Our New Family Member

0
COMMENTS


Assalamualaikum sayang..

Welcome to our family.
AUNI NASUHA BINTI AMIRUL
Our 1st niece...
Gebus gebas..
Lahirnya pada 16/01/2015 • Jam 2.11 petang • Berat 3.47kg



Tahniah utk Abg Cik dan Tirah..
Mak & Ayah dan jadi Opah & Tok.
Kami dah jadi MakLong, MakNgah dan Acu..

Alhamdulillah.. syukur padaMu atas kegembiraan yg tiada tandingan ni..

*kami pulak yg teroyak nengok pic si comey ni*

#newfamily #ourniece #weloveyou #Alhamdulillah
posted from Bloggeroid

R.I.N.D.U

0
COMMENTS


Bila rindu menyesak dada
Hanya air mata yg bisa menemani

Bila rindu menggebu di hati
Hanya bibir mampu menyeru namamu dari jauh

Bila rindu menghimpit jiwa
Hanya Allah yang tahu betapa peritnya rasa ini

Andai nanti ditakdirkan olehNya
Rasa rindu ini pasti akan tersampai pada kamu...

Tapi untuk waktu ini
Biarlah kusimpan rasa rindu ini
Selagi termampu
Selagi terdaya

Allah... Allah.. Allah...

posted from Bloggeroid

Happy Birthday Adik

0
COMMENTS
Makan besoOoo...
Balik umah pakat sengkak perut belaka...

Besday Adik hari ni.
Genap umur 16 tahun.
Besor dah beliau ye.
Aku pun makin tua la jawabnya.
Sobsobsob..

Abang Cik & Tirah tak join, bukan weekend kan.
Plus adik ipar daku tu tunggu hari je nak bersalin..
Moga dipermudahkan.
Aaminn..

Untuk Adik, hepi besday.
Hadiah takde.. kami bagi kenyang perut je.
Kira hadiah jugak la tu kan..
Kikiki~


posted from Bloggeroid

Review: Yang Aku Cinta - Farah Husain & Anna Lee

0
COMMENTS

Dear Cinta 2 - If it's meant to be, then it's meant to be

Akhirnya berjaya curik sedikit masa untuk membaca kitab hikayat cinta Tasneem & Ariff.
Kalau sebelum ni dah baca Dear Cinta, haa yang ni sambungan kisah mereka la.
Meneroka masa silam Ariff  dan penerimaan Tasneem.
Menzahirkan ego dan kasih sayang mereka.
Ewahhh, ayat ntah pape je.

Kisah kali ni, bagaiman seorang Ariff tersalah percaturan apabila merahsiakan
bahawa dia berhubung balik dengan bekas kekasihnya melalui kerja.
Ariff jadi peguam balik, behind the scene gitu.
Tolong selesaikan kes Nisha.

Tasneem yang baru tahu hal tu, rasa makin tergugat.
Bersyakwasangka gitu.

Keadaan menjadi lagi buruk, bila Ariff demam..
Tasneem pergi rumah Ariff, Nisha ada situ.
Hohoho..
Waktu ni daku dapat merasai betapa terlukanya hati seorang Tasneem.
Meleleh2 air mata daku o0oo..

Ariff cuba cari jalan penyelesaian, inginkan perdamaian.
Tapi ke lain jadinya bila mereka makan bersama mama Ariff.
Tasneem ingat Ariff gunakan mama untuk pujuk dia balik.
Makanya ayat ini yang terbit dari mulutnya pada Ariff
"Keji"

Sekali lagi, keadaan jadi tunggang terbalik,
Lain yang diharapkan lain yg jadi.
Tapi bila Tasneem sedar banyak salah datang daripada dirinya sendiri.
Dia cuba memujuk Ariff.

"Will you be my Carl" - Tasneem
"Who the hell is Carl" - Ariff

Nah, romantik Tasneem tak menjadi.
Daku sendiri bantai gelak baca part ni.
Hehehe..
Kesian Tasneem, mesti malu gila.

