Cinta Jangan Dipaksa

0
COMMENTS

It's true isn't it?
Tak semua cinta yang dipaksa tu menjadi
Kadang-kadang semakin ia dipaksa, semakin rasa susah untuk diteruskan
Jadi janganlah diteruskan kalau macam tu gayanya
Bimbang nanti banyak hati yang akan terluka

Biarkan ia hadir sendiri
Indahnya akan terasa di hati
Bukan pada kita sahaja, namun pada si dia juga
Bahagia tercipta
Duniamu pasti berseri

Berpeganglah pada janji Allah swt
Yakinlah pada aturanNYA
Pasti ada yang terbaik menantimu kelak
InsyaAllah
Aamiin

Jika Seorang Lelaki Mencintaimu

0
COMMENTS


Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia akan memanjakanmu seperti anak kecil,
bahkan dia sendiri tidak tahu alasan memanjakanmu seperti itu...

Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia akan senantiasa membuatmu senang,
sebab dia tidak akan membiarkanmu menitiskan air mata...

Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia akan menangis untukmu tanpa tahu kenapa dia jadi begitu lemah di depanmu...

Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia akan mengaktifkan telefon bimbitnya 24jam untukmu,
sebab dia mahu bila dan di mana saja, kamu bisa menemukan dirinya...

Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia akan menganggapmu paling baik dan tidak akan membandingkan mu dengan wanita lain...




Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia akan selalu menemanimu walaupun dia sedang sibuk...

Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia tidak akan setuju kamu diet,
sebab kesihatanmu menjadi prioriti utama...

Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia akan menyimpan segala sesuatu tentang mu di telefon bimbitnya dan akan tertawa bodoh sendiri ketika melihatnya...

Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia akan dengan sabar mendengar curahanmu saat kamu sedang sedih,
sebab dia tak ingin membuatmu merasa sendiri....

Jika seorang lelaki benar-benar mencintaimu...
dia sangat ingin hidup bersamamu dan menghabiskan hari-harinya hanya bersamamu,
sebab kamu menjadi bahagian terpenting dalam hidupnya...




p/s:- apabila kamu menemui lelaki yang sepertinya, hargailah dia.. sayangi dan cintailah dia seadanya..


Big Day__ Megat & Nira

0
COMMENTS
Ni kenduri sebelah perempuan, kat Terengganu.




Yang ni pulak masa kenduri belah lelaki, sempat la aku pergi.. (^_^)v



Tahniah Megat & sis Nira
Moga berbahagia hingga ke syurga (^_^)

i heart u

0
COMMENTS

Inginku rasai kembali cinta sebenar di dalam hati
Ingin sekali aku katakan dengan yakin;
YA, AKU CINTAKAN KAMU
hanya kamu
Namun, aku sedar jauh di sudut hati ini
masih berlagu keraguan
Biarlah... biarlah...
Aku serahkan pada masa
Tiba saatnya nanti
Pasti aku peroleh jawapan yang sebenarnya
Ya Tuhanku, pandulah aku ke jalanMu
Mencintai si dia yang turut mencintaiMu
Aamiin

Love Two People

0
COMMENTS
True, isnt it?

Yeah, aku fikir-fikirkan macam tula
Kita boleh mencintai dua orang insan dalam satu masa
Tapi tentunya cinta kita pada mereka tidak akan sama
Pastinya rasa cinta itu akan lebih pada salah seorang daripada mereka

Cinta yang kompleks atau manusia yang membuatkan cinta itu menjadi komplek?






Sakitnya...

2
COMMENTS
Ya Allah... kurangkan rasa rindu ini. Ia sangat menyakitkan aku.

Ya Allah, murahnya air mataku tika ini. Apa yg harus aku buat untuk kurangkan rasa ini?

Bagai mahu pecah dada aku menanggung rasa rindu di hati.
Kenapa begini sekali aku rasakan? Ya Allah tolonglah aku. Sakitnya...

Ya Allah, kurangkanlah gelora rasa ini yang aku alami tika ini... Aamiin...
posted from Bloggeroid

Kisah Aku, Dia & Kamu

0
COMMENTS
Assalamualaikum Hikayat,

           Setelah agak lama kisah ini berlarutan, setelah beberapa kali misi menamatkannya menemui kegagalan akhirnya hari ini kisah ini menemui penamatnya. Walaupun amat berat untuk aku lepaskan kamu, namun aku sedar kisah aku & kamu memang harus diakhiri supaya kita dapat meneruskan jalan cerita kita dengan tenang tanpa sakit dan terluka lagi. 

      Maaf aku tak mampu bertegas dan memulakannya maka disebabkan itu, kamu yang terpaksa melaksanakannya. Aku tahu tentang itu, aku tahu. Aku relakan kepergian kamu agar kamu tak terseksa lagi. Aku tak terkeliru lagi. 

          Maafkan aku, disebabkan terlalu ingin menjaga hatinya tanpa sengaja aku telah melukakan hati kamu. Dia tak bersalah, dia tak patut aku lukai... aku yang bersalah kerana aku yang memberi peluang padanya. 

       Maafkan aku, kerana penilaian aku yang kurang tepat juga sikap terburu² aku itu, kamu kehilangan peluang kamu. Sedangkan peluang itu sebenarnya memang milik kamu dari mula cuma disebabkan aku tak mahu rosakkan hubungan persahabatan kita, keputusan itu telah kuambil membuat kita terperangkap dalam kisah ini. 

        Kamu kusayang kerana kamu yang memahami hati ini. Kamu yang sangat serasi di hati juga di jiwa... namun dia mendahului kamu. Tak mungkin aku kecewakan dia, lukakan hatinya atau tinggalkannya untuk kamu. Aku tak sanggup, dia langsung tak bersalah. Dia terlalu menyayangi aku. Aku juga yakin dia ikhlas dan jujur menyayangi aku. Aku yang bersalah di sini. 

     Maafkan salah aku. Maafkan ketidakberdayaan aku... bukan aku tak sayang, tapi aku juga berfikir seperti kamu. Inilah yang terbaik dalam pengakhiran kisah kita. 

        Untuk kamu, 
     Selamat jalan sayang... moga kamu memperoleh segala kebahagiaan yang ada dalam hidup kamu. Doaku sentiasa mengiringi kamu. 

      Untuk dia, 
   Telah kusandarkan harapanku padamu. Telah kuberikan peluang yang ada hanya padamu. Aku harapkan agar kamu menghargai aku, menyayangi dan mencintai aku apa ada aku. Aku sayangkan kamu dan akan kupupuk rasa cinta dalam hati hanya untuk kamu. Maafkan kekhilafan aku...

       Apa pun, aku percayalah andai punya jodoh antara aku & kamu, pasti kita kan bertemu kembali. ANDAI ada jodoh antara aku & dia, maka dia yang sebaik-baik aturanNYA untuk aku. Apa yang berlaku, kisah aku, dia & kamu, kisah kita ini pasti punya hikmah yang tersembunyi. Tiba masa kita akan ketahuinya...


Sayyidul Istighfar

0
COMMENTS

Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Jadi, mlm nie, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari malam nie.. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar..

Wallahu a'lam.


AMALAN bersama sempena malam 1 Rejab...

Kisah Cinta & Hati

0
COMMENTS
Sungguh menyakitkan bila mencintai seseorang... 
dan bila cinta itu tidak berbalas  
Tapi apa yang lebih menyakitkan apabila.. 
 mencintai seseorang tetapi tidak mampu mencari  
Kekuatan untuk menyatakan rasa cinta..  
kepada orang yang dicintai.



Mungkin juga Allah berkehendakkan kita...
berjumpa dengan beberapa orang yang bukan jodoh  kita.
Supaya apabila kita dipertemukan jodoh yang sebenar..  
kita akan menghargai betapa bernilainya PemberianNya itu...




Apabila tertutupnya pintu kegembiraan...
ada pintu lain yang masih terbuka  
Tetapi mengapa kita harus terus menanti  
di depan pintu yang telah tertutup itu?  
Sehinggakan kita tidak sedar ada pintu lain yang terbuka untuk kita. 
Memang benar...
kita tidak menyedari apa yang kita ada 
sehingga kita kehilangannya.  
Dan memang benar juga,
 kita tidak tahu apa yang kita hilang sehingga ia muncul dan kita menemuinya.  




Memberi cinta pada seseorang...  
tidak menjaminkan yang kita akan dicintai kembali...  
Jangan mengharap cinta akan dibalas..  
Tunggu sahaja supaya ia dapat berkembang di dalam hatinya..  
tetapi jika sebaliknya  
Biarlah ia terisi dan berkembang di dalam hati kita.
.  
Kita mungkin suka untuk mendengar pada apa yang kita tidak pernah dengar..  
dari seseorang yang hendak kita dengar  
Tetapi janganlah kita memekak telinga 
untuk tidak mendengar pada orang yang menyatakannya dari hatinya. 

Jangan ucapkan selamat tinggal jika kita masih mahu mencuba  
Jangan berputus asa jika kita rasa masih mampu meneruskannnya  
Jangan menyatakan kita tidak mencintai seseorang..  
Jika kita tidak mampu melepaskannya.  




Cinta hadir
Kepada mereka yang masih mengharap walaupun telah dikecewakan...

Kepada mereka yang masih mempercayai walaupun telah dikhianati... 
Kepada mereka yang masih ingin disayangi walaupun telah dilukai...  
Dan kepada mereka yang mempunyai kekuatan dan keyakinan untuk membina kepercayaan itu kembali  

Ia cuma mengambil masa sedetik untuk terpikat kepada seseorang,  
Cuma seminit untuk menyukai sesorang..  
sehari untuk menyayangi dan mencintai seseorang  
Tetapi seumur hidup untuk melupai seseorang.  




Carilah seseorang yang boleh membuatkan kita tersenyum  
Kerana ia cuma perlukan sebuah senyuman 
untuk menghilangkan awan-awan kesepian yang menutupi cahaya yang gelap  
agar dapat sinar mentari mencerahkankan langit yang selama ini mendung 
dan mengembalikan keceriaan yang selama ini lesu  

Semoga kita dapat menemui seseorang yang mampu membuat kita tersenyum  
Dan mampu untuk senyum buat selamanya..




posted from Bloggeroid

Bahagia di sebalik luka

0
COMMENTS


Hmm.. mungkin ini yang aku rasa, saat kamu mahu pergi jauh dariku semata-mata untuk kebahagiaan aku dan dia
posted from Bloggeroid

pretend like i dont care

0
COMMENTS

Aku berpura-pura macam aku tak ambil kisah...
Walaupun hakikatnya hati ni terlalu ambil kisah, amat terasa, sangat terluka...
Teruskanlah... teruskan hidup dalam duniaku sendiri
Itu yang terbaik dan selamat buat diriku
Aku takkan rasa sakitnya lagi

DIA Lebih Tau

0
COMMENTS
Belajar bersyukur dengan apa yang ada.

Aku rasa mungkin itulah yang DIA cuba sampaikan padaku... cuba mengajarku. Ya, bersyukur dengan apa yang aku ada.

Allahuakhbar, aku serahkan masa depanku padaMu, Tuhanku. Hanya Kau yang tau apa terbaik untuk kami...

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah untuk ujian ini..


posted from Bloggeroid

Warna-warni Kehidupan

0
COMMENTS
Kalerpul

Hidup ini unik. Penuh seninya. 
Tidak selalunya berbunga ceria, tidak juga sentiasa berduri bahaya. 
Selalunya juga apa yang diharap-haap, tidak pula dinikmat rasa. 
Apa yang tercampak jauh. itu pula yang bekejar-kejar menimpa. 
Lalu jika dihayati sebenarnya, ia penuh dengan WARNA_WARNA KEHIDUPAN. 
Bagai alam ciptaan Maha Esa ini, ada kurang di sebalik sempurnanya. 
Dan ada sempurna di celah-celah kekurangannya...


       Kata-kata di atas, aku amek di blog ni_http://nurulharnanikasmari.blogspot.com/  Ia punya penuh makna yang sangat menarik hati aku. Seperti warna, Hidup ini penuh dengan ujian, dugaan, sedih, gembira, pahit, manis.. segala rasa terkandung di dalamnya. Namun, setiap yang jadi itu pasti punya maknanya tersendiri. 

              
          Hargailah setiap yang berlaku dalam hidup kita. Pasti bila masa berlalu, kita akan peroleh hikmahnya.


Sempurna

0
COMMENTS

Aku tak perlukan seorang yang sempurna, kerana aku sedar yang aku sendiri pun tak sempurna.
Aku perlukan kamu yang mampu buat diriku rasa sempurna dengan adanya kamu.
Aku mahukan kamu yang bisa membuatku merasa cukuplah ada aku dan hanya aku yang kamu mahukan dalam hidup ini.
Aku sangat berharap bahawa aku sudah menemui kamu....

Let It Go

0
COMMENTS


Semua yang jadi pasti ada hikmahnya.
Percayalah.
Allah maha Mengetahui segala-galanya.
DIA lah sebaik-baik perancang untuk setiap hambaNya di dunia ini.
Jadi, aku pasti apa yang jadi kebelakangan ni terutama awal pagi tadi adalah suatu lagi persimpangan baru dalam kisah hidup aku.
Pergilah dikau duhai sahabat, andai tertulis olehNya ada lagi jodoh kita selepas ini, pasti kita akan bertemu kembali.
Aku lepaskan dirimu dari hatiku....

Sebak

0
COMMENTS

Kaki aku bengkak, jadi mak urutkan tapi bile terkena tempat sakit. Aku terjerit sikit kata sakit.

Mak pun kata "Sakit..sakit... dah setengah tahun pun tak ilang lagi sakitnya.."

Sedih rasa hati ni, berair mata tapi aku tahankan je dari mengalir keluar.

Aku jawab "Cube mak try bagi diri kena langgar ngan van, tengok jadi macam mana?"

Mak kata lagi "Kalau mak, mati la agaknya kot."

Aku hanya mampu senyum jela walhal dalam hati penuh rasa sebak..

Sabarlah duhai hati... mak cakap sesaje tu.. kan..kan...
posted from Bloggeroid

Lindungi Aku YA ALLAH

0
COMMENTS
Ya Allah ya Tuhanku... 
tolonglah lindungi aku daripada perbuatan dengki khianat manusia ke atas diriku.

Ya Allah, Kau penyelamatku. 
Aku cuma manusia biasa yg selalu berbuat kesilapan tanpa berfikir dan menimbal baik buruk, kesan daripada perbuatanku.

Ya Allah, Kau yg Maha Berkuasa lagi Maha Agung. 
Bantulah hambaMu yang lemah ini. Tiada dayaku untuk menghalang ia dari berlaku. Lindungilah aku..lindungilah keluargaku. Aku tak sanggup lagi nak.menambah beban yang mereka telah sedia galas.

Ya Allah Ya Tuhanku... t
erlalu banyak salah dan silap telah kulakukan.. dosa yang kukumpul..

Ampunkanlah aku wahai Tuhanku. 
Aku terlalu takut andai itu berlaku. 
Aku tak dapat bayangkan apa yg bakal terjadi pada diriku, keluargaku, kaum kerabatku.

Semuanya disebabkan kebodohanku dan niat jahat manusia.

Ya Allah Tuhan pemilik hati manusia. Hanya kau yang mengetahui apa yang tersirat di hatiku. Tolonglah aku Ya Allah... hanya padaMu aku memohon pertolongan juga perlindungan.. Aamiin....
posted from Bloggeroid