Once Upon a Time

0
COMMENTS
Sumber -  Google

Aku dah terrrbekenan dengan citer ni.
Gara² tengok iklan kat NTV7.
Maka bermulalah misi aku mencari link.
Tapi malas nak donlod, besar jugak la file dia. dah la banyak episod.
Tak cukup space hard disk lappy lama ni.

Maka jalan mudah, tengok online je.
Tengah kak ngah tak donlod apa² ni.
Ngeh..ngeh..ngeh...

Once Upon a Time
Sekarang dah Season 2 (ada 22 episod)
Tapi aku, Season 1 (22 episod) pun belum tengok lagi.
Jawabnya kena marathon la.
Y0shh.. i Loikke buat drama marathon ni.
Hehehe..

Citer ni mengenai fairy tale;
Snow White, Prince Charming, Pinacchio, Cinderella,
Belle (Beauty & Beast) dan mungkin ada watak lain lagi
yang sepatutnya berakhir dengan Happy Ending tapi jadi sebaliknya apabila Evil Queen put her curse on them so that only SHE CAN HAS A HAPPY ENDING not them.
Jadi heroin si Emma Swan, Snow White dan Prince Charming missing daughter
yang akan broke the curse made by Evil Queen.

Menarik kan?
Hahaha.. otak fantasi macam aku ni, layan la citer gini.

:: WELCOME TO STORYBROOK ::
where time is frozen

Citer dah mula dah..

Ok la, 
Papai.. (^_~)v

Blouse Part III

0
COMMENTS
Walaupun lepas perang ngan leher, pastu perang ngan lengan pulak.
Alhamdulillah, akhirnya siap jugak!!!
Puas hati aku.
Bangga pun ye jugak.
Maklumlah hasil tangan sendiri, tambah pulak berguru dengan nota kat blog je.
Bukan belajar dari orang secara berdepan.
Hehehe..

Tahniah untuk diri sendiri (♥_♥)

Tadaa!!


Bangga je bila tengok Blouse, hasil tangan sendiri cun dipakai oleh Kak Ngah..
(model teman tu..ahaks)

nOtaKaki2 :~ Lagi di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija

posted from Bloggeroid

PRU 13

0
COMMENTS
Sumber - Google

Selamat mengundi pada semua 
warganegara MALAYSIA.
Tunaikan tanggungjawab kita..
Cewah!

Pssst... takmo mengata sesama kita ye.
Tak baik.
Kalau tak suka, diamkan je.
Itu kan lebih baik.
Apa pun, vote for our own good, ok?! (^_~)


nOtaKaki :~ Aku? InsyaAllah, next time.

Blouse Part II

0
COMMENTS


Inilah hasilnya...
Setelah seharian mengadap mesin jahit untuk cantum²kan kain yang aku gunting baru ni.

Tu pun tangan sebelah lagi belum siap. Susah woii!!!
Elok jahit badan, udah leher pulak tak menjadi. 
Perang nak wat leher bagi cantik dan elok je, dah berjam²...

Stress!!!
Mulalah masa tu rasa nak hempas barang.
Bengang dan fedap punya pasal.
Tapi aku setakat hempas kain jela. Masih boleh sabarkan hati ni.
Kononnya..

Cumenye bila da stress gitu, memang aku break kejap menjahit, aku cari makanan la.
Aku bedal makan aiskrim la, kopok la.. makan buah la..
Last tadi, pastu makan nasi.
Hahaha..

Penat ooo.. sakit pinggang pun ye.
Huhuhu..

Ok lah, sambung menjahit esok ke luse.
Dah rindu nak menatap laptop ni, boleh gak marathon Running Man ke anime ke..
Ngee... (♥_♥)


Aku ciao dulu.
Adios!!!

nOtaKaki2 :~ Lagi di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid

Lost them! Dem!!!

0
COMMENTS

Uwaaa.... dah rasa nak nanges ni.!!!
Marah, geram, terkilan, kecewa...
Semua bercampur aduk.

Tahu kenapa?
TAK!!
Meh nak bagitau..

AKU TERRRR DELETE SEMUA POST PASAL DRAMA BERSIRI.!!

Aku bengang giler ni tapi nak marah pun, diri sendiri yang salah.
Gatai sanagt jari tu nak klik button delete tanpa dabel check dulu post label yang ada tu.
UWAAAA!!!! (T_T) 
Aku dengan lajunya tadi pegi jenguk blogger help, kot ada cara untuk recover semua tu.
TAPI TAKDE WEYH!!!!

Dabel sedih la camni...
Sayang tuuuu..
Rooftop Prince yang menjadi popular post tu, terpadam sama.
Tau tak??!!
Sungguh, aku geram plus bengang sangat-sangat ni.

Kena mencari ketenangan ni.
Off!

Buat Blouse Part I

0
COMMENTS
Seperti yang dijanjikan.. tada!!
Kak ngah dah beli kan.
Siap ada kain cotton berbunga-bunga lagi tu.
Ahaks!
Plan nak buat blouse untuk kain jenis jersi tu je.
Takpe, yang cotton tu letak tepi dulu ye.

Ni kira eksperimen aku la ni menggunakan kaedah cuba jaya.
Maunya aku tak kata gitu.. sebabnya...
Aku belajar dari blog je ni pun.
Aku rujuk kat sini
Jenuh jugak la aku tilik skrin lappy yang memaparkan blog berkenaan
semata-mata nak bagi paham.

Maka inilah hasil pemahaman aku, yang ingin aku realisasikan.
Orang kata bahagian lengan baju yang susah nak dicantumkan dengan badan.
Kira, aku memang tawakkal jela mencuba ni.

Hari pertama iaitu semalam, aku berjaya menyelesaikan;
FASA I
Yang aku dah apply pada kertas minyak, untuk dijadikan pola blouse aku.

Dah gaya macam arkitek berjaya ye.
Ala-ala nak melukis plan.. (o.O)

FASA II
Dah siap buat pola, masa untuk buat atas kain dan gunting.
Yoshhhaaa!!
Sangatlah menguji kesabaran ooo..

Ini yang biasa berlaku.. terjadi..
Tercucuk sana sini maka berdarah pun sana sini la.
Pembaziran darah pun berlaku (=.=")

Yang ni tercucuk dalam giler. 
Siap jugak, setelah penat berhempas pulas, menggunting 3 bahagian penting;
Depan, Belakang & Lengan.
Yeay!!!
Walaupun sangat penat rasanya, terbongkok sana sini tapi rasa amat puas hati
bila dah nampak jugak rupa blouse yang aku nak kan tu.


Hari kedua, aku berjaya menyiapkan;
FASA III
Dah siap gunting bagai, kene anto kedai untuk jahit tepi.
Almaklumlah, rumah ni takda mesin jahit tepi (^_^)

Setakat ini dulu ye, tak boleh nak terus jahit.
Acik kedai ada tertinggal certain parts yang kene dijahit tepi.
So, to be continue....

nOtaKaki2 :~ Lagi di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid

Selamat Hari Pekerja 2013

0
COMMENTS

Yeayyy....
Selamat bercuti semua.
Pada yang tak bercuti tu, sila claim triple gaji pada majikan ye.
Hehehe...

Ye ye je..
Pada hal aku sendiri bukan keje pun.
Hari-hari cuti.
Hahahaha..
Sila jangan jelesh ye (^_^)v

Tapi tula, hari ni aku pulak yang bertungkus lumus bekerja.
Manjalankan misi aku.
Misi Membuat Blouse gitu.
Ahaks!

Okeh, nak pi sambung buat kerja.
Daaaa!!!

Happy Holiday buat korang.
Peacee yaw!
v(^_^)v