Jahit Jubah Moden

6
COMMENTS
Atas permintaan kak ngah, aku mencabar diri sendiri untuk cuba buat jubah moden.
Jenuh jugak la aku jelajah blog sana sini, semata-mata nak cari tut0rial jubah.
Malangnya tak banyak.
Jadi, macam biasa.. aku rujuk pada sifu - Cik Sue (jubah)

Orang baru belajar macam aku ni, memang tak boleh lari dari buat benda ni.
Penting o0oo..
Apakah?
POLA la...!!
Maka bermulalah misi aku.

Bila dah siap buat pola, masuk ke step seterusnya.
Gunting kain pulak!
Pola Jubah Moden
Proses nak gunting kain
Part ni aku tak berapa pasti, jadi aku redah je buat cara aku sendiri.
Buat lapik leher, bagi kemas sikit.

Disebabkan kak ngah kata tak payah bubuh zip.
Jadi aku decide buat belahan leher jela, macam baju kurung tu.
Setel part leher.

Sekarang, untuk kaff pulak.
Yang ni pun aku rujuk kat Cik Sue jugak - klik sini -

Haaa, kain putih ni aku rembat je kain gam yang sedia ada.
Asalkan keras, jadi la kan..
Aci redah je ni.
Hahaha!!
Iron pada permukaan kasar ya. Bukan yang berkilat!
Bila dah melekat elok, boleh la jahit bagi kemas untuk jadi bentuk kaff.
Jarakkan sikit dari kain gam tu ya.
Siap jahit, bolehlah terbalikkan.
Tadaa!!
Dah jadi rupa kaff kan?


Kak Ngah punya permintaan - Badan kain kosong, lengan bercorak.
Part badan tadi dah setel, jadi yang ni potong kain untuk lengan pulak.

Kaff aku yang dah nampak rupa.
Siap bersambung dengan lengan dah.
Ini baru setel jahit butang pada kaff.
Yang luar tu, butang hiasan je.
Dalam pakai butang katip.
Ingat nak buat jahitan lubang butang tapi bila try kat kain perca, macam tak lawa je.
Jadi aku pilih buat macam ni.

Akhirnya, siap!!
Alhamdulillah, percubaan pertamaku berhasil.
Lupa nak amek gambor part dat.
Menjadi beb, aku jahit dat kat belakang badan tu.
Hahaha..
Kagum dengan diri sendiri.

Inilah rupanya jubah moden yang dah berjaya aku jahit!
Bila kak ngah pakai tadi, sangat lawa!
Bangga sungguh dengan diri sendiri.
Heeee.. =p


Insyaallah, nanti aku tempek kat sini picture Kak Ngah bila dia pakai baju ni.
Tadi tak boleh nak snap. Katanya nanti basi.
maklumlah jubah raya tuu!!
Hahaha..

Ok la, nak layan Running Man kejap.
Ciao!!

nOtaKaki :~ Selanjutnya di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid

Kimi ni Todoke

0
COMMENTS
Kimi ni Todoke: From Me to You/Reaching You
Genre: Romance
Episod: Season 1 - 25
Season 2 - 12

Mengisahkan Kuronuma Sawako yang dipanggil Sadako oleh kawan-kawan sekelasnya
disebabkan salah faham tentang penampilan dia.
Timbul khabar angin mengatakan Sawako boleh melihat hantu dan 'curse people'. Hahaha, tak jumpa word dalam BM apa dia.. =p

Namun sebaliknya... Sawako seorang yang sweet and timid, yang mana dah lama nak berkawan dengan semua orang. Nak disukai oleh kawan-kawannya.

Dunianya berubah bila Kazehaya, lelaki popular dalam kelas a.k.a sekolah dia, mula bertegur sapa dengannya.

Sikit demi sikit, tanpa dia sedar.. kawan-kawannya mula bertambah seorang demi seorang.
Dan ada cinta yang berbunga dalam hati Sawako dan Kazehaya.



Romentik giler dorang ni. 
Tapi jadi geram sebab salah paham demi salah paham yang berlaku.
Punya la susah dan lama nak tunggu dorang confess.
Bila dah confess, jadi salah paham lagi.
Tu sebab tajuknya, Reaching You.
Punya susah nak capai.. tapi akhirnya tercapai jugak.
Finally, those fingers hold t0gether.
Tapikan bukan je pasal kisah cinta dorang ni je yang best, kisah persahabatan antara Sawako - Kazehaya - Ryu - Chizuru - Ayane
Nak tau lebih lanjut, sila rujuk Wiki tak pun tengok sendiri ye.. =p

Ni pun anime kesukaan aku jugak. Tengok la berulang-ulang kali pun, aku tetap boleh sengih dan menangis.
Menyentuh jiwa wa cakap sama lu!! Hehehe.. (^_^)v

 Lupa pulak, ada versi orang jugak, JDrama.
Aku tengok gitu-gitu je, sebab aku suka yang anime lagi..
Ngeeee...!!


Jom layan tengok baalik anime ni.
Zasss!!



Lie To Me

0
COMMENTS

Repeat tengok.
Lie t0 me - mengisahkan tentang Gong Ah Jung yang dikatakan ANDALUSIA bak kata kita orang melayu ni, terpaksa menipu mengatakan bahawasanya dia dah kawen semata-mata nak tutup mulut-mulut jahat kawan-kawan lamanya.
REVENGE TIME!

Namun disebabkan salah faham yang berlaku... secara tak sengaja, khabar angin mengatakan Ah Jung kawen dengan Hyun Ki Joon mula tersebar. Udah Ki Joon pun terlibat dalam kisah itu.

Bermula dari situ, pergaduhan demi pergaduhan yang berlaku antara Ah Jung dan Ki Joon.
Nak saman menyaman..bla bla bla..
Dan daripada tu semua, dorang mula berbaik tanpa sedar ada cinta dalam hati masing-masing.
Tapi biasalah, konflik mesti ada punya.
Nak tau, kena tengok sendiri ler... =p

Berselirat kaitan karakter-karakter yang ada.



Just as love came to me as a lie.
Then lie becomes love.
 - Ah Jung -

Then we learned...
We realized inside that lie,
There was sincerity that was more passionate than the truth.
- Ki Joon -

Letting Go

0
COMMENTS

Yeah... it's true.
Susah tapi kena bagi senang.
Sebabnya?
Kalau berterusan akan ada yang menjeruk rasa, memendam perasaan, merawat luka sendiri.

Kesimpulan?
Let it g0. Lepaskan...
Pada aku, itu yang terbaik.
Tamat sudah kisah Aku, Dia & Kami.


Ya, inilah cara untuk aku pulihkan hati aku balik.
Memang aku keliru sama ada betul atau salah keputusan aku tadi.
Tapi biarlah, ia dah jadi langkah pertama aku setelah aku pendam lama.
Aku penat. Aku nak bahagia, bukan duka sepanjang masa.
Betulkah ini Pengakhirannya?
Pada aku ya tapi entah, aku pun tak tau apa akan jadi masa akan datang.
Aku serah pada Yang Maha Mengetahui.


Aku pernah kuat, jadi tak mustahil untuk aku jadi kuat lagi, kan?
(Ayat pujuk diri..=p )
Aku yakin, tiba masanya DIA akan berikan apa yang sepatutnya.

nOtaKaki ;- Mengaku salah sendiri tu bukan menunjukkan yang kita lemah.

Ouran High School Host Club

0
COMMENTS

TAGLINE :-
Making other people happy while enjoying yourselves!

Anime yang aku tak pernah jemu-jemu tengok.
Mengisahkan Haruhi seorang pelajar miskin yang berjaya masuk ke sekolah tinggi berprestij yang dihadiri oleh anak-anak orang kaya.
Entah di mana silapnya, apabila dia cuba cari tempat sunyi untuk dia study, dia tersilap masuk ke bilik muzik yang menjadi tempat 'Host Club'.
Nak men'tragis'kan situasi lagi, Haruhi terpecahkan pasu bernilai  ¥8,000,000.

Untuk bayar balik hutang tu, dia terpaksa join Tamaki dengan yang lain untuk jadi 'host' kat situ.
Lepas pada tu, macam-macam perkara menarik yang jadi.
Memang boleh mengundang ketawa dan air mata pun ya kot.
Ada 26 episod semuanya.
Pendek kata, AKU SANGAT SUKAKAN ANIME NI!!!
Jadi, silalah tengok ya.. =p

Psstt... versi anime, semuanya hensem belaka.. (^_^)

Ouran versi orang pun best jugak. Jepun punya. Kelakar!
Yang ni 11 episod je.
Compact gitu.

Malam ni, aku layan balik yang versi orang a.k.a live action.
Ok, dah abes bebel.. nak sambung tengok balik.
ZaSsss!!!


Kad Raya

0
COMMENTS
Tengah sibuk² potong kain untuk buat jubah kak ngah tadi. Dapat surat chenta daripada Abang Posmen.

Ahaks! Surat chenta la sangat. Kad Raya la… daripada Kak Ummi Iman lagi. Comel. Hasil tangan sendiri. Jimat pun ya.

Ni dia…


Kiranya ni la, kad raya pertama dan.mungkin yang terakhir tahun ni.
Hahaha..

Maklumlah zaman moden ni, tradisi anto kad raya manual ni srmakin dilupakan.
Aku sendiri pun gitu jugak.
Adeiii..!!! (-_-")

Apa pun, tenkiu kak Ummi..!!!
Lebiu lah …(♥.♥)
posted from Bloggeroid

Nurarihyon no Mago

0
COMMENTS
 Juga dikenali sebagai Nura: Rise of the Yokai Clan

Mengisahkan tentang Nura Rikou yang merupakan separuh manusia dan separuh 'yokai' (demon).
Di mana siangnya dia jadi manusia dan malam, adalah yokai.

Rikou tak dapat terima kenyataan bahawa dia adalah kedua-duanya.
Dia lebih suka dan memilih untuk jadi manusia daripada yokai.
Sedangkan dia adalah waris ketiga keturunan Nura.

Tengoklah macam mana dia overc0me semua tu.
Best.. menarik..
Aku suka!

Ni adalah geng-geng dia.
Maklumlah satu rumah dia penuh dengan yokai je =p


Selamat menonton!

Ano Hi Mita Hana no Namae o Bokutachi wa Mada Shiranai

0
COMMENTS
Also known as;
"We Still Don't Know the Name of the Flower We Saw That Day."
Ada 11 episod.

Mengisahkan Menma, hantu yang kembali ke dunia manusia selepas 10 tahun kematiannya untuk melaksanakan harapan/permintaan terakhirnya dan ironinya,  hanya Jinta yang dapat melihat dia.

Sedih giler o0o..
Sebab ia bukan saja pasal si hantu ni je yang tak boleh move on ke dunia 'afterlife' tapi melibatkan sahabat yang pernah dia ada waktu hidup dulu. Mereka pun tak dapat nak move on.
Stuck lepas kematian Menma.

Kisah 6 sahabat; 
Jinta - Menma - Naruko - Atsumu - Chiriko - Tetsudō
Sangat mengusik hati. Ada cinta yang tak kesampaian, ada rindu yang berbuku di hati.
Ada kesal yang mengasak jiwa.




Semua membesar seiring dengan waktu, cuma Menma si hantu yang stuck dalam tubuh zaman kanak-kanak.
iaitu ketika waktu kematiannya.

Nak tau kisah sepenuhnya, silalah lah tengok ya. 
Aku ulang tengok kali kedua ni.
Tu pun masih dok meleleh air mata. 
Ish ish ish..

Heee... selamat menonton!!

Dugaan Ramadhan

0
COMMENTS
13 Ramadhan 1434H

Begitu cepat masa berlalu, dah sekarang kita berada dalam fasa kedua Ramadhan.

Puasa kali ni, makanan tak semeriah tahun² sudah. Mungkin sebab kali ni, semua lancar program diet tersendiri kot. Hehehe..

Yela, kak ngah dah hilang 5kg. Ayah lepas demam hari tu, hilang 4kg. Mak 1kg kot. Adik? Haa budak ni takde diet, bedal semacam je.

AKU?? Sebelum puasa hari tu demam, hilang 2kg dan sampai sekarang dok maintain gitu je. Nasib baik tak naik balik. Ye idak?

Hmm.. bukan tu je. Ramadhan kali ni, agak menguji kesabaran dan ketabahan hati.

Sebabnya :~
★ Ayah - demam teruk+semput. Alhamdulillah dah makin baik.

★ Mak Nyah - disahkan mengidap Kanser Payudara dan terpaksa dibedah segera.

★ Lynn - anak mak nyah kena pOsting ke Sarawak. Itu bukan hal besar tapi jadi besar+mendebarkan bila dia tak tau keadaan Mak Nyah pada mulanya. Tapi alhamdulillah rasanya dia dah boleh terima. Lagi pun, Mak Nyah dah discharge. Getting better. InsyaAllah, aamiin..

★ Mak Yang - hampir hilang penglihatan. Terpaksa menjalani pembedahan laser kot, untuk buang selaput pada mata. Itu disebabkan penyakit kencing manis dia.

★ Pak Yang - disyaki ada masalah usus. Kena tahan wad dalam 4 hari jugak la. Masih menunggu keputusan pihak doktor.

Tu kira perkara besar pada aku la.
Moga kami semua dikurniakan ketabahan dan kesabaran untuk melalui dugaanNya. Aamiin..

Korang pun, moga bertabahlah la andai ditimpa dugaan ya.

Itu jela kot.. Teruskan berpuasa, perbanyakkan mengaji, bersolat tarawih dan bersolat malam. Oh ya, jangan lupa bayar zakat ye korang. (^_^)


posted from Bloggeroid

She's Back

0
COMMENTS
Lappy lama kak ngah ni dah almarhum.
Hasilnya bedah siasat didapati ia mengalami segala komplikasi penyakit yang ada.
Memang tak dapat diselamatkan lagi.
Jadi, terpaksa la say 'tata' kat beliau.


ALHAMDULILLAH.. buah hati daku kini dah kembali.
Hasil selepas diberi jantung baru.Tada!!!

Bila godek² balik, tudiaa!! Penuh dengan anime. Hahaha..
Antu anime memang gini, ye dak?

posted from Bloggeroid

Blouse lagi

0
COMMENTS
Alhamdulillah, blouse orang tempah semuanya dah siap!


Yang ni baju Kak Normah.
Aku ngan Kak Ngah dok berkenan dengan corak ni.
Kalau buat jubah atau baju kurung.moden mesti lawa giler!
Berangan. Ahaks =p


Yang ni pulak blouse Kak Ina.
1st time, aku buat pattern ni.
Alhamdulillah, menjadi.

Kombinasi kedua²nya...


Last, yang ni yang Kak Ngah punya.


Yeay, boleh rehat kejap.
Lepas ni, nak kena cari tutor buat jubah pulak.
It will be my next task!
Wish me luck! v(^_^)v

nOtaKaki :~ Selanjutnya di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid

Cara Buat Leher Baju Kurung

5
COMMENTS
Haa ni aku saje gediks nak post pasal ni.

Seriously, cara ni yang paling best dan lawa untuk buat leher baju.
Kemas dan mudah gitu.

Ni step lepas korang dah lukis pada kain gam dan tempek pada kain untuk leher.

Korang kena center kan setiap garisan tu ikut garisan pada baju.
Barulah nanti leher tu betul² dok tengah². Takde senget²...
Bila dah pasti semua dah OK, korang jahit la ikut garis lukisan leher korang. Ingat, jahit 2 kali ya. Bagi tegap/kuat sikit.


Dah siap jahit, korang boleh la gunting/tebuk lubang leher tu.
Jangan dekat sangat dengan jahitan. Bertas kang, naya je... =p

Lepas tebuk lubang leher tu, basi² yang ada tu korang cincang/gunting sekelilingnya. Macam dalam gambar tu.
Baru boleh nak terbalikkan nanti.


Selepas diterbalikkan dan diseterika.
Tadaa!!!!
Kan dah lawa ni. Kemas je..
Mudahkan?

Untuk cara lukis lubang leher tu, nanti aku updet semula.
Via phone ni tak berapa best.
Uhuk³..

Ok la, selamat mencuba korang!
(♥.♥)

nOtaKaki :~ Selanjutnya di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid

New Baby

0
COMMENTS
2,3 hari ni ayah sibuk dengan si kecik,kiut lagi otai ni.
Dan disebabkan si kecik ni jugak la aku kembali membonceng motosikal setelah sekian lama.
Ada lebih setahun setengah kot, lepas eksiden tu.

Haa ni dia si kecik tu.


Ayah bertanyakan pasal ekon kot ni.


Dan akhirnya tadi, si kecik dah selamat jadi hak milik aku.

Dalam takut dan berdebOr tadi, aku gagahkan diri... kuatkan hati untuk pegang jugak stereng si kecik.

Seriously, agak menakutkan weyh. Dengan keta berderet² kiri kanan jalan. Tambah pulak keta belakang, gaya nk sondol montot si kecik aku je. Berderau darah aku tau tak???

Yang buat aku lagi nebes, udah traffic light kat area umah aku tak berfungsi pulak. Keta sume slamber je redah ke sana ke situ.
Adoi!!!

Nak tak nak, aku kena maintain kan cool aku. Kalau tak, jawabnya tak bergerak la si kecik tu. Huhuhu!!

But then, Alhamdulillah aku berjaya drive si kecik sampai ke tempat letak kete depan umah.

Tadaa!!! Dah ada kat car park. Ngeh³...


Terketar² tangan aku weyh. Gigil. Takut+nebes punya pasal tp tak kesah dah. Sebab lega gilerrr, dah sampai umah. Hehehe..

Ok, boleh berlepak santai dah. CiaO!

nOtaKaki :~ Adik bagi nama si kecik, si CABI (chubby).. kena dengan no plat tula..
posted from Bloggeroid