Cantik Tak?

0
COMMENTS

Musim cuti sekolah bersamaan musim kenduri-kendara,
Maksudnya ramai yang kawen la kan.
Untuk pertama kalinya, aku buat baju yang dijahit sekali dengan border lace.
Semua ni pakaian untuk pengapit pengantin.
Heee...

Korang percaya tak?
Tolonglah percaya, sebab aku sendiri pun tak percaya aku mampu hasilkannya.
Cantik pulak tu.
Hahahaha...
Kalau bukan aku yang puji, sape lagi nak puji... ye tak?

Opsss.. aku bukan nak riak. Cuma aku excited giler je.
Bangga pun ye jugak.

Aku dah tempek kat sini.. untuk kenangan aku.
Tada!!!



posted from Bloggeroid

Payah!!!

0
COMMENTS


Giler susah nak buat macam yg tuan baju tu design.
Sungguh, aku menyesal tak tengok awal².
Aku amek mudah je.
Aku fikirkan, baju tu baju biasa².
Yg aku selalu dok buat.
Sekali yg luar biasa.
Adoiii!!!

Minggu depan, tuannya nak dah.
Abes la aku..

Nak nangis boleh tak?
Uwaaaa!!!!!
(T_T)
posted from Bloggeroid

Reward for Me Myself

0
COMMENTS

Dah lama ta pakai gelang, sejak 2 tahun lepas bila semua kena buang masa eksiden tu.
Tetiba rasa nak pakai.
Maka daku pun belilah as a reward la kononnya.
Gigih menjahit dalam beberapa  bulan ni.
Nak beli gelang emas belum mampu lagi, yang ni pun jadi la.

Syukur dengan rezeki yang ada.
Ye tak? (^_~)v

posted from Bloggeroid

Kejadian Itu...

0
COMMENTS
Hari ini, 17/11/2013..
Genap 2 tahun sejak kemalangan itu.
Kalau ikutkan waktu sekarang ni, pukul9 malam
aku masih di ER bertarung nyawa bak kata orang.


Bagaikan mimpi lepak hampir 10 hari di wad dan berbulan² dijaga bagai bayi oleh mak ayah dan adik².

Terasa cepat sungguh masa berlalu.. 
Kini aku bisa kembali berjalan dengan kaki sendiri, mengangkat barang² dengan tangan sendiri.
Dengan kata lain, dapat uruskan diri sendiri..

Allah swt pulangkan kembali nikmatNya sedikit demi sedikit kepadaku.

Walau jalanku tak segah dulu,
walau tangan kiriku tak sekuat dulu,
walau wajahku tak selicin dulu..
walau lidahku kerap kali kebas2...
namun aku bersyukur ia semua mampu berfungsi dengan sebaiknya.
Alhamdulillah atas segala nikmatMu, Ya Allah..

Aku bahagia, gembira dan bersyukur dikurniakan keluarga sehebat keluargaku, 
yang tak pernah berpaling daripadaku walau sekalipun.
Sentiasa ada di saat suka dan dukaku.

Aku juga berterima kasih pada kawan²ku. 
Aku yakin berkat doa dan semangat mereka menjadikan aku kuat untuk lalui saat² getir dalam hidupku.

Dan untuk semua itu, aku tau aku kena berterima kasih padaMu, 
Ya Allah kerana setiap aturanMu adalah yg terbaik untukku.

Berjiwang pulak aku ni kan..?
Hehehe..=p

Aku yang sekarang, masih aku yang dulu.
Kot..? ^_~

posted from Bloggeroid

Jung Yi Goddess of Fire

0
COMMENTS

Punyalah aku bersemangat mendownload 32 episod drama Jung Yi Goddess of Fire.
Gigih menontonnya.
Tapi hari ni baru berpeluang menamatkan marathon drama ni.

Sungguhlah memenatkan tengok drama era Joseon ni.
Kenapa apa aku kata gitu?
Sebabnya era ni kan era perebutan kuasa.. takhta bagai.
Terlalu banyak unsur dengki, khianat, rasuah dan ketakadilan.

Jadi semua unsur tu wujud dalam drama ni.
Cinta pun ada jugak selit2 cuma ia jadi jalan cerita sampingan je.

Ia mengisahkan Jung Yi yang ingin mecari kebenaran dan menuntut keadilan bagi pihak ayahnya,
Eul Dam yang mati dibunuh.
Dan juga ingin memenuhi harapan ayah dan ibunya untuk dia menjadi pembuat seramik atau 'Ceramist'.

Untuk mencapai hasratnya itu, dia terpaksa menyamar sebagai lelaki bagi membolehkan dia menempatkan diri dalam Bunwon.
Bunwon - tempat di mana ceramist berkumpul dan belajar untuk menghasilkan seramik terbaik yang dibuat khas untuk keluarga DiRaja.
Di situm hanya lelaki dibenarkan jadi ceramist.

Di situ jugalah dia berdepan dengan musuh yang selalu mengkehendaki dia ditendang dari situ dan juga inginkan dia mati.
Di situ, dia menemui kebenaran tentang hidupnya.. tentang kelahirannya.. tentang rasa cintanya..
Segala perasaan dirasainya di situ.

Setelah banyak perkara dan peristiwa yang terpaksa dia lalui.
Akhirnya dia diiktiraf sebagai ceramist.
Dan sekaligus, menjadikan dia ceramist wanita pertama pada zaman itu.
Dia menjadi sumber inspirasi bagi ceramist wanita yang lain.


Kisah Cinta Tak Terluah Jung Yi & Putera Gwang Hee 

Pengkhianatan untuk mencapai apa yang dikehendaki.
Hwa Ryong & Royal Ceramist Lee

Hwa Ryong - kawan baik Jung Yi yang berubah 100% demi untuk menyaingi Jung Yi.
Jahat dia ni. Huhuhu

Aku cukup menyampah dengan watak Maharaja ni.
Jadikan pembesar dan rakyat sebagai 'tool' dan 'shield'.
Tamakkan kuasa dan nama.
Pada hal semua kerja pembesar dan putera Gwang Hee yang buat.

Bila Jepun datang serang negara mereka, dia lari dulu.
Serah tugas lawan balik Jepun tu pada Gwang Hee.

Memang tak layak jadi maharaja kan?

Ni putera sulong, Im He.
Watak dia sebijik macam watak Gwang Soo dalam Running Man.
Betrayer. Bodoh2 pun ya.
Target dia nak jadi putera mahkota je.
Macam2 plan dia buat agar menonjol depan maharaja tapi semuanya gagal.
Hehehe.. 
Padan muka dia =p


  Ni ayah sebenar Jung Yi.
Watak dia ni pun buat aku geram jugakl.
Sebab dia jahat sampai ke mati.
Huhuhu..
Kejam sungguh!

Ni abang Jung Yi, Tae Do.
Dorang bukan adik beradik sebenar dan Tae Do sangat mencintai dan melindungi Jung Yi.
Cuma hati Jung Yi hanya menganggap dia sebagai abang je.
Tak lebih daripada itu.

Haissshh... selalu gitu kan?
Hero yang super baik dan hensem gini, selalu di'rijek'.
Bagi kat aku yang mcm ni kan bagus.. Hahaha..
Berangan jela.. =p


Tapi sayangnya.. oeraboni atau abang ni, mati dekat2 hujung cerita.
Kena tikam dengan geng Jepun yang nak culik Jung Yi.
Tengok!! Betapa sayangnya dia kan Jung Yi ni, sampai sanggu[ gadaikan nyawa sendiri.
Huhuhu...

Haaa.. last sekali aku nak komen.
Uwaaaa!!! AKu tak suka ending drama ni!!!!!!!

Nak tau sebab apa???
Sebabnya demi nak selamatkan semua orang kat negara tu,
Jung Yi ambil keputusan untuk ikut geng Jepun tu pergi ke sana.
Huhuhuhu..

Last part, tunjuk 17 tahun Putera Gwang Hee dah naik takhta jadi maharaja dan masih menanti dan merindui
Jung Yi yang tiada khabar berita.

See?? Kalau korang tak rasa ralat ke?
SOb3..
Apa pun, jalan cerita ni best jugak la.
Jadi kalau korang rajin dan sanggup, tengok la sendiri nanti ya.. ^_~!

Galileo

0
COMMENTS
Season 2
Oh aku suka drama ni.
AKu kan orang fizik.
Miahaha...
Kononnya la orang fizik tapi bila dia kemukakan teori dan persamaan fizik, 
aku ternganga jugak weyh.

Drama ni mengisahkan kerjasama antara detektif dan professor universiti dalam menyelesaikan sesuatu kes, dan selalunya kes pembunuhan la dengan menggunakan Hukum Fizik.

Menarik kan?

Season 1

Eksperimen untuk membuktikan Hipotesis


Full House Take 2

0
COMMENTS

Drama ni ada 16 episod tapi dibahagi kepada 2 bahagian.
Jadi total; 32 parts. 1 part setengah jam je.
Citer ni aku takde la suka sangat tapi aku abiskan jugak tengok.
Hehehe.. 
Adat la, bila dah tengok, mana maunya separuh2. 
Kena tengok sampai The ENd. 

Kisah pasal 2 lelaki yang merupakan artis duet dan 
seorang perempuan yang muncul menjadi stylist dorang.
Pastu macam2 la mende jadi.
Hee... korang tengok la.

AYat malas aku dah kua la tu.. =p
K bai..!

Monstar

0
COMMENTS

Ni memang drama muzikal.
DI mana setiap mereka punya masalah sendiri dan mereka menjumpai ketenangan dan keserasian bersama melalui muzik.
Kisah simple je.


My Princess

0
COMMENTS

Drama ni sweet sangat.
Ala2 Movie Princess Diary gitu.
Goong atau Princess Hour pun ya.

Aku suka jugak drama ni.



