Pororo's Here

0
COMMENTS
Kyaa!!! Pororo's here!!! Sama tak? (♥_♥) 
 from Korea to KL to T.Intan with Love.. thanks my dear fren.
Posing lagi. Hahaha..!!!
Tengok Pororo ni mesti teringat Haha (Running Man)
See... Haha + Pororo = Haroro
Sumber; GOOGLE


Yeayy.. Cik Bell dah ada teman baru.
Aku bagi nama..♥ Mister Roro ♥ 
Gantikan si Mucuk yg sudah masuk plastik, simpan jejauh.
Ngeee....


nOtaKaki:~ Aku bukan Penggemar Teddy Bear tegar... =p


posted from Bloggeroid

Tonari no Kaibutsu-kun

0
COMMENTS

Tonari no Kaibutsu-kun (The Monster Sat Beside Me)

Lepas abes tengok xxxHolic, udah aku marathon tengok citer ni pulak.
Still in anime mode. Gini la jadinya..

Tapi kan, citer ni sangat best. Bagi aku la...
Tengok episod pertama je, dah buat hati berbunga².. romantik komedi la katakan.


Ia mengisahkan Mizutani Shizuku (dry ice) yang giler studi , langsung tak pedulikan orang lain. Sampailah dia bertemu dengan Yoshida Haru (ala² gengster) yang jatuh cinta pada dia.


Yang menariknya, si Haru ni walaupun suka bergaduh tapi karakter dia sangat comel sebab dia innocent dan sangat jujur. Nak² tentang perasaan dia pada Shizuku.
Dan disebabkan karakter dia yang gitu jugak la, tanpa sedar Shizuku pun dah jatuh cinta pada dia.
 



Namun disebabkan Shizuku yang juga digelar studybug a.k.a ulat buku ni lebih pentingkan studi, dia selalu berubah² fikiran tentang hubungan mereka. Tapi Haru tetap cintakan Shizuku walau apa pun yang jadi.


Sejak Shizuku mula kenal dan rapat dengan Haru, sorang..sorang.. watak baru muncul dan menjadi kawan mereka. Natsume, Sasaya, Kenji.. bla..bla..bla..




Arghhh.. aku suka anime ni.. Mereka saling mencintai tapi tak serasi.
 Kejap bergaduh, kejap berbaik, kejap romentik, kejap marah. 
Namun disebabkan mereka berkongsi rasa yang sama, hubungan mereka tetap utuh.

Apa pun, korang tengok la ye. Tak rugi..!!



nOtaKaki:~ Ia mengingatkan aku pada KISAH AKU & DIA. hehehe..
Sumber gambar; Google

He's Here

0
COMMENTS
Mister DiAS;
Dia datang sini tadi.
Rasa macam tak percaya tapi kalau dah cubit pipi tu sakit,
paham² la kan..

Aku bagitau Incek Gigi Besi (GB) tapi sayangnya respon dia negatif.
Bukan negatif sebab jeles tapi marah.
Katanya aku melayan.
Ni yang rasa nak sentap ni.

Entahlah, aku tak rasa Incek GB boleh faham.
Biarlah.
Aku dah malas nak berharap pengertian dari Incek GB.
Cara kami berfikir bezanya macam langit dan bumi.

Walau dalam hati penuh kesayuan tapi aku masih mampu tersenyum.
Well, miza kan..
senyum plus sengih tu dah jadi suatu kemestian.. (^_^)

nOtaKaki :~ Aku nak tengok sejauh mana dan sampai bila
Mister DiAS nak bersandiwara.

Kalau Cinta Jangan Hanya Dalam Kata

0
COMMENTS

Bismillahirrahmanirrahim

Kalau Cinta Jangan Hanya Dalam Kata...
Jangan terlalu percaya diri ketika seseorang memberitahu bahawa dia mencintaimu..
Sampai bila rasa itu bertahan andai hanya sekadar dijalani tanpa tahu akan dibawa ke mana hubungan yang terjalin?

Kerana sama seperti musim, manusia akan berubah seiring perjalanan waktu..
Boleh saja hari ini mengatakan cinta, esok sudah lupa kerana tertarik kepada yang lebih tampan atau jelita..

Bagaimana harus setia kalau hubungan yang terjalin hanya sekadar suka sama suka..?

Bagaimana akan melepas rindu kalau hanya cinta yang semu..?
Bagaimana kita bisa terus bersamanya sepanjang waktu kalau Allah belum restu..?
Cinta yang tak halal, sejatinya begitu rapuh kerana tak ada ikatan antara keduanya..

Oleh kerana itu, kalau cinta jangan hanya dalam kata...
Wujudkan dalam tindakan nyata dengan menghalalkannya..

Mintalah diberi kemudahan kepada Allah kerana sesungguhnya Dia akan mengabulkan kalau itu yang terbaik bagi kita..

Jangan lelah merangkai rasa dalam doa dan ikhtiar, kerana janjiNya adalah benar..

Bagi yang belum memiliki kekasih halal,
Mari kuatkan azam untuk segera menghalalkannya.
Andai belum memiliki sesiapa, janganlah cinta yang hakikatnya suci itu kita kotori dengan nafsu sesaat yang merugikan kita baik dunia dan akhirat..

Bersabarlah dalam ketaatan.
Semoga Allah memberi kemudahan...
Aamiin.

nOtaKaki:~ 
Definisi cinta semu; suatu perasaan yang bukan benar-benar cinta atau sayang.
Dengan kata lain, cinta palsu yang tak bertahan lama.

xxxHolic

0
COMMENTS
Beralih ke anime ni pulak.
xxxHolic
Ada 2 season; 1st - 24 episod, 2nd - 13 episodi
Siap ada OVA lagi.
Misi marathon bermula lagi.
Hehehe..
Aku masih dalam Anime Mode.
Jadi, layan anime sampai muntah la jawabnya ni.

xxxHolic;
Mengisahkan Kimihiro Watanuki, yang sering diganggu ayakashi (spirit/roh)
Ini disebabkan dia mempunyai kebolehan melihat supernatural things.
Dalam situasi pelik lagi aneh, dia terjumpa Yuko Ichihara (powerful witch)
di kedai beliau, wish-granting shop.
Watanuki request pada Yuko untuk memakbulkan permintaannya;
(buang kebolehan untuk melihat roh²)
dan sebagai bayaran yang setimpal, Watanuki kena kerja part-time kat kedai tu.
Dari situlah, Watanuki berdepan ngan supernatural advantures
episod demi episod.
Kimihiro Watanuki
Aku ada jenguk wiki, tengok pasal anime ni.
Ada la kata, ia berkait dengan anime Tsubasa Chronicle.
Apa lagi, teruja lebih la aku pun. Yela, sah² ada Sakura dan Syouran.
Tapi bila aku go through wiki anime list episode takde pulak mention pasal tu.
Jadi aku assume yang kait dengan Tsubasa Chronicle tu mungkin dalam manga je.
Bukan dalam versi anime ni.
Uhuk..uhuk..
Tapi bila aku tengok dan tengok, sampai ke part Shunmuki OVA,
tadaaa... ada part Syouran dan Sakura.
Tapi yang peliknya, Syouran kata; Watanuki is other him.
Jawabnya, kene tengok Tsubasa Chronicle la ni.
Lupe dah weyh citer tu macam mana...!!
(>.<)
See.. 2,2 anime ade kan..
Anime ni pelik tau, watak² nya jenis panjang² gitu.
Tak percaya, tengok ni...
Kan..kan..
Aku capture dr KM Player
Ada watak² lain yang menyerikan lagi jalan cerita anime ni.
Antaranya;
Watanuki yang selalu jeles kan Domeki yang gaya rapat dengan Himawari.


Mokona; makhluk kaler hitam yang comel.
Boleh sedut ayakashi masuk mulut dia ni.

Maru dan Moro; mahluk yang mempunya jasad tanpa roh.
Cuma boleh jadi normal bila berada dalam kedai je.

Aku nak sambung wat marathon citer ni.
Ciao!!!

nOtaKaki:~ Sumber gambar dari cik GOOGLE

Mari Menjahit: Baju Kurung Siap!!!

0
COMMENTS
Aku bermasalah sungguh la untuk buat jahitan karipap.
Kejap jadi, kejap idak.
Tengoklah hasil 2 hari dok perang ngan benang dan jarum je.
Sakit ooo jari teman.
Nak pegang kemas benang tu, nak bagi menjadi bentuk karipap.

Inilah hasil dari latih tubi selama 2 hari ni.
Cantik pulak bila tengok camni, kan..kan..
Bila dah menjadi kat kain perca atas tu, apa lagi...
Aku mulakan misi menjahit kat baju kurung sungguh la.
Ngeee...
Lawa tak?
Tak kisah la korang kata apa,
sebab bagi aku kawa sangat.
Aku masih susah nak percaya bahawa ini hasil tangan aku sendiri.
Ada jugak bakat aku kat sini rupanya ek.

Psst.. lubang butang tu beljar ngan sepupu aku.
Kebetulan dia datang rumah.
Sekali je dia ajar, Alhamdulillah aku cepat tangkap.
Tak sempat belajar dengan sifu aku part tu.
Aku belajar dulu ngan sifu lain.
Hehehe..

Dabel pssstt... Patut bila wat jahitan karipap, kene tutup dengan sembat kan?
Tapi aku tengok ada yang buat guna silang pangkah je, maka aku pun bedal buat gitu.
Bukan apa, kalau tunggu belajar sembat, mesti lagi lambat siapnya..
Hahaha.. Akal nak senang plus cepat siap la ni.. (o.O)
Leher - guna jahitan karipap
Leher - Jahitan tindih mesin
Akhirnya lepas belajar step by step untuk hasilkan sepasang baju kurung,
Tadaaa!!!
Alhamdulillah, aku sangat berbangga sebab dapat pakai baju yang aku jahit sendiri.
Syukur.. syukur..
Tenkiu mak, ayah dan kak ngah yang sapot perubahan angin aku ni.
Tenkiu jugak pada Cik Ton, yang sudi ajarkan aku tetang semua ni.
Luv U OLs ketat..ketat..
Auww!!


nOtaKaki :~ Misi Belajar buat Blouse dengan Baju melayu pulak lepas ni (>.<)
nOtaKaki2 :~ Lagi di sini ---> Dunia Jahitan Mizaeija
posted from Bloggeroid

Yumeiro Patissiere

0
COMMENTS
Yes!! Akhirnya selepas beberapa hari barulah abes aku khatam citer ni.
Ada 50 episod plus 13 episod lagi professional.
Jenuh jugak la nak tengok.
(Berselang dengan menjahit, tu jadi makan masa)

Amano Ichigo
Anime ni tersangatlah best.
Korang tengok je karakternya budak² tapi penuh isi kot.
Nanges sokmo aku tengok sebabnya ada part² tertentu yang menyentuh hati aku.
Nak² aku pulak jenis mudah keluar ayor mata..
Hehehe..

Anime ni mengisahkan Amano Ichigo yang mencari² impian sebenar dia.
Semua benda dia cuba; main piano, berenang, melukis dan sebagainya 
tapi satu pun tak kena dengan jiwa dia.
Sampailah dia berjumpa dengan Henri Lucas sensei. 
Tu pun kebetulan, semasa pergi menonton pertandingan piano adiknya, Natsume...
Henri sensei yang dapat mengesan bakat yang ada pada Ichigo (incredible palate) menyarankan dia untuk berpindah ke Akademi St. Marie untuk menjadi Patissere.
(sama macam nenek Ichigo dulu)

Henri Lucas sensei
Pada mulanya, ayah Ichigo membantah 
(disebabkan risaukan Ichigo yang kelam kabut plus cemerkap)
tapi disebabkan dia mendapat sokongan mak dan adiknya, Ichigo berjaya pindah sekolah.

Kegilaan Ichigo terhadap mende manis
Maka bermulalah kehidupan dia untuk menjadi patissere di Akademi St Marie.
Jalan yang harus dilalui agak sukar kerana dia tak mempunyai asas membuat kek pastri.
Tambah² bila dia dimasukkan ke dalam Kumpulan A iaitu bersama Sweet Princes; Satsuki Hanabusa, Sennosuke Andou dan Makoto Kashino.

Andou - specialize in Japanese Sweets
selalu jadi orang tengah bila berlaku salah paham antara
Hanabusa & Kashino+ backup Ichigo

Hanabusa - specializes in candy sculptures and flower-based cakes; yg slalu backup Ichigo
Kashino - specialize in chocholatier; selalu marah Ichigo+buah hati Ichigo
Nak dijadikan cerita, 
tingkah laku Ichigo itu menarik minat Sweet Spirit bernama Vanilla untuk menjadi pasangannya.
Sweet Spirit datang ke dunia manusia untuk mencari pasangan bagi sama² menghasilkan pelbagai sweet in order for them to become Court Patissier/Patissere in Sweet Kingdom.

 Disebabkan Ichigo tidak mempunyai asas dalam pastri maka
dia terpaksa berusaha lebih berbanding yang lain..



Tanpa Ichigo tau, rupa²nya Sweet Princes juga mempunyai Sweet Spirit masing².
Menarik kan?

Sweet Spirit
Vanilla- Icigo; Chocolat - Kashino;
Caramel - Andou; Cafe -  Hanabusa
Anime ni banyak menerapkan elemen kasih sayang yang kuat dari segi keluargaan,
persahabatan, percintaan, semangat berpasukan dan sewaktu dengannya.

Sebelum aku lupa, haa Yumeiro Patissere ni macam Yakitate Japan.
Yang membezakan; satu pasal kek & pastri, satu lagi kisah roti.
Yakitate Japan pun best gak. Ada 69 episod.
Ngeee.. ^_^


Banyak lagi karakter yang ada dalam citer ni.
Dan banyak jugak mende yang berlaku.
Nak tau, korang kene la tengok =p

See ya...!! 


nOtaKaki:~ Sumber gambar semua dari GOOGLE

Mari Belajar Menjahit

0
COMMENTS

Muka semangat abes ni..
Pegi menuntut ilmu rumahtangga..
Ekekekek.. ilmu rumahtangga la sangat!
Bukanlah.. pegi belajar menjahit baju kurung dekat rumah jiran kat atas.

Hari pertama: buat dasar baju menggunakan kertas minyak

Hari kedua: gunting kain ikut dasar yang dibuat semalam.

Hasilnya..!!!


Buku notaku



Dah siap ukur, gunting semua... siap!!!
Hahaha.. siap untuk hantar jahit tepi lah..


Sifu sibuk sampai ahad baru ni, jadi masa senggang yang ada tu.. mak pulak jadi sifu.
Yeah, gunting kain lagi.. \m/




Siap lagi.. untuk dihantar jahit tepi!


Yang ni pulak, sesi Mari Belajar Jahit Jahitan Karipap kot.


Ni pulak beg tukang jahit junior. Wakakaka!!!!


Dan ini pulak... tada!!!
Hasil cantuman kain² tu.. dah jadi rupa baju kurung (♥_♥)
Hari ketiga menuntut dengan sifu a.k.a jiran.


Yang ni, sikit lagi dah nak siap.
Satu belajar ngan jiran, satu lagi belajar ngan mak.
Semuanya nak jahit untuk kemasan kelim je.
(^_^)
posted from Bloggeroid