JIKA AKU JATUH CINTA…

“Jatuh cinta berjuta rasanya.” Perasaan jatuh cinta memang sukar dijelaskan kerana penuh dengan gelojak. Semua nasihat d tolak oleh perasaan mabuk kepayang yang membikin rasa melayang-layang. Itulah dahsyatnya perasaan yang satu ini.

Apakah kerana itu kita tak boleh mencintai dan dicintai? Hum, tentu saja boleh, kerana cinta adalah pemberian ALLAH SWT. Mencintai dan d cintai adalah kurnia, sekali gus panggilan hidup kita. Tak pernah merasakan jatuh cinta, bukanlah manusia, kerana manusia pasti akan merasakan cinta. Islam juga tak melarang cinta, bahkan Islam mengakui fenomena cinta yang tersembunyi dalam jiwa manusia. Namun, bukan dalam cinta murahan. Mencintai sesuatu itu ada batasannya. Jika cinta itu membawa kamu ke arah perbuatan yang melanggar syariat faham2 sendiri jelah…

Cinta itu katanya jelmaan jiwa dan gelojak hati seseorang. Cinta terbahagi kpd 3 tahap, iaitu:

1. Cinta kpd Allah, rasulNya dan jihad d jalanNya.

2. Cinta kpd orang tua, isteri, kerabat dan seterusnya.

3. Cinta yang mengedepankan cinta harta, keluarga dan anak isteri melebihi cinta terhadap Allah, rasul dan jihad d jalan Allah.

Menurut Imam Ibnu al-Jauzi, “Kecantikan, kasih sayang dan ketertarikan terhadap sesuatu yang indah dan memiliki keserasian tidaklah sesuatu yang tercela seta tak perlu d buang. Namun, cinta yang melewati batas ketertarikan dan kecantikan, maka ia akn membelokkan pemiliknya kpd hal yang tak sesuai dgn hikmah yang sesungguhnya, hal yg seperti inilah yg tercela.”

Lalu ape pengajaran yg dapat kita ambil saat cinta itu menggoda?

1. Setiap org memiliki rasa dgn lwn jenisnya, perasaan ini adalah fitrah manusia.

2. Namun, gelojak itu harus d urus, kalau tak maka kita akn terperosokj ke jurang kehinaan, keran d perhamba gelojak jiwanya. Lantas jd merana. Sesungguhnya nafsu selalu mengajak kpd kjahatn kcuali nafsu2 yg d beri rahmat oleh Allah.

3. Kalau kita jatuh cinta pd lwn jenis kita maka saat itulah kita khilangan sebahagian dari akal dan logik.

4. Dulu waktu bercinta di mana2 shj tpampang wajah dia sorang, kekasih hati. Dunia bagai milik kamu berdua. Itulah sifat manusia, kerana itu apabila mncintai seseorang, cintailah sewajarnya, siapa tahu tibe2 kamu benci pd nya. Begitulah sebaliknya, kalau benci, benci biarlah berpada, siapa tahu kamu akn mncintainya.

5. Ingat, tak semua yg kita inginkan itu harus dipenuhi. Tak semua cita2 itu harus terkabul, dan tak semua gelojak itu harus d turuti. D dunia ini byk pilihan, maka buka la mata besar2.

6. Tak semua yg kita anggap baik itu baik, dan tak semua yg i anggap indah itu indah. Segalanya sesuatu itu pasti ada cacat celanya. Saat jatuh cinta… indah banget. Padahal kita tak sempurna…

7. Akhirnya, kalu kamu sudah berada d puncak cinta, iaitu pernikahan, ingatlah bahawa puncak masalah itu bukanlah pada siapa yg akn jd pasangan kita, tp bagaimana agar kita bolah hidup d dlm nya, siapapun pasangan kita.

Jangan lupakan ALLAh SWT kalu kamu jatuh cinta ya. Jatuh cintalah kerana Allah SWT, kerana kasih sayangNya akn meluruh ke jiwa…

2 comments:

eida said...

darlim.. kalo terjatuh cinta pada si lelaki yang sudah miliki sebuah keluraga cam ner...

MizaEija said...

weyh........ wat blog ke??
hehehe..