Kalaulah...

Kalaulah tangan ini boleh berbicara, 
pastinya dirinya ini akan dikutuk kerana sering sahaja tewas dengan belaian dan genggaman erat tangan itu. 
Tangan yang bijak memberi belaian palsu padanya...

Kalaulah mulut ini boleh berkata-kata,
pastinya dirinya ini akan ditertawakan kerana  mudah sahaja percaya pada lafaz janji bibir itu.
Bibir yang pintar menyusun kata indah penuh pujukan dan rayuan padanya...

Kalaulah mata ini boleh bersuara,
pastinya dirinya ini akan disiramkan dengan air mata sinis kerana  lemah dengan renungan dusta mata itu.
Mata yang hebat mengaburi dan mengkelamkan pandangan mata wanita naif sepertinya.
Mata yang sungguh kejam dalam diam...

Kalaulah kaki ini boleh menjerit,
pastinya dia akan diteriak dengan ketawa yang terbahak-bahak kerana  terpedaya dengan langkah alim lagi santun itu.
Langkah yang halus memesong langkah lurusnya selama ini menjadi songsang...


nOtaKaki :~ 
Sekadar Perkongsian.
Dah tak ingat dipetik dari mana (-_-")

0 comments: