LuahaN

0
COMMENTS
Dalam usaha untuk tido tapi tak berjaya.
Makanya, aku merapu kat sini kejap.

Aku agak takut nak jawab exam pagi ni. Ada kurang dari 8jam lagi..
Aku nak kongsi kegusaran hati aku ni dengan dia tapi tak kesampaian.
Sungguh la hubungan kami ni dah sangat jauh.
Telefon je penghubung kami,
Tapi kalau dah kol tak berangkat, mesej tak berbalas.
Macam mana tu?

Bila jadi macam ni, aku mula ingatkan DIA.
Sungguhlah aku ni hamba yang tak patut.
Something happen baru nak cari DIA sungguh².
Ya ALLAH, ampunkan hambaMu yang lalai ini.

Ya... Fakta yang sering kita lupa.
DIA yang sentiasa ada untuk aku, kamu dan kita semua.

Sungguh...
Aku lega dapat mengadu kat DIA tadi.
Puas aku hamburkn air mata ni.
Aku lepaskan semua yang terpendam di dalam hati.

Terasa berat bahu ni.
Aku membawa harapan menggunung kedua² orang tua ku.
Betapa aku takut andai aku mengecewakan mereka untuk kesian kalinya.
Sungguh…. Aku nak sangat membahagiakn mereka.
Membanggakn mereka bila aku berjaya punya kerjaya sendiri.
Dah cukup kekecewaan yang aku hadiahkn pada mereka berserta
penderitaan dan air mata yang pernah jatuh ke pipi mereka
Semuanya disebabkan AKU.

Ya ALLAH, Ya Tuhanku…
Berilah peluang untuk aku menggembirakan hati mereka.
Tolonglah Tuhanku,
Berikan aku peluang untuk membina kerjayaku sendiri.
Jadi aku tak lagi menyusahkan hati mereka.
Perkenankanlah doaku ini Ya ALLAH..
Aamiin...

Alhamdulillah

0
COMMENTS
Tengahari semalam aku dapat sms dari MOE.
Dorang bagitau aku dapat panggilan kedua untuk MTest KPLI.
Sungguh, aku terkejut. Tak percaya pun ya..
Syukur sangat²... TERIMA KASIH YA ALLAH
sebab bagi aku kesempatan ini.
Dan² semangat dan harapan aku melonjak naik semula.
Hehehe...
Caiyok² Miza... You can do it..
Moga kali ini ada rezeki ku...
Aamiin..........

Kerja Oh Kerja...

0
COMMENTS
Dah 2 kali apply KPLI..
Dua² kali kene reject, kawan²aku yang lain pun same.
Pastu aku pergi PPD, bajet nak mintak borang guru sandaran.
Udah  dorang bagitau tak buka pulak..
Kena tunggu hujung tahun baru boleh apply.
Hmm....nasib...nasib....

Aku dah tak nampak dah masa depan aku
Macam kelam lagi gelap je
Tanpa lampu... tanpa lilin... tanpa matahari.
Senang cerita, tanpa cahaya la.

Belum rezeki aku lagi, kan²..
Sabor jela..
Harapnya, ada lah cahaya matahari yang akan muncul selepas hujan berhenti
Cewah...
Aamiin....
Kredit - Google

For The Rest Of my Life

0
COMMENTS

I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

nOtaKaki :~ tengah suka dengar lagu ni

Dilanda Emosi

0
COMMENTS
Setiap manusia dikurniakan hati dan perasaan
Akan sedih bila dilukai, akan gembira bila bahagia...
Akan kecewa bila apa yang diharapkan tak tercapai.

Setiap manusia juga diduga dengan pelbagai dugaan.
Yang mana dugaan tu juga membawa 1001 rasa pada diri kita.
Dugaan juga mengajar manusia untuk mencari jalan penyelesaian

Setiap manusia dibekalkan akal
untuk berfikir dengan rasional tapi adakalanya akal tenggelam dibayangi dek perasaan.
Setiap manusia turut sentiasa berdepan dengan pilihan,
Ya atau tidak..betul atau salah..nak atau tak nak.. baik atau jahat/buruk.
Jadi buatlah pilihan yang terbaik.

Setiap manusia juga dihadiahkan kasih sayang dan cinta.
cume terpulang pada individu tu bagaiman untuk mentafsirkannya, menjaganya dan menghargainya.

Dan setiap manusia adalah hambaNYA yang Maha Berkuasa.
Sesungguhnya apa yang ada pada manusia hanya pinjamanNya semata-mata.
Apa yang melanda hidup manusia, itu adalah ujianNYA.
Maka jadilah kita, hambaNYA  yang tahu bersyukur dengan setiap apa yang kita miliki,
tabah dan sabar atas setiap dugaan dan ujianNYA.
Yakinlah padaNYA...
Kerana HANYA DIA YANG TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK KITA.

Kredit - Google

Berubah

0
COMMENTS
Kenapa manusia mudah berubah ek?
Kalau berubah jadi baik tu, Alhamdulillah tapi kalau sebaliknya... nauzubillah...
Tapi kan cakap pasal berubah ni, sekelip mata pun boleh berubah kan?
Tambah² dalam soal hati dan perasaan.
Menakutkan...betul tak..?

Cube bayangkan..orang yang kita sayang berubah hati...
Hari ini, dia sayangkan kita,
esok dia tinggalkan kita pergi kat orang lain..
Mesti sakitkan..?
Tipulah kalau kata tak rasa pape, kecualilah kita tak sayang dia.. =p

Berbalik pasal isu tadi,
Aku punya la jaga hubungan tu bagai nak rak, tup² dia boleh cakap;
"Anggaplah antara kita takde jodoh..."
Haa.. kalau korang kene gitu tak hangat hati ke?
Tak rasa bengang.?
Dah dia tak nak kita, selamba badak je cakap camtu.

Tu satu hal, yg ni satu hal pulak;
Bile dia kecewa atau tak jumpa apa yang dia cari kat buah hati baru dia,
dia mula datang merayu nak balik pada aku..
Boleh gitu? Adil ke cmtu..??
Korang tak rasa ke dia tu kejam giler?

Dia terlalu mengejar kesempurnaan,
sampai dia lupa yang dia sendiri tak sesempurna mana.
Yang peliknya,
aku yang tak sempurna ni jugak yang dia cari balik.
Apakah?
Dia pergi dan datang sesuka hati, tanpa fikir perasaan orang lain.
Sungguh lah tak dapat nak memahami pemikiran manusia yg sebegini...
Aku tak sangka dia berubah sampai camtu sekali.

Ni memang kena dengan aku...


nOtaKaki :~ Yang selalu kita lupa; Kunci hati ada pada DIA.
Jadi,  doa la pada DIA mohon untuk ditetapkan hati kita pada kebaikan..
^__^

yeah...akhirnya...!!!

0
COMMENTS
Maka termaktub la di dalam kawasan jajahan beta.
Hari ini dalam sejarah...
Akhirnya beta memiliki blog sendiri
Tapi kita tengok la sekerap mana beta dapat melawati blog ni.
keh..keh..keh..
Bajet ade daulat la ni..
Sekian..............
Wassalam

Badai Asmara

0
COMMENTS
Di Badai Asmara
Haruskah...
Aku terus merayu padamu
Haruskah...
Aku taburi janji beribu
Untuk menembusi
Tembok hati sanubarimu
Ataupun... aku hanya penanti

Mengapa
Dikau meragui keikhlasan
Setelah kuberi
Pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu
Pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu

Mungkin ku pentafsir
Yang gagal mencari
Pengertian cinta
Akhirnya melara

Kau insan misteri
Penuh rahsia cinta
Kulemas dalam arena
Meredah nestapa
Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta

Bisakah
Silap kata menjadi penanda
Dapatkah
Kecewa ku menjadi harapan
Marilah berganding
Mengharungi badai asmara
Dunia dikecapi penuh bahagia...