Petanda Si Dia Jodoh Kita

0
COMMENTS
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk kita?

Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1) Bersahaja 
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2) Senang bersama 
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3) Terima kita seadanya 
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4) Sentiasa jujur 
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5) Percaya Mempercayai 
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6) Senang Bekerjasama 
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7) Memahami diri kita 
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. 
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. 
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8) Tampilkan kelemahan 
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. 
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9) Kata hati 
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10) Solat Istikarah & Tawakkal 
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh Yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

NOTA: Berkenaan mimpi petunjuk – “Saya tak jumpa mana-mana hadis yang menyebut bahawa petunjuk dari istikharah akan didapati melalui mimpi. Yang disebut oleh hadith ialah melalui gerak hati. Hadith tersebut menyebut, setelah istikharah, ambillah apa yang pertama digerakkan oleh hati selepas istikharah itu. Kalau tak ada gerak hati, ulangi istikharah, dan serahkan keputusan sepenuhnya kepada Allah. Jangan pula kita ada preference dalam hati waktu melakukan istikharah, kerana hasilnya mungkin apa yang kita inginkan, bukan petunjuk dari Allah.” (rahim11)

SUMBER - dipetik dari blog 
&

nOtaKaki :~ Compare cepat.. Kena ngan korang ke tidak.. =p

Korea with Love

0
COMMENTS
Kak Ngah baru balik dari Korea, sampai awal pagi tadi.
Ni la antara souvenirs yang dia beli untuk kami.
Nak kasi kat jiran kami, kawan2 cikgu & anak murid dia
Berpapan-papan.. phone straps
Pengepit Kuku Cap Korea. Rare kan?
Yang ni AKU PUNYA! Tshirt RM tu!!
nOtaKaki :~
 Kata Kak Ngah tahun depan round Europe pulak.
Untung la kan.. =p
posted from Bloggeroid

Sakurasou no Pet na Kanojo

0
COMMENTS
Atau  The Pet Girl of Sakurasou.
Dah abes dah tengok 24 episod.
Berhari² jugak la nak abeskan.
Masa agak terhad untuk aku berlepak santai sekarang ni.

Overall citer ni best jugak la.
Kisah Kanda Sorata yang kena kick dari dorm biasa ke Sakurasou 
(dorm untuk mereka yang agak bermasalah)
Bertitik tolak dari situ la, dia melalui pelbagai kisah dan pengalaman baru dan menarik.
Anime ni bertemakan komedi romantik.
Cinta antara Nanami --> Sorata -->-<-- mashiro="" p="">
Cinta antara Jin -->-<-- misaki="" p="">
Cinta antara Rita -->-<-- p="" ryuu="">
Tentang persahabatan mereka semua dan macam mana mereka mempertahankan
Sakurasou daripada ditutup oleh pihak sekolah.
Taouching o0oo..
Watak² mereka pun pelik dan hebat jugak
Sorata -> Bertugas menjaga Mashiro -Computer Game Designer
Mashiro -> No nothing about life jadi Sorata kena babysit dia - Painter/ Manga Artist
Nanami -> Jenis takmo bergantung pada orang lain - Voice Actress
Misaki - dipanggil sebagai alien oleh Sorata, jenis optimis dan ceria - Anime/Manga/Animation Maker
Jin - kasanova kelas pertama - Playwright
Ryuu - Jenis terperap dalam bilik. Berkomunikasi dengan yang lain melalui fon/email - Computer Programmer
Rita - Kawan baik Mashiro yang punya agenda tak baik mulanya then menyesal. - Painter

Heee.. cukup la kot aku merepek.
Selamat menonton pada sape yang nak menonton ye.
Takmo, sudah! =p

KIIL

0
COMMENTS


Yeayy... dah selamat terima KIIL daripada Kak Jue.

Seriously, sangatlah terharu.

Masa abang posmen kasi tu, nampak nama Kak Jue, aku dah rasa nak guling² seronok, rasa nak lompat bintang pun ye.
Rasa jela, takkan nak buat gitu depan abang posmen yang suka sangat ketuk pintu rumah gaya nak tercabut je pintu tu. Huhuhu

Tapi depan mak ayah, sempat la lompat sikit², jerit 'Yeay..yeay'..
Hahaha.. aku ni kan, perangai kalah budak².

Apa pun, berjuta² lemon tenkiu buat Kak Jue untuk naskah yang tak ternilai bagi aku ni.
Patut la bila tanya pasal payment, soh hold dulu ek.

Huhuhu.. Miza terharu sungguh ni tau.
Sayang Kak Jue ketat².
Ngeee =p

nOtaKaki :~
 Rasa bagai mimpi dapat berkawan dengan penulis hebat macam Kak Jue, Kak Farah & Fad ~♥
posted from Bloggeroid

Hotspring Sg Klah

0
COMMENTS
Plan nak ke Langkawi atau Pangkor tak menjadi disebabkan semua tempat boleh dikatakan FULL.
So, kami decide untuk bermanda-manda kat
FELDA RESIDENCE HOTSPRING SG KLAH
(♥.♥)
Kami dah sampai sini
Kami seludup masuk makanan sendiri. Ahaks
Permandangan di sini
Suka sangat aku snap pic bebanyak kan?
Untuk kenangan gitu...
Lama giler aku ngan adik berendam tadi.
Ada dalam 3 jam kot.
Berulang dari kolam panas ke kolam sejuk.

Kat kolam panas, orang tak ramai sangat...
Tapi kolam sejuk, fuhhh rasa macam penuh jugak la kolam tu.
Yang buat gempaknya, bila ada pasangan omputih masuk kolam.
Yang si lelaki pakai swimming trunk (sua kecik tu), yang si pompuan berbikini je.
Cuba bayangkan?
1 kolam besar tu pakat tengok dorang.
Aku kesian jugak kat dorang, sebab semua dok pandang dorang macam dorang alien je.
Aku tengok sekilas then sambung main air.
Apa aku kesah orang lain.
Hahaha..
Cuma kesian jugak sampai dorang kena lari pi kolam panas, tu pun mak kata berendam kejap je. Tak tahan kot.

Port aku berendam dan aku ala-ala tak kasi can kat orang lain lepak
adalah kat tempat air terjun dari gunung turun masuk ke kolam.
Sejuk giler air tu..
Ngeee...
Kalau jauh sikit dari situ, air biasa-biaa je.
Tu yang aku suka lepak situ... sejukkkk sangat.

Disebabkan aku lepak situ, orang lain jadi berminat nak tau ape istimewanya tempat tu.
Bila aku kasi ruang kat dorang cuba rasa air situ,
ini yang dorang kata...
SEJUKNYA!!! COLD!!!
Air batu ke apa?
Hahaha..
Aku tayang sengih je. =p

Dah puas berendam, langit pun dah gelap tanda nak hujan.
Kami pun siap-siap nak gerak balik.

Balik rumah, baru terasa muka kena sun burn.
Pedih gilerrr ni.
Mak sampai kata muka aku macam kena tenyeh dek blusher la
sebab merah bukan main lagi.
Huhuhu...

 Apa pun, aku memang suka berendam.
Nanti nak ajak ayah pi waterfall pulak.
Ngeee.... v(^_^)v


Sebelah malamnya pulak, kami pegi makan kat
AROMA KELADI pulak.
Hehehe...
Seronok sungguh sehari suntuk ni.
Terima kasih mak.. ayah..
Bawak anak sul0ng ngan b0ngsu ni jenjalan.
Hahaha..
Haru sungguh.. (>.<)


posted from Bloggeroid

The Unlimited - Hyoubu Kyousuke

0
COMMENTS
Disebabkan hari ni aku amek cuti sendiri,
maka aku pun penuhi hari aku dengan mengadap anime ni.

Pasal Hyoubu Kyousuke and the gang yang mempunyai kuasa luar biasa, dipanggil sebagi esper.
Dan dia jenis pscyokinetic.
Matlamat dia; nak hapuskan manusia normal kat bumi ni supaya esper seperti dia dapat hidup dengan aman dan tak perlu takut lagi

Banyak lagi watak lain.. Silalah tonton ye.
Macam dalam gambor ni ha.

Nak sambung tengok.. daaaa!!!


Congrate Dear!

0
COMMENTS
01/06/2013 - Umi E Day

Cun kan yang kat tengah² tu?
Itulah kawan aku, Umie.
Ni pic aku culik daripada Mena (kiri Umie)
Maaf ye Na, kikiki..

Tahniah sahabat.
Walaupun aku lambat tau, tapi tak kesah la.
Yang penting, Kisah Cinta Korang yang hampir 10 tahun tu dah melangkah ke satu tahap baru.
Aku turut tumpang gembira.
Tok, sila jaga nek baik² ye.

Tahniah sekali lagi.

nOtaKaki :~ Ramai lagi yang bakal menyusul.