Dilanda Emosi

Setiap manusia dikurniakan hati dan perasaan
Akan sedih bila dilukai, akan gembira bila bahagia...
Akan kecewa bila apa yang diharapkan tak tercapai.

Setiap manusia juga diduga dengan pelbagai dugaan.
Yang mana dugaan tu juga membawa 1001 rasa pada diri kita.
Dugaan juga mengajar manusia untuk mencari jalan penyelesaian

Setiap manusia dibekalkan akal
untuk berfikir dengan rasional tapi adakalanya akal tenggelam dibayangi dek perasaan.
Setiap manusia turut sentiasa berdepan dengan pilihan,
Ya atau tidak..betul atau salah..nak atau tak nak.. baik atau jahat/buruk.
Jadi buatlah pilihan yang terbaik.

Setiap manusia juga dihadiahkan kasih sayang dan cinta.
cume terpulang pada individu tu bagaiman untuk mentafsirkannya, menjaganya dan menghargainya.

Dan setiap manusia adalah hambaNYA yang Maha Berkuasa.
Sesungguhnya apa yang ada pada manusia hanya pinjamanNya semata-mata.
Apa yang melanda hidup manusia, itu adalah ujianNYA.
Maka jadilah kita, hambaNYA  yang tahu bersyukur dengan setiap apa yang kita miliki,
tabah dan sabar atas setiap dugaan dan ujianNYA.
Yakinlah padaNYA...
Kerana HANYA DIA YANG TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK KITA.

Kredit - Google

0 comments: