Baby Baru Ayah

0
COMMENTS
Ni ganti motor Kriss ayah yg dah hancur bila kene lenyek dek van, masa aku eksiden dulu.

nOtaKaki :~ Sejak eksiden, sampai sekarang aku tak penah
naik motor pun.. Trauma kot.


posted from Bloggeroid

Kerinduan Yang Terpendam

0
COMMENTS
Ku tatap langit nan mendung..
Seakan-akan mengerti hatiku kini sedang menangis..
Pilu kembali menggamit dalam hati..

Mulut terkunci tanpa suara..
Hanya bait-bait doa untukmu berbicara dalam hati..
Kujalani hari-hari mendatang...
Walau dada terasa terhimpit....

Kerinduan ini kupendam..
Tersimpan jauh dalam lubuk hatiku...
Ingin kulenyapkan perasaan ini..
Namun sukar sekali rasanya..

Hanya ruangan ini tempat ku curahkan ..
Untuk segala ungkapan rindu yang selama ini tersimpan..
Dan segala sedih di hati yang terpendam....


nOtaKaki :~ Rindu ini kian menggamit perasaan

I'm Not Okay :'(

0
COMMENTS

Awal² pagi buta ni aku rasa tension sangat.
Bila menda nak jadi, bukan satu² tapi serentak.
sungguh, kepala aku sangat sakit.

posted from Bloggeroid

ALHAMDULILLAH for this tears

0
COMMENTS
“Sesungguhnya apa yang sering kita impikan tidak mustahil untuk kita dapatkan, tapi janganlah berbangga apabila yang kita impikan itu menjadi kenyataan, malah bersyukurlah. Namun jika ianya datang sekadar sementara, ingatlah bahawa kita hanya peminjam dariNya. Jangan sesekali mengeluh dan menyesal...”


nOtaKaki :~ Manusia selalu alpa tika dalam gembira mahupun bahagia.
Kembali padaNya hanya bila sakit, sedih dan kecewa.
aku pun tidak lari dari ini semua. 
Ya ALLAH, jangan jauhkan aku dari Engkau. Aamiin


Sabarlah Duhai Hati

0
COMMENTS
Cinta anugerah Ilahi yang sangat indah. 
Umpama taburan bunga segar di laman luas. 
Dengan warna indah memukau mata memandang. 
Rasa bahagia bila ia mekar mewangi. 
Saat ia mula layu, harus kita sedar ia perlu dibuang kerana sudah tidak memberi manfaat. 
Sayang memang sayang, namun ia bukan lagi untuk disimpan. 

 Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah, bersabarlah, kuatkanlah kesabaran kamu dan bersatulah. Bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Surah Al-Imran: 200) 

 ~ Sabarlah, jangan kecewa duhai hati. Mungkin ada yang lebih baik di luar sana, insyaAllah.. ~


nOtaKaki :~ Aku sukakan kata penulis ini, serasa seperti ayat-ayat ini
memujok hatiku bila rasa kecewa itu bertandang.
SUMBER : http://www.100penulis.com

Operasi Membalut Kitab-kitabku

0
COMMENTS
Aktiviti Hari Ini:
 membalut segala kitab yg ade.. fuh, berderet lg dok tunggu kat rak >,<

LA TAHZAN; baru rembat kat POPULAR
Sebahagian kecil dari koleksi novelku
posted from Bloggeroid

Alpha One

0
COMMENTS
Kad Daftar Masuk

Tadaaaa...!!! 
Setelah sekian lama mak join terapi ni, akhirnya hari ni baru
mengikut mak pergi tempat ni.
Terapi Medan Elektrik
Dengan arus elektrostatik setinggi 9000v bersama 60 gegaran per saat.
Hebat je bunyikan.
Banyak kebaikan dan faedah kesihatan,
jadi tak salah la aku cuba jugak kan.
Untung² dapat turunkan berat badan sekali.
Ngeee~~
posted from Bloggeroid