Nail Shop Paris

0
COMMENTS

Drama ni pendek je.. 10 episod je.
Pendek kan?
Drama ni ala2 drama jepun je aku tengok.
Tiru style drama jepun agaknya.

Ia mengisahkan tentang penulis novel yang menyamar jadi lelaki, untuk join Nail SHop Paris (di mana hanya lelaki sahaja keje situ) semata2 nak cari bahan untuk novel baru dia.

Kemerapuan citer ni, memang tahap citer jepun la.
*sekali lagi aku ulang menda sama*
Maunya aku tak kata gitu, siap Gumiho pun masuk citer ni.
Ekekekek...
Tau ke ape tu Gumiho? Nine tails fox lorrr..
Ngeee..
Kalau korang nak tengok, boleh je.
Buat2 hilang bosan.. (^_~)


Take Care of Us Captain

0
COMMENTS

Drama ni, walaupun aku ulang tengok masih mampu membuat aku menangis.
Sedih o0oo..
Kematian yang membawa penyesalan, penyiksaan dan kerinduan.

Kelalaian co-pilot yang dah jadi Captain, Kim Yoon Sung juga flight attendant, Choi Ji Won membawa
kepada Kematian ibu Han Da Jin (heroin) semasa melahirkan adik Han Da Jin iaitu Han Da Yeon sekaligus menjadikan si adik mengalami komplikasi kesihatan selepas kelahirannya.
Selepas tu, ayah mereka pulak, Captain Han Gyu Pil meninggal selepas terlibat dalam kemalangan.

Korang kena tengok macam mana Da Jin tau, yang captain yang dia suka tu jugak terlibat dalam kematian ibunya selain daripada kebencian dia pada Choi Ji Won.

Kisah cinta yang kompleks.

Kisah si adik dan kakak yang selalu menyentuh hati.

SI adik yang super comey dan super bijak.

Kawan yang selalu ada di sisi.
*beruntung Da Jin kan?*

 Apa lagi, silalah la tengok ya =p


Who Are You

0
COMMENTS

Haa ni kisah si heroin yang bila sedar daripada koma, dia boleh tengok hantu.
Dengan kata lain, roh.
Roh manusia yang punya hajat atau urusan yang tak kesampaian.
Dan memerlukan bantuan dia untuk merealisasikan atau melangsaikan urusan tersebut.
Seriau jugak la bila tengok malam2, sorang2 pulak tu.
Haa setting terbaik, sumbat earfon kat telinga.
Hohoho.. nebes ditahap agak tinggi jadinya. =p

Tapi hujung cerita ni, si hero pulak yang nampak roh2 mereka tu, lepas dia sedar daripada koma.
Si heroin dah tak nampak dah, lepas dia setelkan misteri kematian teman lelaki dia tu.

DIsarankan jugak, untuk korang tengok.
Ngeh3...
Ciao!!

City Hunter

0
COMMENTS

Yuhuuu... drama abam hensem dan kakak lawa kita neh.. =p
Lee Min Ho & Park Min Young.
Aku suka tengok lakonan dorang ni.
Kak Farah ngan ANa suka sangat la ni dengan si hero, abam Hoho katanya.
Hehehe..

Ni kisah penuh dendam, kasih sayang dan keadilan.
SI hero yang diberi gelaran City Hunter yang secara tak langsung membantu pihak pendakwaraya
membawa pesalah2 (orang atasan; Menteri) ke muka pengadilan.

Biasalah pasti ade terselit cinta.
Baru best.. ye dak?
Hehehe..
Dicadangkan untuk tengok lagi kalau korang dah tengok.
AKu paksa rela korang ni.
Hahaha!!
*gelak kejam*





Sungkyunkwan Scandal

0
COMMENTS

Haaaa... aku sangat suka drama ni!!!!
Sebabnya ada si hero Mickey Yoochun dan si heroin, Park Min Young.

Ni kisah zaman dulu kala, di mana Universiti Sungkyunkwan menjadi tempat belajar bagi kaum lelaki.
Kaum perempuan tidak dibenarkan sama sekali berada di situ.
Begitulah sistem pendidikan zaman dulu kala kat KOrea.

Nak dijadikan cerita, si heroin dalam citer namanya Kim Yoon Hee menyamar jadi lelaki dengan menggunkan identiti adik lelakinya, Kim Yoon Shik demi untuk mencari duit bantu keluarganya yang susah.
Kim Yoon Hee ni tersangatlah pandai.

Insiden demi insiden berlaku, membuatkan Kim Yoon Hee dan si hero, Lee Snn Joon
semakin terikat.
Tanpa mengetahui kedudukan sebenar, Lee Sun Joon membantu Kim Yon Hee memasuki
Sungkyunkwan.
Disebabkan Lee Sun Joon ni anak orang yang sangat berpengaruh.
Dia tidak disukai oleh Ketua Pelajar, Ha In Soo.
Dengan Kim Yoon Heepun terlibat sama.

Malas dah la nak kabo, korang tengok la sendiri ya.
Macam mana hero dan heroin boleh saling jatuh cinta..
Hehehe..