Welcome August


Alhamdulillah, dah selamat masuk ke bulan baru.
Ogos!!!
Yeah, i love August s0oo much!
Maklumlah, raya pun masih jatuh pada bulan ni.
Besday aku pun bulan ni tau.
Ahaks! Gediksss!!

Raya tahun ni, tak tau macam mana gayanya nanti.
Pakcik makcik semuanya tahun ni turn umah mentua dorang.
Pasal besday aku pulak, rasanya takde apa yang special kot.
Oppss.. itu pun kalau umurku masih panjang untuk sampai ke saat tula.
(Haip! Jari tuuu..)
Tapi kenapa aku kata gitu?
Sebabnya; perkara special yang pernah dirancang tu, dah tak menjadi.
Huhuhu.. sab0r..sab0r.. Allah lebih tau.
Apa pun, aku mengharapkan, mendoakan mudah-mudahan Allah swt kurniakan aku kesempatan lagi untuk aku terus bernafas. Aaminn..
*serius*

Hmm..bila raya dah nak tiba maksudnya Syawal menjelma la kan.
Itu jugak membawa maksud Ramadhan semakin ke penghujungnya.
Entah sempat atau tidak, sampai ke hujung Ramadhan ni.
Dan masihkah ada peluang untuk bertemu Ramadhan seterusnya?
Soalan yang tak punya jawapan kan? =p
Apa yang kita mampu, hanya la mendoakan yang terbaik.
Doakan senjata paling hebat yang kita ada.
Gunalah sebaiknya. Free je pun..

Ramadhan kali ni ada misi yang aku nak capai. 
Pada hal sama je dengan misi Ramadhan tahun-tahun sudah.
Hehehe.. =p
Tapi kali ni, Alhamdulillah... tadi salah satu misi aku dah pun tercapai.
Ingatkan dah tak sempat macam sebelum ni.. Syukur..syukur..

Cuma misi lain macam; puasa dan tarawih penuh tu belum tentu lagi.
Mana tau bulan mengambang hujung-hujung puasa nanti kan, 
jawabnya memang tak tercapai la misi yang tu.
Hahaha...
*Daku dah merapu. Sila abaikan*

Okeh, cukup dah kemerapuan daku ini.
Pada korang dan aku sendiri, tengah ada peluang ni, guna sebaiknya, jadi....
Selamat meneruskan ibadah puasa, tarawih, qiam dan sewaktu dengannya ya korang.. 
Assalamualaikum.. Tata...
(^_^)

0 comments: