Apendik atau Batu Karang?

0
COMMENTS
Subuh tadi aku dilanda sakit perut yang sangat teruk.
Nak² belah kanan perut.
Tak pernah aku rasa sakit camtu.

Mulanya aku ingat angin biasa je.
Tapi bila sakit makin teruk, muntah berulang kali, tahap nak terkeluar isi perut tu.
Memang tak dapat nak tahan la.

Mak tak sanggup tengok keadaan aku,
jadi mak soh aku bersiap pi klinik.

Kami pegi Poliklinik Azhar.
Sejam jugak la kami tunggu sebelum klinik bukak pukul9 am.
Kalau klinik Farah tu lagi la, pukul 9.30 am baru bukak.
Jenuh aku nak tahan sakit gitu.

Sementara tunggu tu, sempat la aku muntah seround.

Oh ye, aku jadi pesakit pertama tadi.
Laju je mak pi daftar bila signbod bertukar jadi 'BUKA'.
Hehehe..

Hmm bila jumpa doktor, dia bimbang aku kena apendik tapi lepas dia periksa, nampak macam dia fikir lebih kepada batu karang.
Huhuhu..

Merasa la aku kena cucuk sedas.
Nasib aku spesis tak takut jarum,ye dak? =p

Pakej ubat sekali.


Doktor kata kalau sakit tu datang balik, siap demam bagai.
Kena pi ospital, buat pemeriksaan lanjut.

Balik umah, bila sakit tu berkurang...
Sempat la aku lelap kejap.
Bangun tido, laju je cari ubat.

Tadaa...comey tak? Kalerful kan?
Macam coklat pun ye.


Hmm tapi lepas tu, satu mende yang mengejutkan dan menakutkan aku.
Air kencing aku ada darah.
Dengan kata lainnya, kencing berdarah.

Uwaaaa.. takut weyh.
Nampak kena sangat dengan simptom Batu Karang.
Huhuhu..

Korang..doakan aku baik² je eh.
Aku diduga lagi ni.
Moga aku akan terus kuat dan tabah.
Aamiin...
posted from Bloggeroid

My WorkstatioN

0
COMMENTS

Dah macam gaya profesional je kan?
Kain orang antO berlambak²,
jenuh la teman nak pulun menjahit.

Buat masa ni,siang jela sibuk menjahit.
Malam rehat je sebab takmo ganggu masa mak ayah berlepak santai..

Apa pun, aku bersyukur sangat dengan rezeki ni.
Alhamdulillah..
posted from Bloggeroid

Sony Xperia L

0
COMMENTS

Ayah belikan!!!
Menggantikan tepon wonderpet daku yg suka sangat mengandungkan bateri.. huhuhu
Tenkiuuuu ayah!!! Lebiu ketat²
(♥.♥)


posted from Bloggeroid

Sia-sia

0
COMMENTS

Penatnya!!!!!!!!!!!!
Hari ni buat keje sia-sia je.
Siap jahit lipat batik tadi, bila kak ngah cuba..
SINGKAT!!!!!
Grrr... marah+kecewa tau tak???
Sakit jari sebab dok tetas balik kat pinggang tu.

Ni semua sebab ikutkan formula yang makcik tu ajarkan.
Aku bantah tapi dah dia sifu, ikutkan jela.
Hasilnya memang seperti yang kuduga.

Kesimpulannya hari ni, satu apa pun tak berjaya siapkan jahit.
Haish... sabar jela bebanyak ye Miza oih...
Dugaan dan pengajaran ni.
(-_-")
*

In Time With You

0
COMMENTS

Baru je abes tengok 13 episod drama ni.
Nasib baik pendek je kan?
Heee...

Patut la drama ni menang award.
Jalan ceritanya memang la menyentuh hati dan perasaan.
Walaupun pada mulanya aku yang tengok ni, asyik kata a bit bosan..
Tapi bila makin tengok, makin melekat pulak.
Siap menangis pulak tu.
Ngeee... =p

Yang palin penting, citer ni sikit2 mengingtkan aku pada drama korea; 9 End 2 Outs

Drama ni mengisahkan Cheng You Qing seorang wanita bekerjaya dan elegan yang sudah mencapai usia 30 tahun.
Malang bagi dia, semua percintaannya tak berhasil.
Dan dia mempunyai seorang kawab baik, yang asalnya mereka ni musuh.
Musuh azali dari High School lagi.
Eh lupa pulak, nama laki tu Li Da Ren.

Li Da Ren ni sorang je yang sangat2 memahami Cheng You Qing.
Tanpa You Qing tau, rupanya Li Da Ren dah simpan rasa cinta padanya sejak mula lagi.
Namun disebabkan Da Ren tak nak merosakkan hubungan persahabatan mereka,
Da Ren diamkan.

Bila Da Ren single, You Qing ada pakwe.
Bila You Qing single, Da Ren pulak ade makwe..
Gitu la yang selalu jadi membuatkan Da Ren selalu terlepas peluang untuk confess.

Kemuncaknya, apabila You Qing memilih untuk kembali pada bekas kekasihnya dan ambil keputusan untuk berkahwin.
Manakala Da Ren yang tak mampu lagi nak simpan rasa cinta tu, membawa diri ke Singapura.
Sampai la suatu ketika You Qing dapat tau tentang perasaan Da Ren.
You Qing mengelak dan menolak.
Padanya, mereka adalah kawan baik selamanya.
Dia tak sedar pada hal dalam hati dia, cinta untuk Da Ren memang dah lama bertapak.

Selebihnya......
Korang tengok la sendiri..
Tak nak aku gitau.
Kejam tak? Ekekekek...

Jangan risau, drama ni happy ending gitu ;)

Ok la, nak menuju ke alam mimpi dah ni.
Papai!!






nOtaKaki :~ Aku pun ingin merasai indahnya cinta sehati sejiwa seperti dia....

Tears

0
COMMENTS
Currently.. me.. being like this..
Takpe la, sabar Miza.. 
PerancanganNYA lagi hebat..
Tunggu je masa dan ketikanya pasti akan tiba.....

Fated To Love You

0
COMMENTS

Aku suka drama ni cuma ingat2 lupa je jalan ceritanya.
Kira ni ulang tengok kali kedua.

Mengisahkan pertemuan antara Cun Xi dan Xin Yi di atas kapal cruise membawa kepada 'eksiden'
yang tak disengajakan.
Setelah berpisah, membawa haluan masing2 mereka bertemu kembali di syarikat yang sama.
Makin menggamatkan cerita apabila Xin Yi disahkan mengandung.
Cun Xi terpaksa akur untuk perkahwinan mereka.
Dari situ bermulalah segala konflik dan komedi.
Korang tengok la.. best!
Drama yang mampu buat kita gelak dan juga menangis.

Ini aku tempekkan beberapa quotes yang aku berkenan daripada drama ni.

There are a lot of memories in life...
I only wish that your memories will have me....
As long as you're willing to work hard, happiness will come knocking on your door...
Happiness is like thin ice...
If you cant forget the past, then just dont forget about it.
Bury it deep in your heart as one of your life time stories...
That quiet past will become a sustenance.

Hari-hari Yang Bakal Sibuk

0
COMMENTS

Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki pada aku.
Tak dan siapkan tempahan yang sedia ada, datang lagi tempahan baru.
Hari-hariku bakal sibuk balik la macam ni.
Heee...
Takpe.. takpe.. AKu suka!
Walaupun aku sangat sakit kepala sebab cust0mer nakkan baju yang aku belum pernah buat.
Bila aku tolak, dorang berkeras jugak nak aku jahit.
Makanya kain-kain dorang tu bakal jadi bahan eksperimen aku la jawabnya
Dorang sanggup pulak tu..
Miahaha!!!
*gelak kejam*

Aku dah study apa yang patut, mudah-mudahan aku berjaya la hasilkan baju yang dorang nakkan tu.
InsyaALLAH.. Aamiin...

 Ok la, nak pi teng0k Kampung Girl.
Ciao!!

BIG

0
COMMENTS

2 malam aku marath0n drama ni..
Mula2 teng0k sikit2 kat tv hari tu, macam tak best je.
Then terasa nak tengok full episodes, donlod la.
Bila mula tengok terus melekat.
Best jugak!
Ada unsur fairytale sikit citer ni.

Yang ni permulaan dan pertemuan pertama mereka.


Ia mengisahkan tentang Kang Kyung Joon yang bertukar badan@roh dengan Seo Yoon Jae, tunang kepada si her0in Gil Da Ran selepas mereka berdua terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Dan hakikat itu, hanya diketahui oleh Gil Da Ran.
Setelah beberpa insiden berlaku, Jang Ma Ri, stalker nombor 1 Kyung Joon turut tahu tentang mereka.

Episod demi episod menyaksikan kemesraan serta hubungan rapat antara Da Ran dan Kyung Joon (yang berada dalam badan Seo Yoon Je) yang akhirnya membuatkan mereka saling jatuh cinta.
Tapi agak mustahil untuk mereka bersama, kerana bila2 masa roh Gyung Joo akan balik ke badannya sendiri.
Seterusnya...?
Sila tengok sendiri la ya.. Hahaha
Kejam ni kejam...


 Ni bila Da Ran decide untuk ambil gambar kawen dorang.
Masa ni, roh Kyung Joon dalam badan Yoon Jae

Antara babak romantik dorang.. Kononnya..
Kikiki~~

Cuma endingnya tak best!
Suram je.. landai..
Takde impak mana...
Walaupun ia happy ending....

*spoil tak baca statement ni?*



Habis dah marath0n.. boleh tengok drama lain pulak.
Yeay!~

Happy Birthday Mak

0
COMMENTS


Mak....
SELAMAT ULANG TAHUN HARI LAHIR YG KE-51.

Syok keluar dating dengan ayah siang tadi ek =p

Kak long doakan...
Moga Allah Swt limpahkan rahmat dan berkat pada mak. Kurniakan kesihatan yang baik serta kebahagiaan di dunia dan akhirat.
InsyaAllah... Aamiin...
Terima Kasih atas kasih sayang mak pada Kak Long dan adik² yang tak berbelah bagi..

Kami sayang Mak sangat²!
Muaahhhhxxx!!! (♥.♥)
posted from Bloggeroid

Study.. study..!

0
COMMENTS


Nilah aktiviti aku untuk 2 hari (semalam+hari ni)

Banyak lagi mende yang aku kena belajar tapi tula, hanya dapat bergantung dengan blog² kat internet.

Kalaulah aku yakin utk drive keta sendiri, rasanya laju dah langkah aku pi belajar menjahit kat KEMAS or mana²..
Kan..kan..

SabOr la, insyaAllah ada caranya. Ye dak? (^_~)
posted from Bloggeroid

Nine Times Time Travel

0
COMMENTS

Malam kelmarin aku marath0n drama ni..
Giler tak?
Tiap2 malam marath0n drama korea.
Ish3...

Drama ni mengisahkan tentang 9 batang colok ajaib *mungkin*
yang dapat membawa si her0 mengembara melalui masa iaitu ke 20 tahun yang lepas,
di mana ia adalah pada saat tragedi besar yang berlaku pada dia sekeluarga.

Tanpa si hero sangka apabila dia mengubah situasi pada 20 tahun lepas (1993), ia memberi kesan kepada situasi sekarang, iaitu 2013.

  
Yang ni babak bila kekasih hero berubah menjadi anak saudaranya.
(Berlaku bila mengubah sejarah lama dia)


Yang kiri, hero sekarang (2013), kanan masa 20 tahun lepas (1993)
Mereka bertemu dan bekerjasama mengubah keadaan masa itu.

Haa citer ni sangat menarik.
Korang wajib tengok!
Sebab aku sendiri bila tengok mulut tak abis2 dok 'lorrrr..' 'o0oooo'
Ia berjaya buat aku berteka teki.
Macam puzzle pulak.
Pening pun ya.
Kikiki~~

Coffee House

0
COMMENTS

Malam tadi aku marathon drama ni.
Teng0k citer ni buat aku banyak gelak.
Agak kelakar bila tengok si her0 yang memegang watak sebagai penulis buku yang berperangai sangat pelik.
Menambahkan lagi kelakar yang ada, si her0in tapi bukan her0in yang menjadi setiausaha si penulis pelik tu.
Buat apa je yang disuruh, haa yang ni betul bendul pulak orang kata.

Aku harapkan si penulis ni bercinta dengan setiausaha dia tapi tula, her0in sebenar adalah kawan baik si penulis tu.
Sob3...
Jadi si setiausaha hanya bertepuk sebelah tangan.

 Nila hero dan her0innyer..

Yang sorang2 tula setiausaha lurus bendul. Kikik~~


Penipuan demi penipuan berlaku semata2 untuk menutup kebenaran cerita tentang hati.
 Tengok la, masalah cinta mereka yang berselirat ni ek.

Psstt.. endingnya tak menyengat mana.. =p
Spoiler.. ekekekek



Kamisama Hajimemashita

0
COMMENTS

Aku suka ulang teng0k citer ni.
Best!
Anime ni mengisahkan Momozono Nanami yang ditendang keluar rumah oleh pemiutang, disebabkan ayahnya yang berhutang lari tinggalkan dia.
Dalam dia mengenang nasib diri, dia ternampak lelaki yang tengah melarikan diri dari seek0r anjing.
Takut anjing lerr tuu.
Ya, lelaki tu agak pelik dan mencurigakan.
Tapi  Nanami tolong jugak dan sebagai balasan lelaki bernama Mikage tu mencadangkan Nanami agar tinggal di rumahnya apabila mengetahui situasi Nanami.

Nanami setuju dengan cadangan tersebut, walaupun terkejut apabila kena kiss kat dahi.
Maka dia pun pergilah ke rumah yang dikatakan dek 
 Biasa la anime kan, kalau tak merapu tak sah.
Dekat situ segalanya bermula...

Rupanya rumah yang dimaksudkan Mikage tu adalah temple.
Dia telah dilantik jadi 'Earth Deity' (tanda kiss kat dahi dia tu, seal Mikagi)
Dan dia ada pembantu or familiar iaitu Tomoe the f0x.
Ada 2 lagi ayakashi yang menjaga temple tu, Onikiri & Koutetsu.

Wujud lagi watak lain, seperti Kurama (demon) yang hidup di dunia manusia sebagai Id0l gitu.
Dan Mizuki (Snake Familiar)

Dorang ni semua sangat menjaga Nanami, terutama sekali Tomoe.

Satu demi satu peristiwa yang berlaku, merapatkan hubungan antara Nanami dan Tomoe.
Menyebabkan Tomoe akhirnya acknowledge yang Nanami tu tuannya.

Korang tengok la ek anime yang sweet+romentik+kelakar ni.
Ciao!!


Princess Prosecutor

0
COMMENTS

Baru je abes layan drama ni.
Her0in nya yang pegang watak jahat dalam All About Eve.
Agak lain dah wajah dia, tahi lalat pun takde dah.
Kui kui kui..


Drama ni merupakan kisah antara pr0secut0r dan lawyer yang bertemu kononnya disebabkan takdir.
Tanpa diketahui oleh si heroin, Ma Hye Ri (prosecut0r) pertemuan demi pertemuan itu dicipta sendiri oleh si her0, Seo In Woo (lawyer).
Perancangan si lawyer untuk memastikan si prosecut0r mengetahui sejarah lama bapa-bapa mereka.
Tanpa sedar permainan yang dicipta si her0 memakan diri apabila dia mula jatuh cinta pada si heroin.


MA HYE RI
pr0secutor yang mementingkan penampailan atau fesyen.
Seorang yang jujur, lurus, happy go lucky dan berterus terang.
Satu lagi begitu percayakan orang lain.

SEO IN WOO
lawyer yang nampak macam comel-comel gitu, ala-ala superhero yang selalu muncul bila Hye Ri memerlukan dia, cool tapi tu semua watak di hadapan si her0in.
Sebaliknya, dia adalah seorang lawyer yang sanggup lakukan apa saja untuk menang sesuatu kes.
Ada kaki2 or mata2 di mana saja.

Di samping mereka ada lagi watak2 lain yang memeriahkan drama.

\

Selanjutnya.... tengoklah sendiri ye.. =p
daaa!!!