Nurarihyon no Mago

0
COMMENTS
 Juga dikenali sebagai Nura: Rise of the Yokai Clan

Mengisahkan tentang Nura Rikou yang merupakan separuh manusia dan separuh 'yokai' (demon).
Di mana siangnya dia jadi manusia dan malam, adalah yokai.

Rikou tak dapat terima kenyataan bahawa dia adalah kedua-duanya.
Dia lebih suka dan memilih untuk jadi manusia daripada yokai.
Sedangkan dia adalah waris ketiga keturunan Nura.

Tengoklah macam mana dia overc0me semua tu.
Best.. menarik..
Aku suka!

Ni adalah geng-geng dia.
Maklumlah satu rumah dia penuh dengan yokai je =p


Selamat menonton!

Ano Hi Mita Hana no Namae o Bokutachi wa Mada Shiranai

0
COMMENTS
Also known as;
"We Still Don't Know the Name of the Flower We Saw That Day."
Ada 11 episod.

Mengisahkan Menma, hantu yang kembali ke dunia manusia selepas 10 tahun kematiannya untuk melaksanakan harapan/permintaan terakhirnya dan ironinya,  hanya Jinta yang dapat melihat dia.

Sedih giler o0o..
Sebab ia bukan saja pasal si hantu ni je yang tak boleh move on ke dunia 'afterlife' tapi melibatkan sahabat yang pernah dia ada waktu hidup dulu. Mereka pun tak dapat nak move on.
Stuck lepas kematian Menma.

Kisah 6 sahabat; 
Jinta - Menma - Naruko - Atsumu - Chiriko - Tetsudō
Sangat mengusik hati. Ada cinta yang tak kesampaian, ada rindu yang berbuku di hati.
Ada kesal yang mengasak jiwa.




Semua membesar seiring dengan waktu, cuma Menma si hantu yang stuck dalam tubuh zaman kanak-kanak.
iaitu ketika waktu kematiannya.

Nak tau kisah sepenuhnya, silalah lah tengok ya. 
Aku ulang tengok kali kedua ni.
Tu pun masih dok meleleh air mata. 
Ish ish ish..

Heee... selamat menonton!!

Dugaan Ramadhan

0
COMMENTS
13 Ramadhan 1434H

Begitu cepat masa berlalu, dah sekarang kita berada dalam fasa kedua Ramadhan.

Puasa kali ni, makanan tak semeriah tahun² sudah. Mungkin sebab kali ni, semua lancar program diet tersendiri kot. Hehehe..

Yela, kak ngah dah hilang 5kg. Ayah lepas demam hari tu, hilang 4kg. Mak 1kg kot. Adik? Haa budak ni takde diet, bedal semacam je.

AKU?? Sebelum puasa hari tu demam, hilang 2kg dan sampai sekarang dok maintain gitu je. Nasib baik tak naik balik. Ye idak?

Hmm.. bukan tu je. Ramadhan kali ni, agak menguji kesabaran dan ketabahan hati.

Sebabnya :~
★ Ayah - demam teruk+semput. Alhamdulillah dah makin baik.

★ Mak Nyah - disahkan mengidap Kanser Payudara dan terpaksa dibedah segera.

★ Lynn - anak mak nyah kena pOsting ke Sarawak. Itu bukan hal besar tapi jadi besar+mendebarkan bila dia tak tau keadaan Mak Nyah pada mulanya. Tapi alhamdulillah rasanya dia dah boleh terima. Lagi pun, Mak Nyah dah discharge. Getting better. InsyaAllah, aamiin..

★ Mak Yang - hampir hilang penglihatan. Terpaksa menjalani pembedahan laser kot, untuk buang selaput pada mata. Itu disebabkan penyakit kencing manis dia.

★ Pak Yang - disyaki ada masalah usus. Kena tahan wad dalam 4 hari jugak la. Masih menunggu keputusan pihak doktor.

Tu kira perkara besar pada aku la.
Moga kami semua dikurniakan ketabahan dan kesabaran untuk melalui dugaanNya. Aamiin..

Korang pun, moga bertabahlah la andai ditimpa dugaan ya.

Itu jela kot.. Teruskan berpuasa, perbanyakkan mengaji, bersolat tarawih dan bersolat malam. Oh ya, jangan lupa bayar zakat ye korang. (^_^)


posted from Bloggeroid

She's Back

0
COMMENTS
Lappy lama kak ngah ni dah almarhum.
Hasilnya bedah siasat didapati ia mengalami segala komplikasi penyakit yang ada.
Memang tak dapat diselamatkan lagi.
Jadi, terpaksa la say 'tata' kat beliau.


ALHAMDULILLAH.. buah hati daku kini dah kembali.
Hasil selepas diberi jantung baru.Tada!!!

Bila godek² balik, tudiaa!! Penuh dengan anime. Hahaha..
Antu anime memang gini, ye dak?

posted from Bloggeroid

Blouse lagi

0
COMMENTS
Alhamdulillah, blouse orang tempah semuanya dah siap!


Yang ni baju Kak Normah.
Aku ngan Kak Ngah dok berkenan dengan corak ni.
Kalau buat jubah atau baju kurung.moden mesti lawa giler!
Berangan. Ahaks =p


Yang ni pulak blouse Kak Ina.
1st time, aku buat pattern ni.
Alhamdulillah, menjadi.

Kombinasi kedua²nya...


Last, yang ni yang Kak Ngah punya.


Yeay, boleh rehat kejap.
Lepas ni, nak kena cari tutor buat jubah pulak.
It will be my next task!
Wish me luck! v(^_^)v

nOtaKaki :~ Selanjutnya di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid

Cara Buat Leher Baju Kurung

5
COMMENTS
Haa ni aku saje gediks nak post pasal ni.

Seriously, cara ni yang paling best dan lawa untuk buat leher baju.
Kemas dan mudah gitu.

Ni step lepas korang dah lukis pada kain gam dan tempek pada kain untuk leher.

Korang kena center kan setiap garisan tu ikut garisan pada baju.
Barulah nanti leher tu betul² dok tengah². Takde senget²...
Bila dah pasti semua dah OK, korang jahit la ikut garis lukisan leher korang. Ingat, jahit 2 kali ya. Bagi tegap/kuat sikit.


Dah siap jahit, korang boleh la gunting/tebuk lubang leher tu.
Jangan dekat sangat dengan jahitan. Bertas kang, naya je... =p

Lepas tebuk lubang leher tu, basi² yang ada tu korang cincang/gunting sekelilingnya. Macam dalam gambar tu.
Baru boleh nak terbalikkan nanti.


Selepas diterbalikkan dan diseterika.
Tadaa!!!!
Kan dah lawa ni. Kemas je..
Mudahkan?

Untuk cara lukis lubang leher tu, nanti aku updet semula.
Via phone ni tak berapa best.
Uhuk³..

Ok la, selamat mencuba korang!
(♥.♥)

nOtaKaki :~ Selanjutnya di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid

New Baby

0
COMMENTS
2,3 hari ni ayah sibuk dengan si kecik,kiut lagi otai ni.
Dan disebabkan si kecik ni jugak la aku kembali membonceng motosikal setelah sekian lama.
Ada lebih setahun setengah kot, lepas eksiden tu.

Haa ni dia si kecik tu.


Ayah bertanyakan pasal ekon kot ni.


Dan akhirnya tadi, si kecik dah selamat jadi hak milik aku.

Dalam takut dan berdebOr tadi, aku gagahkan diri... kuatkan hati untuk pegang jugak stereng si kecik.

Seriously, agak menakutkan weyh. Dengan keta berderet² kiri kanan jalan. Tambah pulak keta belakang, gaya nk sondol montot si kecik aku je. Berderau darah aku tau tak???

Yang buat aku lagi nebes, udah traffic light kat area umah aku tak berfungsi pulak. Keta sume slamber je redah ke sana ke situ.
Adoi!!!

Nak tak nak, aku kena maintain kan cool aku. Kalau tak, jawabnya tak bergerak la si kecik tu. Huhuhu!!

But then, Alhamdulillah aku berjaya drive si kecik sampai ke tempat letak kete depan umah.

Tadaa!!! Dah ada kat car park. Ngeh³...


Terketar² tangan aku weyh. Gigil. Takut+nebes punya pasal tp tak kesah dah. Sebab lega gilerrr, dah sampai umah. Hehehe..

Ok, boleh berlepak santai dah. CiaO!

nOtaKaki :~ Adik bagi nama si kecik, si CABI (chubby).. kena dengan no plat tula..
posted from Bloggeroid