Kisah Temuduga

        

       Ni kisah hari khamis lepas, 15hb temuduga SPA Perak tu.. Punye la malas aku nak update blog neh.. takde mood nak menaip dan mengarang, tu yg jadi bertangguh-tangguh...

        Malam tu aku tak boleh tido, bedebor punye pasal dengan tak tau nak study apa. Mula fikir dorang nak soal pasal ape la nt.. tau2 pukul 2am baru aku tertido..  Aku sedar mak gerak pukul 4.50am soh siap2.. Kul5.30 lagi kami bertolak dari teluk intan ni ke ipoh.. 

       Kesian ayah... Habes keja pukul 11pm, tak dan nak hilang penat dan mengantuk lagi, dah kena bangun hantar aku pegi intebiu... Jasa ayah memang tak terbalas.

      Masuk SPA then tuggu turn. Lama jugak. Dalam pukul 10am, baru aku dipanggil masuk bilik intebiu... rasa serba tak kena.

      Nasib baik panel sporting tapi yang tak best nya aku cuma sempat perkenalkan diri dan latar blakang je. Sebab dorang tengok aku ada degree terus cakap aku tak sesuai untuk jawatan ni.. Kata dorang lagi, aku ada degree takkan aku nak patah balik ke belakang.. Kalu ambil jawatan untuk SPM, kesian la kat budak SPM lain. Lepas pada tu, langsung dah tak jadi sesi intebiu, macam sembang kat kedai kopi pun ade.. hadoi la..

      Yang tak tahan tu, dorang siap bagi cadangan, suruh aku apply jadi cikgu. Usaha jugak biar sampai boleh dapat. Kenapa entah tuan tu boleh pilih kerjaya cikgu untuk aku. So, topik kami berkisar pasal cikgu jela, guru sandaran, KPLI apa semua...
  
       Part best da mai dah....

       Elok je aku keluar dari bilik intebiu tu, tiba2 aku rasa kaki kiri aku ringan semacam. Gaya ada benda lekang je. Bayangkan semua mata dok pandang aku masa tu. Pandangan yang membawa maksud 'macam mana intebiu tadi'. Huhuhu.. 

       Aku agak tapak kasut aku yang lekang jadi mulalah aku jalan cover..cover.. Aku jalan seret2 kaki tau. Sambil mata melilau cari ayah tapi ayah takde. Nak stay situ, malu! So aku ambil keputusan untuk keluar dari situ. Elok je aku menapak keluar dari pintu pejabat SPA tu, tapak kasut aku tertanggal completely! Korang bayangkanlah!!!  Siap tertinggal kat belakang lagi. Belakang bukan sebarang belakang, aku dah ada kat luar pintu. Tapak kasut aku ada kat dalam nuh. Boleh bayang tak?? Ya Allah, malu giler la masa tu. Kelakar yang amat pun ya jugak... hahahahahaha...

      Aku buat muka toya je kat makcik2 cleaner dan abang yang ada kat pintu tu. Kontrol malu je tu pun. Yang semua mahluk kat dalam tu lagi la tak payah kata. Sah-sah la dok fokus mata semua kat aku. Tengok drama sebabak yang aku tayang free  depan mata katakan Hohoho. Malu!!!!! Aku langsung tak berani nak angkat muka pandang arah dorang.. Malu beb... Apa lagi, aku pecut turun tangga jela, sambil tangan peluk fail dan pegang tapak kasut yang tertanggal tu. Jalan pun senget2. Well, korang mesti tau kenapa kan?
Yela..yela..meh aku bagitau. Sebab aku pakai heels, kalau dah satu tapak tertanggal, sah-sah la akan jadi sebelah tinggi, sebelah lagi rendah.. =p

      Aku bajet ayah ada kat kafe tapi takkan la aku nak pegi kafe dengan keadaan aku yang macam tu kan? Jadi, aku pun tukar haluan, menuju ke pintu depan kompleks. Jauh jugak pusing, sampai terkeluar jugak la ibu jari kaki aku dari kasut tu. Nasib baik aku pakai sarung kaki.. hehehehe... 

     Yang men'dramatik'kan situasi aku lagi, handbag aku ada kat ayah. Maknanya tepon aku ada kat ayah la weyh. Uwaaa!!! Camno den nak kol ayah den??? Mati akal kejap aku masa tu. Last2 aku decide lepak jela kat bawah pokok pintu depan tu.. tengok orang lalu lalang. Nak cuba pinjam fon dorang tapi mulut aku terasa berat giler. Heeee... malu padahalnya =p

     Tak lama pastu muncul penyelamat aku, candidate ke-3 intebiu, jadi dengan muka tak malunya aku mintak pinjam fon dia untuk mesej ayah aku. Lepas tu, sempat jugak la aku sembang2 dengan dia, sementara tunggu ayah muncul..

       Bila ayah takde reply, aku bajet ayah tak baca mesej la tu. Tapi tak lama lepas tu, ayah muncul. Aku pun dengan selamber badak pegi lambai kat ayah guna tapak kasut yang tertanggal tu.. hehehe..

        Dramatik tak korang? Hahaha... 

     Aku rasa sekian dulu... itulah pengalaman temuduga yang akan aku ingat sampai bila-bila... kalau ingatan kuat lagi la. Ngeee...

0 comments: