Review: Bougainvilla - Packy Sidique


Uwaaa... dah lama aku tak baca kisah misteri macam ni. Semangat giler baca tengah² malam... sanggup tak tido ni.. Pastu mula cuak. Hehehe

Novel yang mengisahkan tentang Nina yang kehilangannya secara tiba²  dan penuh misteri mendatangkan tanda tanya pada semua yang mengenalinya  terutama Kimi iaitu kekasihnya.
Bertitik tolak dari situlah, membawa diri Kimi kepada kerjayanya sekarang, ASP polis. Tujuannya hanya satu. Ingin mencari Nina dalam kes² yang disiasatnya, sekaligus bagi menjawab misteri tersebut.

"... apa pun alasan awak masuk PDRM, jangan biarkan ia mengganggu tugas awak. Faham?" - Tuan Rasyid

"Faham tuan! Lebih 5 tahun dalam pasukan, dah banyak ubah persepsi dan tujuan asal saya. Tapi saya tak naklah tipu sampai kata saya tak cari Nina lagi..." - Kimi

Suratan atau kebetulan, wujudnya seorang gadis bernama Deena yang punya rupa paras mirip Nina cuma fizikal mereka sedikit berbeza. Nina - Vanida Imran versi Nasya Aziz manakala Deena - Vanida Imran versi Sheila Majid. Namun itu sudah cukup mengelirukan dan mengejutkan sesiapa yang pernah mengenali Nina apabila melihatnya.

"Nina?" - Kimi

"Bukan Nina, saya Deena." - Deena

"Maaf, saya tersilap orang..." - Kimi

Namun siapa sangka bermula dari pertemuan itu, membawa mereka kepada pertemuan seterusnya dan disebabkan pelbagai kisah misteri, pelik dan seram melanda diri Deena ada kaitannya dengan Nina. 

"Tolooonnggg... tolonngg aku..." - Bisikan dekat telinga Deena

***
"...Dia palingkan badan, sambil hulurkan tangan dia yang penuh bunga melur. Apabila Along pandang muka dia... baru Along perasan, muka kami sama. Tapi lepas tu, muka dia perlahan-lahan jadi kosong. Along terus menjerit dan sedar dari mimpi." - Deena

***
"Bunga melur tu memang kesukaan Nina. Dia suka simpan sebagai pewangi bilik. Hmm pelik jugak mimpi awak.." - Kimi

***

"Kak Nina bagi kunci untuk buka buku merah" - Hakim

"Hakim tak pernah tau kewujudan Nina. Apatah lagi diari merah jambu Nina. Jadi bagaimana nama itu boleh terbit dari mulut Hakim yang comel itu? - Deena

***  

Tanpa mereka tahu...

"Mungkin ada penghuni baharu... aku kena pastikan mereka tak lama di sini. Ini tempat aku dan Nina. Jangan ada yang kacau." - 'dia'

***
[Ok dah, bagi sikit² je.. =p]

Dan disebabkan rasa ingin tahu yang menebal, Deena membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Kimi dalam menyelesaikan puzzle yang muncul satu demi satu berkaitan kehilangan Nina.

Serius, cerita ni memberikan debaran yang bukan sedikit bila membacanya. Nak² bila membaca waktu tengah² malam macam aku ni. Ada pasal mimpi misteri lagi seram, si kecil yang dapat berkomunikasi dengan makhluk halus.. Seram, berdebar, cemas semua cukup. Walaupun agak terdera perasaan aku bila membacanya tapi tetap best!

Pastu bila satu demi satu watak yang mencurigakan muncul, mulalah nak buat spekulasi sendiri siapa sebenarnya yang membunuh Nina. Namun penulis sangat bijak bermain dengan emosi pembaca, apabila setiap tekaan kita asyik salah je. Otomatik rasa ingin tau dalam diri kita sendiri makin menebal (dah jadi ala² Deena jugak ni, perasaan nak tau tu menguasai diri), sekaligus buat kita makin tekun nak membacanya, laju je jari membelek ke muka surat seterusnya. 

Aku ni jenis pembaca tertib, baca page by page gitu. Lagi la buat aku punya rasa ingin tau tu berada pada tahap maksimum.  Nasib aku bukan jenis suka baca lompat² atau terus baca endingnya. Kalau tak, mau spoil abis. Hilang nikmat misteri tu. 

Apa jadi seterusnya? Haaa yang tu korang kena baca sendiri la ek. Nanti hilang pulak segala unsur yang mencemaskan lagi mendebarkan tu. Hilang aura detektif kita sekali. Tak syok la.. Hehehe..

Jadi pada sape yang belum baca, silalah baca ek. Tak rugi pom.. superbest oo!!
posted from Bloggeroid

0 comments: