ROOFTOP PRINCE

[Repost]

    Aku nak kongsi neh, antara drama korea yang menjadi kegemaran aku. ROOFTOP PRINCE. Barisan pelakonnya hebat-hebat. Tambah-tambah si heronya Mickey Yoochun sebagai Putera Lee Gak/Yong Tae Yong, dan heroinnya Han Ji Min sebagai Bu Yong/Park Ha. Watak hero dan heroin jahatnya; Lee Tae Sung sebagai Yong Tae Moo, Jong Yoo Mi sebagai Hwa Yong/Hong Se Na.

     Sinopsis;
 Empat orang lelaki berpakaian dalam pakaian era Joseon, jatuh ke atas rumah bumbung (rooftop house) Park-ha. Disebabkan tiada tempat tinggal dan tidak mempunyai tempat untuk pergi, empat orang tersebut memutuskan untuk tinggal dengan Park-ha. 

Si Ketua mendakwa bahawa dia adalah Putera Mahkota Joseon (Micky Yoochun), bersama-sama dengan geng dia; Song Man​​-bo (Lee Min-ho), Woo Yong-sool (Jung Suk-won), dan Do Chi-san (Choi Woo -shik). Putera Mahkota tersebut percaya yang mereka wujud di zaman kini untuk mencari dan menyiasat tentang kematian misteri isterinya, puteri mahkota.

Bermulalah di situ segala bagai konflik antara Lee Gak/Tae Yong, Park Ha, Tae Moo dan juga Hong Se Na. Siyes, citer ni best giler. Kelakar tak hengat. Geram dengan watak si jahat pun ye jugak. Hehehe....

   



Barisan pelakon hebatnya...


Hero heroin





Watak antagonis =p



Bergambar kenang-kenangan sebelum diorang potong rambut panjang diorang tu


F4 Court; gelaran diorang
 Orang-orang kepercayaan Putera Lee Gak



HAHAHA... ni la jadinya bile tertukar lif dengan tandas


Hari pertama mereka bekerja



Versi Kartun
Putera Lee Gak

Ni mula-mula episod, bila Yong Tae Moo dengan tak sengaja bagi penumbuk sampai terjatuh sepupunya iaitu, Yong Tae Yong ke dalam laut. Pengsan. Mulanya dia berniat nak selamatkan Tae Yong tapi disebabkan Tae Moo ni gilakan kuasa dalam syarikat jadi dia biarkan sepupunya pengsan, terapung atas permukaan laut tu. Tae Moo amek keputusan untuk katakan pada semua orang yang dia tak jumpa Tae Yong masa di New York.


Ni pulak, babak bila putera dan pegawai-pegawai kepercayaan baginda jatuh ke rooftop house milik Park Ha semasa melarikan diri daripada musuh-musuh yang mahu membunuh baginda. Diorang ni landing 300 tahun ke depan pada masa hadapan di Seoul 2012  Cewah!!!
Masa diorang landing kat rooftop house ni diorang masih berpakaian era Joseon. Mahunya si Park Ha ni tak terkejut.



Hahaha... kelaparan....


Ni masa Putera Lee Gak rasa geram sangat dengan Park Ha




Ni babak bila Park Ha ajarkan Putera Lee gak minum sake bersama krim. hehehe....


4 orang zaman dulukala ni fikirkan lif tu tandas, diorang tukar baju dalam tu.


Diorang nak bantu bisnes Park Ha, bila Park Ha kehilangan cek untuk deposit kedai dia.


Masa besday Park Ha


Park Ha's Blind date


Jeles...jeles... grrrrr


Tengok pertunjukkan bunga api tepi sungai  


 Sedih...  bila misteri dah dapat diselesaikan, Lee Gak kembali ke zaman dia semula. Tinggal Park Ha sorang-sorang.


ENding, Park Ha jumpa dengan Tae Yong/Lee Gak


Happy Ending...

 Bagi aku la kan, citer ni sempoi je.
Konspirasi rampasan kuasa tu biasa la kn, bila ade manusia tamak gitu la jadinya.
Apa pun, citer ni memang kelakar. 
Rugi kalau korang tak tengok (^_^)

SUMBER GAMBAR: GOOGLE

0 comments: