Alhamdulillah, debaran aku dah berakhir.
Syukur sangat-sangat.
Yang buat aku bersyukur, apa yang aku study kebanyakkannya itu yang ditanya.
Aku bertolak seawal 5.30 pagi dari Teluk Intan ni, menuju ke Ipoh.
Op kos ler ditemani oleh ayahanda tersayang.
Awal giler kan?
Aku sampai sana lebih kurang dalam pukul 7 pagi.
Kiranya aku adalah calon yang paling awal sampai.
Sampai kat tempat tu, terus check list nama dan tanda tangan.
Lepas tu, dia semak IC dan segala sijil asal dan salinan fotostat kita.
Mujur aku dah susun siap-siap, jadi takde la kelam kabut nak menyusun semula.
Lepas setel hal tu, aku bergerak duduk di kerusi yang disediakan.
Kata Puan Kerani tu, temuduga akan dijalankan dalam bentuk kumpulan bermula pada pukul 8 pagi dan
kami akan ditemuduga oleh 2 panel dari SPP dan JPN.
Masa yang ditunggu dengan penuh debaran tu tiba,
kami masuk by group, seramai 6 orang.
(3 lelaki, 3 perempuan)
Nebes tahap tak boleh blah weyh!
Mata 2 panel tu tajam je tengok kami. Mungkin tengah scan penampilan kami kot.
Selepas menjawab salam dan diminta duduk. Panel dari SPP mula menyuruh kami memperkenalkan diri masing-masing. Dan beliau sempat berpesan
" Jangan sorok apa-apa ya, bagitau je terus tahap akademik kamu."
Kami diminta untuk memberitahu nama, umur, status diri, keluarga, tahap akademik dan pekerjaan sekarang.
Selepas selesai sesi memperkenalkan diri, maka Panel SPP bagitau yang kami ni
overqualified.
Sebabnya; 3 perempuan - semua ada degree, 3 lelaki - semua ada diploma
Tapi beliau menambah,
"Takpe la, kalau ada rezeki kamu dapat la jawatan ni."
Disebabkan 2 panel tu lebih suka temuduga diadakan dalam keadaan yang santai jadi semua lontaran soalan, kami semua kena jawab. Ia lebih kepada perbincangan dan penambahan idea gitu. Ada jugak kalanya, beliau memanggil nama untuk meminta kita menjawabnya.
Jadi memang kami jadi agak rileks jugak la masa tu.
Takde stress sangat.
Antara tembakan soalan daripada Panel 1 (PAnel SPP):-
Tembakan soalan daripada Panel 2 (Panel JPN)
Banyak tak?
Jadi korang kena cepat-cepat la bagi jawapan ya.
Bukan apa, takut nanti point diambil oleh calon lain, korang jugak ternganga nak cari point baru.
Main ngan nebes ni, yang ingat elok pun boleh jadi lupa abes.. =p
Sejam kami ditemuduga. Lama kan?
Keluar je dari bilik temuduga, terasa ringan je bahu dan dada ni.
Lega selega-leganya..
Terus gerak pi jumpa ayah.
Thanks to Kak Tinie, dari blog dia jugak la aku godek-godek cari maklumat tentang temuduga.
Ngeee...
Ok, temuduga sudah selesai!
Sekarang menantikan keputusan temuduga je.
Entah dapat, entah tidak.
Nampak peluang macam tipis je.
Sebab utamanya pastilah; Pencapaian akademik lebih daripada yang sepatutnya kan...
Tapi takpelah, kalau ada rezeki aku di situ, ada la kan.
Harapnya, pengalaman aku ni boleh jadi manfaat pada korang.
Mana tau, berguna pada masa akan datang kan (^_~)
Aku dah lega, pasni boleh kembali kepada aktiviti jahit-menjahitku..
Hehe.. cia0!
10 comments:
as salam,.kptsn intv dh kuar kn,,sy pn dpt int tp gagal,,xtau la dsbbkan ad dgre atau pn x,,
anonymous : w'salam.. kptusan dah kua tapi utk yg perak punya takde lagi saya check.. jd sy masih belum tau gagal ke lulus..
tapi tula.. peluang utk degree mmg tipis.. panel tu dah gtau awal2 lg gitu
saya cuba check kejap tadi. Sama la.. tak berjaya a.k.a gagal.. sob3
Ramai ker aritu interview kt perak?
Boleh tahan la.. 3 hari interview hari tu berlangsung kat sini...
salam..surat dah dapat lom tuk lapor diri??bila kena lapor diri???penempatan akan tau time kita lapor diri nanti...hope xdapat jauh2 :(
@LieLo - W'salam... awak dapat ye? Tahniah! InsyaAllah, rasanya dorg anta dekat dngan tempat tinggal kita. (orang kata la)
Yuhuuu.. assalamu'alaikum.. :D
sis, saya nih kelayakan diploma juga, memang risau nih sebab dapat tawaran temuduga under SPM TT^TT
risau.. kalau dia tak tanya kelayakan nak kena diam jugak ke? :D
All Malay ke English or campur2? XDD
sis ada lagi nak tanya nih XDD
kan soalan yg dia bagi banyak2 tuh.. dari nombor 1 sampai last tuh, dia tanya macam peluru ke satu-satu dia tanya? :D Thanks hehe...
@junkyo no hikari - Biasanya dari penampilan dan result spm kita dorang dah leh agak stakat mana tahap pendidikan kita. DOrang kan otai =p
Saya hari tu all malay..
Dia tanya satu2.. sbb interview secara berkumpulan kan.. dorang bagi peluang semua jawab then baru move to next question..
tapiu tengok atas panel jugak la kot...
Tapi*
Post a Comment