Oh lala Couple

Aku baru je abes tengok drama ni.
Kelakar jugak, ada terselit sedih sama.
Ini kisah sepasang suami isteri yang disatukan pada kelahiran semula.
Kerana pada hayat lepas mereka tak dapat bersatu bila si heroin mati.

Tapi pada hayat ini (masa sekarang), walaupun mereka dah bersatu sebagai suami isteri namun kerana langsung takde persefahaman.
Na Yeo Ok yang dah tak tahan,
Tambah pulak si lelaki, Go Soo Nam ada affair. Menguatkan lagi alasan untuk mereka berpisah.
Bercerai.

Namun takde siapa tau, ada yang memerhati dan mengubah takdir mereka untuk bagi pengajaran.
Pakcik tua dan si seksi tu punya keja.

Selepas mereka disahkan bercerai, mereka terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kedua2nya bertukar roh.
Macam Secret Garden la ni.

Macam2 cara mereka buat untuk jadi normal balik tapi semua tak berjaya.
Sampai la suatu tahap bila Yeo Ok diserang asma dan hampir mati, 
pakcik tua tu kembalikan roh mereka ke badan masing2 semula.

Lepas masing2 dah lalui kehidupan yang bertentangan, 
menyedarkan Soo Nam yang dia tak pernah menghargai Yeo Ok.
Tapi Yeo Ok dah putus asa.

Keadaan jadi kacau bila Hyun Woo, Yeo Ok 1st love muncul.
Dan Victoria yang masih menagih cinta Soo Nam.

Menghebatkan lagi cerita bila Ye Ok didapati mengidap kanser hati.
Huhuhu...

Walaupun kata kritikal tapi cerita, dah dapat agak. Mesti selamat jugak.
Kikiki.. Unsur Spoiler..
At the end, dorang kawen semula. Live happily ever after..
Ewah!!




0 comments: