Jahit Baju Melayu untuk Ayah

4
COMMENTS
Ayah cabar kalau dapat buatkan baju melayu untuk ayah, ayah belikan mesin jahit baru.
Hahaha.. bagus kan ayah guna tektik gitu untuk naikkan semangat anaknya ni.

Ternyata tektik ayah menjadi. Sebabnya?
Aku terus berusaha study dengan jayanya.
Abes aku redah google cari blog yang ada ajarkan cara untuk jahit baju melayu ni.
Tapi kan..susah giler kot nak ada.
Nasib aku terjumpa nota dari geng Kolej Komuniti kalau tak silap.
Aku study dari situ jela.
Lagi pun aku dah ada basic dalam jahit baju kurung.
Rasanya ia memudahkan aku lagi la.

See... rajinkan aku study?
Aku donlod nota ni cuma aku lupa nak save link nya.
Sobsobsob..
Sorry ye.


Nota atas tu untuk baju melayu cekak musang.
Disebabkan mesin lama aku ni takde tempat nak jahit lubang butang bagai,
makanya aku buatkan baju melayu johor/teluk belanga je.

Bila konfiden tu dah ada, bermulalah misi aku.
Amek ukuran baju melayu ayah yang sedia ada dulu.

Pastu barulah boleh gunting kain pulak.
Part poket baju melayu ni la yang sangat menguji hati.
Boleh menipiskan kesabaran dan buat meleleh air mata tau tak???
Heee.. first time buat dengan basic aci redah memang boleh jadi camtu ye dak =p
Part poket tu, aku buatkan acuannya.
Kalau korang nak buat cara aku tu.
Sila gunakan kertas keras ye.. nanti senang.
Letakkan je atas kain, tarik jahitan jelujur kain untuk jadikan bentuk poket ikut acuan tu..
Pastu gosok dengan seterika..
haa...dah jadi bentuk poket tu nanti boleh tampal dan jahit je atas baju.
Siap!!
Hahaha.. macam senang je kan?
Susah o0oo..
Tapi alah bisa tegal biasa kata orang kan.
Nanti buat kali kedua ketiga dan seterusnya akan jadi mudah la.
InsyaAllah..

Aku memang suka buat pembaziran darah. Hehehe..
Terlajak tekan mesin, laju je peginya.
Tak dan nak stop. Apa lagi, jarum peniti cucuk dengan jayanya dan dalamnya.
Uhuk uhuk uhuk..
Senak jugak la.
Takpe.. ayah punya pasal, redha je.
Anak yang baik kan.. =p

Di sinilah aku mengabdikan diri.
Dunia baru aku.
Cewah!!
Tu mesin lama mak. Since 1994.
Lamakan?
Sebab tu ayah buat deal dengan aku tu.
Baju melayu for new sewing machine. Ngeee.. (^_^)

Inilah rupanya bila dah siap sambung segala bahagian baju.
Tinggal nak sembat leher je.
Tadaa!!! Inilah hasilnya!!
Hasil tangan aku tuuuu!!!
Bangga giler weyh!
Percubaan pertamaku berjaya!
Alhamdulillah, ayah pun suka.

Yeayy!! Mission Accomplished!


nOtaKaki :- Siap 05/06/2013 lagi cuma aku baru hapdet pasal ni.
nOtaKaki2 :~ Selanjutnya di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid

5 Ramadhan 1434H

0
COMMENTS
PAGI - Ayah demam+batuk+semput. Mak & Kak Ngah bawak pi klinik.
Moga Ayah cepat sembuh. Risau oOo!!

TENGAHARI - Kak Ngah ajak pi Qaira Hijab then pi Giant. Disebabkan tu, aku pun terjebak merembat tudung sehelai. Bajet tudung raya la kononnya. Hehehe.

Pastu kami masuk kedai buku sebelah Qaira Hijab tu. Lupa nak ushar nama kedai tu pulak. Uhuk³..

Tapi kedai buku agama la. Aku ngan Kak Ngah shopping buku pulak. Tada!!!



Melayang lagi duit weyh! Adei!!!

Then barulah kami ke Giant. Pergh!! Dah rasa suasana raya tau tak?
Dengan pasang lagu raya nya.. biskut raya bertingkat².. songkok bersusun².. butik² tak payah cakap la penuh dengan manusia. Sama jugak ngan dalam Giant tu.

No wonder la tempat park kete penuh. Huhuhu..
Dah beli apa yang patut, balik umah kami singgah kedai Cik Ida. Aku pi jahit tepi leher baju anak Kak Anim.

PETANG - Aku perang dengan leher baju yang takmo menjadi. Uwaaa!!! Tension giler memang tahap nak nangis dah tadi.

Tengok la ni.



Memang tak leh diselamatkan lagi. Nasib baik la ada lagi baki kain. Boleh la aku potong lain. Syukur Alhamdulillah sangat².

Maka aku pun mulakan misi potong kain semula.



MALAM - Aku cuba setelkan jahit kelim/basi kain. Ni Kak Anim punya baju.







Nampaknya tak sempat jugak nak siapkan semua malam ni. Penitikan je dulu tangan dan kaki baju ni. Insyaallah, esok sambung.

Ok lah, nak tido dah. Gud nite semua. Selamat bersahur dan berpuasa. Assalamualaikum (^_^)
posted from Bloggeroid

Blouse berlengan 'cuff'

3
COMMENTS


Alhamdulillah.. percubaan pertama buat tangan jenis cuff ni menjadi.

Walaupun aku sebenarnya lebih suka jenis tangan 'grip' a.k.a getah tapi tak salah mencuba kan.

Cari².. godek² kat google tak jumpa cara nak buat tangan cuff ni, makanya tengok jela baju kak ngah yang sedia ada. Buat contoh.

Inilah hasilnya..

Ni cuff yang aku buat..



Ok, dah boleh proceed buat baju yang orang tempah pulak. Ngeh³..

- 3 Ramadhan 1434H -

nOtaKaki :~ Jangan pOnteng puasa ye kengkawan (^_^)v
nOtaKaki2 :~ Selanjutnya di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid

Aku, Dia & Kami...

0
COMMENTS
Hmmm... -_-"

Macam dah lama je aku tak mengungkap Kisah Hati kat sini kan..?
Hmm.. kejap tadi aku dan Incek GB berbalas hujah pasal pendapat masing2.

*****
"Saya ada idealisme saya sendiri yang orang lain tak mungkin akan faham. Jadi, awak tak perlu faham saya sangat." - Dia

"Saya dah berusaha untuk faham awak tapi rasanya YA, saya tak mungkin dapat fahami awak." - Aku

*****
Aku... Dia.. Kami...
Macam aku selalu kata...
Tersangatlah berbeza. Bagai langit dan bumi.
Tak sefahaman.
Tak serasi.
Hubungan tak macam orang lain.
Pelik.. unik.. dan menyesakkan kepala kadang2 tu.

****
"Fikirlah apa yang patut. Kalau takut dan tak yakin, awak tau kan apa yang perlu awak buat." - Dia

"......" - Aku *diam je*

****
Itulah penutup kepada sesi hujah yang tak berapa nak hujah kami tadi.
Mungkin kami perlukan penutup terbaik untuk kisah kami ni.
Tapi....
Adakah terbaik untuk aku itu, terbaik untuk dia sama?

Orang Tempah Lagi

0
COMMENTS

Yeah, kain dah siap berjahit tepi.
Pasni hari² daku akan sibuk bercinta dengan Mister S daku tu la.
Hehehe..

2 blouse & 2 baju kurung yang wajib disiapkan!
Paling teruja nak jahit baju kurung untuk beby umur 2tahun ni.
Ngeh³

Yosh, miza! Aja² fighting!!!

- 2 Ramadhan 1434H -
posted from Bloggeroid

Salam Ramadhan

0
COMMENTS


Yeay.. esok puasa!!!

Kalau kecik² dulu seronok sangat bila dengar 'atok' kat tv tu announce tarikh puasa. Teruja abes!
Maklumlah lepas abes puasa kan RAYA! Hehehe...

Sekarang.. dah tua² macam ni terujanya tetap ada.
Cuma dah ke arah lain.
Peluang untuk beribadat kaw² dan kumpul pahala berganda jangan dilepaskan..

Marhaban ya Ramadhan…. mari kita sucikan hati, sucikan diri serta penuh suka cita menyambut datangnya bulan yang penuh rahmah, baroqah dan maghfirah..

Selamat bersahur, berpuasa, berbuka, bertarawih dan sewaktu dengannya ya..
Wink².. (♥.♥)
posted from Bloggeroid

Lone Ranger

0
COMMENTS

Kami pegi tengok movie ni tadi.
Tadaaa!!


Super best!
Maklumlah Johnny Depp kan..
Dalam movie ni, dia sebagai Tonto, puak Indian yang nak menuntut keadilan atas kematian semua pual dia.
Secara tak sengaja, bertemu dengan John Reid. Yang sepatutnya mati tapi hidup kembali. Juga punya misi yang sama, menuntut keadilan pada si Jahat 2 beradik tu.

Sepanjang movie ni, keja kami gelak sesaje. Riuh panggung. Nak² dengan suara budak².
Haaa.. satu lagi, kalau korang nak tengok sila abaikan logik ya.
Boleh agak la kan? Hehehe :p

Pada yang belum tengok, cepat² la pi serbu cinema berdekatan, ok.. (^_~)
posted from Bloggeroid