak. Since 1994.
Lamakan?
Sebab tu ayah buat deal dengan aku tu.
Baju melayu for new sewing machine. Ngeee.. (^_^)

Inilah rupanya bila dah siap sambung segala bahagian baju.
Tinggal nak sembat leher je.
Tadaa!!! Inilah hasilnya!!
Hasil tangan aku tuuuu!!!
Bangga giler weyh!
Percubaan pertamaku berjaya!
Alhamdulillah, ayah pun suka.

Yeayy!! Mission Accomplished!


nOtaKaki :- Siap 05/06/2013 lagi cuma aku baru hapdet pasal ni.
nOtaKaki2 :~ Selanjutnya di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid

4 comments:

cikgu_ami said...

Assalam miza... Ayah nama pakcik salam ek... Kim salam kat pkcik salam ye... Dr cikgu hamidah changkat jong

MizaEija said...

w'salam cikgu.. a,ah ayah saya la tu...

saya ingat ayah penah sebut nama cikgu.. insyaAllah nanti saya sampaikan salam cikgu tu..

Unknown said...

xda jahit skali sluar ke? saya baru nk tgk part seluar... sbb sluar selalu fail nk wat...sob..sob..

MizaEija said...

@nur lyyana - maaf la..takde. Memang tak buat.. heeee.. akal malas nak stadi dan try buat eksperimen..