Rasanya sapa yang tak dapat beli buku limited edition yang ni sah menangis kat bucu katil kan?
Bukan daku kata, kak Hani yg kata gitu..
Disebabkan malam tadi kesan panadol terbalik, aku jadi tak boleh tido. Makanya kukhatamkan Selimut Malam ni.
Moh baca review cap sukoatiden ni..
*******
Ia mengisahkan perkahwinan rahsia antara Haidar & Dania di mana untuk suatu tempoh masa, ianya akan berakhir dengan perpisahan.
Pada Dania, setelah 'segalanya' diserahkan.. Haidar telah menjadi dunianya. Cinta yg mendalam di hatinya, membuatkan dia tegar utk terus terikat dalam perkahwinan itu. Menerima segala pahit yang Haidar hadiahkan.
'Haidar itu bagaikan peluru sesat yang tertembak ke hatinya.
Sakit!
Tapi lebih sakit untuk mengeluarkannya.
Jadi, harus dibiarkan saja di situ sehingga ia keluar dengan sendirinya.'
Pada Haidar pula, berkahwin dengan Dania hanya kerana ego dan marahnya pada Maya yang beralasan belum bersedia utk itu.
'Ah! Ini hanyalah sementara. Mengahwini Dania tidak termaktub dalam diari hidupnya.
Hanya kebetulan Dania hadir saat ada ruang lompong antara dia dan Maya.'
'Ah! Ini hanyalah sementara. Mengahwini Dania tidak termaktub dalam diari hidupnya.
Hanya kebetulan Dania hadir saat ada ruang lompong antara dia dan Maya.'
Dan segala kekusutan dan peperangan emosi Dania bermula apabila Maya kembali dan bersedia utk menjadi isteri Haidar.
'Haidar, I hide my pain, but deep inside, I'm dying.'
'Haidar, I hide my pain, but deep inside, I'm dying.'
Bukan tu je, kewujudan Hijaz dan Adif, menghadirkan rasa cemburu dalam hati Haidar lantas membuatkan Dania keliru.
"Next time, kalau nak minum jangan berdua dengan dia."
"I tak suka you sebut nama lelaki lain."
"Jangan beritahu I yang 'jiran' you sedang cuba mengambil tempat I."
Bila Dania belajar untuk menjauh, Haidar berusaha untuk mendekat.
Bila Dania mahu terus merahsiakan, Haidar pula mahu mencanangkan pada semua yang Dania miliknya..

Sungguh aku jadi geram dengan Haidar yang hanya fikirkan hati dan perasaan sendiri. Langsung tak ambil kira hati dan perasaan Dania.
Dan Dania, penyabarnya beliau dalam menghadapi segala perbuatan dan kata² Haidar buat aku simpati dan kagum. Tabahnya hati seorang Dania.
"Itulah kata orang, soal hati memang sangat pelik.
Kekadang, diri sendiri pun tak memahami ini kan pula orang lain.
Kalau orang tahu kisah dia dan Haidar, pasti ramai yang kata dia gila.
Tapi, kegilaan itulah sebenarnya cinta yang ramai orang cuba nafikan.."

Tapi tula dalam kejamnya Haidar, sikap prihatin beliau tu bukan je buat Dania cair, aku pun join cair sekali.
Hahahaha..
Betul kata Kak Hani, citer ni biasa² je cuma olahan dan garapan drpd kak Hani yg buat impaknya jadi luar biasa.
Sampaikan setiap apa yg Dania rasakan, aku yg baca pun turut merasainya sekali..
Tengok, betapa hanyutnya aku dalam penceritaan ini.. ♥
*******
Ada bonus Asalkan Dia Bahagia 2.0 dalam ni.
Sambungan drpd kisah Dira dan Haris.
Kisah pendek yang turut meninggalkan kesan dalam hati.
Beruntungnya bila diri dicintai dan mencintai..
*******
Penat oo menyengih sorang² pastu meleleh air mata.. pastu sengih balik.. hahaha..
Sindrom orang tenggelam baca novel memang gini.. ye dak?
♥ Thanks Kak Hani untuk kisah yg ohhhsemmm ni...♥
posted from Bloggeroid
3 comments:
Best nyer... Nk pinjm bc boleh... Heeee... Stok novel ni dh hbs... Hu hu
Nk pinjm bc boleh tak... Hu hu... Stok dh hbs
Kak hani fazuha...tolonglah terbitkan semula selimut malam...plzzzzzz
Post a Comment