Dipendekkan cerita, kisah cinta dorang ni happy ending.
Nak tau lebih lagi, silalah baca sendiri ye.. =p


Bukan Awak Tapi Dia - Program realiti tv yang menjadi realiti kehidupan

Citer ni pun super best.
Kisah bagaimana Dian (tukang jahit) seorang biasa2 dicintai Nadeem (artis/penyanyi) dengan cara luar biasa.

Asalnya Dian dipaksa rela kawan2nya untuk masuk rancangan Program Realiti 'Mencari Dia'.
Semata2 untuk tarik perhatian Hadif, lelaki yang dia gilakan sejak zaman sekolah.
Kemudian penyertaan dia diterima.
Bermulalah rakaman kisah Dian dan peserta2 lain yg dalam misi memikat hati Nadeem.
Kononnya la.
Walhal Dian takde hati pun kat Nadeem tu.

Bila ditemuramah jawapan Dian amatlah tak boleh blah.
-"Jadi awak tak minat Nadeem"
+"Tak."
-"Jadi awak tak minat sebab apa?"
+"Sebab, saya tak jatuh cinta pandang pertama pun tengok dia. Sebab tu saya tak minat sangat. Biasa2 je....."

Dan Nadeem yang tengok dan dengar pun berasap la.
Hahaha~

Sungguh bila baca ni,
terasa macam daku sedang menonton reality show tu pulak.. 
Punya la berharap Nadeem pilih Dian. Dian pulak rijek Hadif. 
Harapan daku jd kenyataan rupanya.. suke suke suke... 
(tengok, betapa terujanya daku)

Dorang yg asalnya asal jumpa je gaduh,
dah jadi kamceng bila dorang berpakat buat plan sesama dorang.

Banyak mende jadi selama program tu berlangsung.
Part paling sweet, bila dorang main baling2 tepung masa Dian tengah sibuk buat cupcake untuk Nadeem.
Menyengih jela aku pun baca,
Angau.. hahaha..

Lepas pada tu ada macam2 la konflik.
Sampai satu tahap Dian  kemalangan dan koma setahun. 
Dok la berharap (lagi)... jangan la Dian mati. 
Kalau mati, daku gi bom umah baru (group fb) Kak Jue.. hahahaha..

Tapi lega giler pastu Dian dah sedar, 
dorang bersama balik.
Ada krisis sikit je lepas pada tu 
and then they have their happy ending..
 daku join happy samaaa...

Haip, tak leh kasi detail sangat. 
Korang baca sendiri okehhh... =p

Apa pun, daku suka kedua2 kisah ini.
Untuk pertama kalinya IKP gabungkan hasil penulisan kedua2 sahabat baik dalam naskah Limited Edition ni.
Akulah antara orang yang sangat teruja.
Akak2 daku tu...
Hahaha.. mengaku tanpa segan silu dan malunya ni..
Wekk...!!

#limitededition #novelbest #penuliskesukaan

Cincin dan Mimpi

0
COMMENTS
Tadaaa!!
Curik² snap pic masa beli tadi.
Ni semua gara² mimpi.
Ntah apa yg daku mimpikan tak tau la.
Bila tersedar, terasa macam something missing kat jari manis tu.
Akibatnya, keje daku kebelakangan ni dok meraba la jari manis tu.
Bajet nak main pusing² cincin..
Pada hal dah bertahun² kot aku tak pakai cincin.

Luv.. luv.. gitu...


SEBAB tula aku kata, mimpi punya pasal la ni.
Sudahnya, aku rembat jugak sebentuk cincin ni ha..
Beli sendiri.. tunggu orang bagi takde..
Kikiki~
posted from Bloggeroid

Selamat Tahun Baru 2015

0
COMMENTS


Hari baru
Tarikh baru
Tahun baru
Kalendar baru
Azam baru
Umur baru.. kikiki

~♥Selamat tinggal 2014... Selamat Datang 2015 ♥~

Daku berkenan ngan qoute ni ;-

Catatan seorang aku:

Azam 2013 - Nak kawen!
Azam 2014 - Nak kawen!
Azam 2015 - Nak kawen! InshaAllah!

Erk. ^^"
Amacam? Menarik kan.. kikiki~~
posted from Bloggeroid