terasa hati

0
COMMENTS
Assalamualaikum Hikayat,

Mata aku berkaca tadi tahan air mata daripada mengalir... sensitifnya aku kan..
Bukan aku nak ngada-ngada tapi hati ni cukup tersentuh bila dimarah atas mende yang bukan salah aku..

Ditambah plak kata-kata tadi yang buat aku terase yang aku ni macam menyusahkan ayah dan orang-orang keliling aku. Sakitnya rasa... sungguh, andai diberi pilihan sudah pastilah  aku akan memilih untuk tidak lagi menyusahkan mak ayah atau sesape saje. Andai mati adalah yang terbaik untukku, maka Kau ambillah aku kembali padaMu. Moga ia dapat menamatkan segalanya tapi aku sedar tak baik untuk meminta mati. Aku punya Allah SWT yg selalu ada bersamaku. 

Ya ALLAH ya Tuhanku, tolonglah tabahkan hati hambaMu ini.. aminn

Antara Mimpi & Realiti

0
COMMENTS
1.53am, 24 Jan

Assalamualaikum hikayat,

Antara khayalan dan realiti, di situ letaknya hubungn kami... Pelik tp benar..
  
Ya Allah ya Tuhanku, Kau masih mahu menguji aku dgn ujianMu yg maha hebat. Tak tertanggung rasa hati ini...


Sandaran Hati

0
COMMENTS
Hulurkan tanganmu..
Pinjamkan aku bahumu..
Agar dapat aku bersandar..
Dan bergantung harap padamu..
Sokonglah aku..
... Pautlah aku..
Agar aku tidak rapuh..
Agar aku tidak lumpuh..
Pautlah harapan dan diriku..
Sesungguhnya tanpamu..
Mana mungkin aku seteguh ini..
Mungkin aku terus kan rebah..
Sokonglah aku..
Pautlah aku..
Hanya kerana.. kau yang mengerti..


Kesedihan di hati

0
COMMENTS
Duhai hikayat.,

Dalam ayah bergurau, mak kelam kabut disebabkn aku. Hati aku ni tersentuh sangat, berkaca mata ni puAs kuseka agar tak jatuh air mataku ke pipi smpai aku ngan spontan membalas 'a,ahkan, nape la kak long xmati je. Abes citer kan..

Tapi naseb kak ngah alihkn topik, jadi semua tak amek port sangat la pasal kata-kata aku tadi tu. Aku jela yang terrrambil hati dengan kata-kata ayah tu, siap terngiang-ngiang lagi kat telinga ni. Sedih walaupun ia hanya gurauan.

Genap 2 bulan

0
COMMENTS
Assalamualaikum Hikayat,

Aku demam seseme neh. Haaccuum!! Hehe.. Itu yang aku bagitau dulu kan..

Aceli nak bagitau esok genap la 2 bulan lepas aku eksiden. Macam-macam mende jadi tapi yg paling penting, aku da mampu jalan sendiri walaupn bertongkat. Tangan kiri aku pun da mampu gerak banyak dah, jadi aku dah boleh buat sendiri banyak perkara..

Syukur sangat-sangat.. Okay la, tu saje la buat masa ni. Mata aku dah berpinar-pinar, kepala pun berdenyut-denyut. Jumpa lagi ye...

Wassalam

Kisah Yang Tak Kesampaian

0
COMMENTS
Assalamualaikum Hikayat...

Dah terlalu lama rasanya tidak kucoretkan sebarang kisah di sini.

Jam 5.40ptg td dapat brita yg kenalan sis Nea meninggal dunia. Walhal, tak smpai 24jam sis Nea berdepan ng orang tu. Sis tengok dia sihat walafiat je.. Takde ape pn tp ajal maut mmg kita tak bleh nk jangkakn..

Kami baru bersembang pasal dia. Aku tanyakan pada sis; kenapa sis tak pilih dia? Sis jawab; sbb dia penah tinggalkn sis jadi tak mustahil dia akan tinggalkn sis lg...

Terbukti jwpn sis tu ada benarnya... Ya, dia pergi tinggalkn sis skali lg tp kali ni perginya takkn kembali lg..

Al fatihah buat allahyarham, moga rohnya di tempatkn bsma org2 yg beriman. Aminn...

Buat sis Nea syg, tabahkn hatimu. Kuatkn smangatmu, mungkin Allah swt sdg menunjukkn jalan yg terbaik utkmu... Wallahua'lam..

Mimpi Ngeri

0
COMMENTS
      
 Hari pertama setelah selamat dipindahkan dari bilik kecemasan ke ICU.... Hancur muka aku. 12 jam lamanya aku terlantar dalam ER nak boleh ke dorang siapkan jahit satu muka; pipi, dahi, mata, bibir, lidah, gusi ngan dagu. Peha dengan kaki pun kena jahit sama. Disebabkan lidah dan bibir berjahit jadi tak merasa la nak makan apa2. Masuk air jela berbekas2 *eh yeke panggil bekas mende IV tu*.

       4 hari jugak la aku dok lepak dalam ICU. Semuanya gara-gara lepas operation kat lengan kiri aku ni, suhu badan aku capai 40 darjah Celcius. Tak turun-turun. Kelam kabut doktor dengan jururawat berusaha nak turunkan suhu badan aku. Bila suhu badan aku dah mula stabil, keadaan aku pun dah stabil. Aku dipindahkan ke wad biasa. 5 hari pulak aku kat situ. Nak buat macam mana, doktor kata selagi aku tak mampu bernafas sendiri tanpa bantuan Oksigen yg kat hidung tu dan tak boleh berdiri dan berjalan, selagi tula aku takkan boleh check out. Uhuk..uhuk.

        Kaki aku pun sampai sekarang kerap bengkaknya.

       Pakcik Polis Trafik bagitau aku masa eksiden tu aku kene seret ngan van, melambung atas cermin depan van pastu baru tercampak atas jalan raya. Tertiarap aku atas jalan ngan nyawa-nyawa ikan dalam hujan lebat tu. Allahuakhbar, besarnya kuasaMu Tuhanku walau ramai yang mengatakan aku mati di situ namun dengan keajaiban dan kekuasaanMu aku masih kekal bernyawa hinnga kini.

     Apa pun aku bersyukur sebab masih diberikan mampu bernafas untuk hidup di bumi Allah swt ini.