Review: PA Untuk Dia - Syamnuriezmil

0
COMMENTS


Aku cukup suka cerita yang bermula dengam gaduh² pastu tangkap cintan ni.
Clichè kan?
Tapi nak buat macam mana, itu yang best lagi sweet gitu.
Kihkihkih

Ini merupakan kisah cinta antara Yara & Han.
Lain sikitnya, incek Boss dulu yang jatuh cinta pada cik PA tapi incek Boss rahsiakan isi hati beliau.

Punya la susah incek Boss a.k.a Han nak yakinkan cik PA yakni, Yara yang hati Yara tu dah memang pada incek Boss .

Tapi tula cik PA pulak yang beria² menafikan semua tu. Bertegas la bahawa hati dia ada pada Onn, incek kedai kopi.

Yang unik bagi aku novel ni, adalah cara incek Boss meluahkan perasaan dia pada cik PA.

Nak tau macam mana?
Dengan bertanyakan tahap kelajuan dan kemampuan cik PA dalam menaip.
Disuruhnya Yara menaip segala apa yang dikatakan.

Kiranya Yara taip surat untuk diri dia sendiri la.
Yara taip, Yara baca dan Yara rasa getarannya di hati untuk setiap bait kata yang diluah oleh incek Boss.

Hahaha.. unik kan?
Sampai aku pun merasa getarannya sama.
Ewahhh... ahaks =p

Heee.. pada yang belum baca, lekaih² la baca ye.
Karya Syam ni mmg tak pernah mengecewakan..

Sekian dulu, adios!!
posted from Bloggeroid

Review: Mutiara Hatiku Rafflesia - Bill Bora

0
COMMENTS


Akhirnya setelah lama diperam,
berjaya jugak aku bukak hikayat yang satu ni dan baca sehingga penamatnya.

Bagi aku, jalan cerita ni biasa² je tapi tetap best untuk dibaca.

Kisah mengenai Anis Sophea yang dipertemukan dengan 4 jejaka yang masing² ingin memiliki hatinya.
Haris, Zarul, Ikmal dan Andrian.

Overall...
Haris dan Zarul la yang banyak muncul disepanjang jalan cerita.

Ikmal kejap² je. Boleh kata takde kesan langsung watak beliau ni.

Andrian.. haaa yang ni walau wujud di hujung cerita tapi impaknya boleh tahan.
Buat aku rasa nak je soh Anis pilih mamat ni.
Lagi best dari si Haris.

Tapi nak buat macam mana, dah heronya si Haris. Jadi secara otomatiknya Haris la yang akan tetap jadi pilihan Anis.

Kuikuikui..

Pada siapa yg belum baca,silalah dapatkan naskah ni dan baca ye. =)

nOtaKaki :~ Cheq nak Andrian plissss!!!
posted from Bloggeroid