Mimpi Ngeri

0
COMMENTS
      
 Hari pertama setelah selamat dipindahkan dari bilik kecemasan ke ICU.... Hancur muka aku. 12 jam lamanya aku terlantar dalam ER nak boleh ke dorang siapkan jahit satu muka; pipi, dahi, mata, bibir, lidah, gusi ngan dagu. Peha dengan kaki pun kena jahit sama. Disebabkan lidah dan bibir berjahit jadi tak merasa la nak makan apa2. Masuk air jela berbekas2 *eh yeke panggil bekas mende IV tu*.

       4 hari jugak la aku dok lepak dalam ICU. Semuanya gara-gara lepas operation kat lengan kiri aku ni, suhu badan aku capai 40 darjah Celcius. Tak turun-turun. Kelam kabut doktor dengan jururawat berusaha nak turunkan suhu badan aku. Bila suhu badan aku dah mula stabil, keadaan aku pun dah stabil. Aku dipindahkan ke wad biasa. 5 hari pulak aku kat situ. Nak buat macam mana, doktor kata selagi aku tak mampu bernafas sendiri tanpa bantuan Oksigen yg kat hidung tu dan tak boleh berdiri dan berjalan, selagi tula aku takkan boleh check out. Uhuk..uhuk.

        Kaki aku pun sampai sekarang kerap bengkaknya.

       Pakcik Polis Trafik bagitau aku masa eksiden tu aku kene seret ngan van, melambung atas cermin depan van pastu baru tercampak atas jalan raya. Tertiarap aku atas jalan ngan nyawa-nyawa ikan dalam hujan lebat tu. Allahuakhbar, besarnya kuasaMu Tuhanku walau ramai yang mengatakan aku mati di situ namun dengan keajaiban dan kekuasaanMu aku masih kekal bernyawa hinnga kini.

     Apa pun aku bersyukur sebab masih diberikan mampu bernafas untuk hidup di bumi Allah swt ini.

Santau

0
COMMENTS
Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.
 
     Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

      Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.

Betul ke piring astr0 mengadap kiblat?

0
COMMENTS
      Kerja di taska yg kawasannya majoriti cina dan india, menyukarkan aku untuk menanyakan jiran2 tentang arah kiblat. Punya la malas nak k0mpas ape sume kan then one day, kak ngah gtaw teng0k je piring astr0 rumah jiran, mana halanya itu lah kiblat. Aku was-was, yeke neh? Kakngah kata lagi, tak sure tapi tengok la sume piring astr0 umah orang sume sama ngn arah kiblat. AKu perasan mende tu cuma aku fikir ia hanya kebetulan. Disebabkan hari ni, kiblat ni amat aku perlukan, aku merajinkan diri mencari fakta tentang kaitan piring astro ngn arah kiblat.

     Alhamdulillah, aku jumpa gak fakta tentang tu.. j0m check it out t0gether2... http://blogkamek.com/piring-astro-mengadap-kiblat-atau-kaabah.html (kredit utk tuan punya bl0g ni, maceh byk2 utk inf0 berharga ni) ataupun baca je kt cini...

      Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada ‘piring para bola’ untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit.
      Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda, menghadap ke mana? KENAPA BEGITU?
     Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

    Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. “Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.


    “Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh.. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.


    “Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini,” jelasnya Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di “Centre of the earth”. Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.


     Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah… Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.


     Kredit NurulAmir.com kerana memaparkan artikel ini, iaitu tentang piring Astro yang mengadap Kiblat atau Kaabah.

     Subhanallah... hebatkan aturan ALLAH SWT.... sampai camtu sekali detailnya ciptaanNYA. Beruntunglah kita sebagai umatNYA yg punya segala kelebihan. Indahnya ISLAM; kesyukuran tidak terhingga kepadaMU kerana menjadikan aku dalam kalangan umatMU.. ALHAMDULILLAH... ^__^

LOVE

0
COMMENTS
"It's so easy,
To think about Love,
To Talk about Love,
To wish for Love...But it's not always easy,
To recognize Love,
...Even when we hold it.... In our hands."

Happy 25th Birthday

0
COMMENTS

      Hari ni genap usiaku 25tahun bersamaan suku abad sudah. Syukur alhamdulillah. Aku masih berpeluang utk terus bernafas di bumi ALLAH ini. Takde ape yg istimewa rasanya kali ni, seperti biasa menerima ucapan selamat dari kawan2 tersayang. Aku lupa tahun lepas macam mana aku laluinya tapi rasanya sama seperti sekarang, maklumlah besday jatuh dalam bulan puasa lagi kan...

      Haaa.. mak ayah nak pergi bazar ramadhan kat pekan sana nuh, agak2 ape la yg mak ayah nak belikan.. ngeh3... ne taw malam neh berbuka ngn juadah istimewa ke kan... pergh.. sedapnya....lalalala.... 

     Besday kali ni, mr. DiAS yg telah menjadi sejarah tetap menjadi yg pertama menyanyikan lagu dan membuat ucapan hari lahir utk aku. Pelik kan... takdir kami sangat komplikated dan berselirat. Tak semudah orang lain. Apa pun, aku tetap hargai apa yg dia buat semalam, walaupun dalam hati hanya wujud sayang sbg sahabat buat dirinya. Kesungguhan dia mengharukan aku berbeza dengan mr. Egois, si dia yg kunanti. Tiada sepatah ucapan yg terbit drpdnya sampai lah aku mengingatkannya tentang tarikh istimewaku ini. Jawapan drpdnya; memang tak ingat langsung, terlalu sibuk. Seakan hati aku ni dirobek2 oleh setiap patah kata2nya. 
     
        Aduhai...

       Terlalu sukar untuk aku fahami hati lelaki yg satu ni. Puasku selami namun tak pernah kuberjaya malah aku selalu berputus asa utk meneruskan hubungn yg ada ini. Semalam,  si dia mengatakan segala keputusan terletak pd aku. YA ALLAH aku mohon KAU berikanlah petunjuk yg terbaik padaku. amin...

       Aku dah hilang words utk mempersembahkan rasa hati aku ni. Moga ada sinar bahagia yg menanti diriku di masa akan datang.. amin.....
SELAMAT ULANGTAHUN HARI LAHIR MIZA (>.<)

SEKADAR RENUNGAN

0
COMMENTS


Disaat kamu ingin melepaskan seseorang...
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

Disaat kamu mulai tidak mencintainya... 
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

Disaat kamu mulai bosan dengannya... 
ingatlah selalu saat terindah bersamanya

Disaat kamu ingin menduakannya...
bayangkan jika dia selalu setia

Disaat kamu ingin membohonginya...
ingatlah disaat dia jujur padamu

Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu
Kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari

Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Kerana walaupun tergenggam boleh terlepas juga

Ingatlah pada pepatah, "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
Belajar menerima apa adanya dan berfikir positif

Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..

Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki

Apalagi yang mahu direbutkan
Apalagi yang mahu disombongkan

Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita

Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa

Tak ada yang tak boleh di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak boleh dimaafkan
Tak ada dendam yang tak boleh terhapus... :)

kem peniLaian

0
COMMENTS
       Rasa cam dah lame je tak bercel0teh kat cini, punye la liat nak menaip..hehehe...
Nak citer neh.. 4 & 5hb tu aku masuk kem penilaian utk jwtn penguasa kastam.

~~ ♥7 PELANGI - KU UKIR INDAH NAMAMU♥ ~~

0
COMMENTS
If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you

Entah kemana
Akanku cari
Rasa cinta yang
Pernah ku miliki
Janji setia
Sehidup semati
Dan hanya waktu yang
Memisahkan kita
Namun semua
Telah berakhir
Untukku

Harus ku akui
Sampai detik ini
tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Yang ku ukir indah

If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

P/S: currently im fallin in luv with dis s0ng....

:: EkSiDeN ::

0
COMMENTS
     Lupe lak nk citer..tadi petang aku eksiden sendiri... aku langgar divider kecik yg kaber spot lite atas jalan tu. Kuat giler munyik masa eksiden tu. Siyes, gerun giler munyik nye.. huhuhu.. Mula aku teng0k nampak macam calar sikit je, pas da paking el0k tu.
  
    Pastu aku naik la kedai, baru je aku duduk, kak ngah k0l gitau yg alarm kete bebunyik. Aku pun pecut turun la. Aku gi dekat kete, cek sume pintu. Ok je..rapat je tp bile aku tekan alarm 0ff d0k sat alarm memekik lagi.. heran la aku..manyak kali gak aku wat mende same. Sens0r kete detect ade pintu yg tak rapat, pd hal sume da rapat. Aku da cuak giler, rasa nak nangis pun ade. Pestime jadi cmtu. Dah la xde sape2 yg aku boleh mintak t0long teng0kkan.

    Aku k0l ayah..ayah ajar ape yg perlu.. tapi bile da bukak b0ot kete. Nak cabut plug bateri lak aku xtaw, abes la jari2 penuh ngan minyak..itam.. plug ketat..xdpt bukak.. k0l ayah balik, ayah kata bia jela..munyik pun munyik la..nak wat cane..ayah ngah keje.

    Aku pun da pening.. s0 aku decide balik, amek kete kak ngah jela tapi ade w0nderpet yg muncul membantu..hehehe..dia bantu melalui f0n je.. hebat x?? huah3.. Dia kata "kunci biasa je, xyah pakai alarm..s0 xdela munyik alarm tu.." Ape lagi, aku try la.. jadi.. yes..baru la aku leh senyum.. ALHAMDULILLAH.. maceh w0nderpet krn men0longku... 

    Balik keje tadi, nasib baik la kete xde wat pangai xm0 start ke ape.. tapi sbb sens0r d0k detect pintu tak rapat..jadi sepanjang aku drive balik tadi.. lampu emergency d0k nyala top tap top tap... malu weyh tp nak wat cane..da jadi cmtu.. huhuhu...


    Pas ayah teng0k tadi... ayah kata teruk tu. kemik abes... mahal gak nak baiki tu. hadoiyai... cian ayah. Anaknya tak abes2 susahkan dia... melayang la duit aku yg k0non nk kuk0rbankan utk beli f0n baru, bg gantikan f0n aku yg da nazak neh.. tak dapat gak la.. naseb..naseb..sabar n redha jela...