Athena: Goddess of War -

0
COMMENTS

Bagi aku drama ni berat giler..
Pasal dok berebut nak kan teknologi nuklear yg dibangunkan oleh sorang doktor ni.
Jadi semua negara besar dok target doktor tula untuk dapatkan maklumat dan bangunkan terus teknologi tu.
Aksi tembak sana sini sesaje.

Drama ni pun punya pelakon yang sangat ramai.
Hebat jugak la.
Cuma jiwa tak masuk bila berat sangat.
Sekarang mood nak tengok citer santai je.

Makanya...
AKu main tekan2 button forward je weyh!
Tak lalu aih nak tengok semua 20 episod tu. (-_-")

Tapi rating drama ni boleh tahan tinggi jugak kan?
Kalau korang nak tengok, tengok la ya.
Daku nak tengok drama lain pulak.
Ngeh3..

Free!

0
COMMENTS

Aku sukaaaa anime ni.
Ia pasal sukan renang a.k.a swimming..
Hehe..
Ada 12 episod je.

Anime ni mengisahkan tentang 4 sahabat yg sangat meminati sukan renang.
Nanase Haruka, Tachibana Makoto, Hazuki Nagisa dan Matsuoka Rin.
Plus junior mereka, Ryuzaki Rei.
Lima lelaki yg punya nama seperti perempuan.

=Nanase Haruka=
Watak - Hero
Gaya Renang - Freestyle
Tujuan berenang - Suka berenang+Rasa dapat bersatu dengan air bila berenang.
Personaliti - Suka pendam perasaan
 

=Tachibana Makoto=
Watak - Sahabat Karib si Haru, Nagi & Rin
Gaya Renang - Backstroke
Tujuan Berenang - Suka berenang bersama Haru dan yang lain.
Personaliti - sangat baik, memahami, cool tapi takutkan laut.

[watak yg aku sangat sukeee..!!]

=Hazuki Nagisa=
Watak - Sahabat Karib si Haru, Makoto & Rin
Gaya Renang - Breaststroke
Tujuan Berenang - Suka berenang bersama Haru dan yang lain.
Personaliti - a bit childish, bila da letak target dia akan cuba capai sebaiknya,
memahami, ceria,

 =Matsuoka Rin=
Watak - Sahabat Karib si tiga tu
Gaya Renang - freestle & butterfly
Tujuan Berenang - Nak masuk sukan Olimpik
Personaliti - Baran, Kepala Angin, Tak suka Kalah

=Ryuzaki Rei=
Watak - Junior yang join kelab renang
Gaya Renang - Butterfly
Tujuan Berenang - Swimming is beautiful
Personaliti - Over confident, anything need calculation, funny, rajin dan tak mengalah
[Tu yg seminggu je. dari langsung tak reti jadi dah pandai berenang]

Permulaan kisah, mereka menang dalam renang secara relay masa sekolah rendah.
Mereka berpisah bila Rin amek keputusan untuk masuk sekolah renang di Australia. 
Tapi Haru, Makoto dan Nagi masih bersama.

Mereka jumpa balik Rin bila mereka sudah berada di High School.

Bertitik tolak dari situ, Nagi cadangkan mereka hidupkan kembali Kelab Renang di sekolah mereka.

Masa tula adik Rin join jadi manager kelab dan mereka jugak scout Rei yg juga punya nama macam perempuan, masuk kelab tu.

Lepas tu, satu demi satu yg jadi, membuatkan mereka sedar makna sukan renang tu pada mereka.
Nak2 dalam 'relay',

Best..best.. citernya simple je.
Plus hero hensem² dan sexy with those six packs.
Wakaka.. =p




posted from Bloggeroid

Date A Live

0
COMMENTS
 Mengisahkan tentang Itsuka Shido, high school boy yg dipaksa rela oleh adik angkatnya Itsuka Kotori utk terlibat dalam operasi menyelamatkn bumi dari kejadian yang dipanggil 'spacequake'.

Kejadian itu diakibatkan oleh kehadiran sesuatu yang dipanggil 'spirit'.




Demi untuk meng'seal'kn kuasa spirit tu, Shido kena menjalankan misi dating+kiss that spirit.

Hehe.. bila namanya anime, macam ni la citernye.. 😜

Tengok la eh.
Rating anime ni pun agak tinggi.
posted from Bloggeroid

Marry Him If You Dare

0
COMMENTS

Hohoho.. drama ni tengah ongoing.
Baru sampai episod 6.

Ia mengisahkan Na Mi-rae (future self) pada tahun 2038, mengembara melalui mesin masa kembali ke tahun 2013 untuk menemui Na Mi-rae sekarang dengan matlamat untuk mengubah jalan hidupnya dengan mencipta jalan hidup yang baru.

 -Tahun 2038 -
 Mi-rae & Kim Shin 
 Park See joo & Seo Yu Kyung

Setelah kedatangan future Na Mi-rae
- Tahun 2013 -
Keadaan seakan2 menjadi sebegini
Mi-rae & Park See Joo
Kim SHin & Seo Yu Kyung

Namun takdir tidak mungkin semudah itu untuk diubah. Walaupun dielak, ia tetap berlaku.

Kisah seterusnya, kene tunggu sama2 la.
Tengok sampai abes.. =p

*updet*

Setelah lama Na Mi Rae (masa depan) berada di masa sekarang,
akhirnya sebuah kenyataan terbongkar.
Di saat dia datang ke zaman silamnya, sejarah hidupnya telah berubah.
Maknanya Na Mi Rae zaman depan, bukan lagi orang yg sama dengan Na Mi Rae zaman sekarang.

Korang paham ke?
Kikiki..
Nak paham, kene tengok la.

Tapi daku geram sebab endingnya macam Nine Times Travel tu.
Kene buat telahan sendiri dia dengan sape..
Adess.. Mencik sungguh!

Ok la, nak layan drama lain pulak. 
Ciao!!

Blood Lad

0
COMMENTS
Mengisahkan tentang Staz Charlie Blood, vampire yg berjanji untuk kembalikan Kanagi Fuyumi menjadi 
manusia.
Staz sorang vampire yg tinggal di Demon World tapi sangat obses dengan Human World.
Dia gilakan manga, games, robot figure, macam² la yg berkaitan dengan dunia manusia.

Fuyumi ni asalnya manusia tapi tersesat ke Demon World dan dalam blur dengan keadaan tu, dia mati ditelan Demon Plant. Tu yang jadi hantu.
Dalam pengembaraan Staz dan Fuyumi untuk mencari cara untuk resurrect Fuyumi, dorang melalui macam² perkara.
Anime ni 10 episod je plus 1 episod OVA.
Best!
Tengok la..
posted from Bloggeroid

Brothers Conflict

0
COMMENTS
Ia mengisahkan Chiin nickname heroin
(heroin tak diberikan nama kalau tak silap)
yang berpindah ke rumah baru untuk tinggal bersama ahli keluarga barunya.
Iaitu 13 beradik lelaki (Asahina Brothers)
Disebabkan ayahnya, Hinata Rintarou berkahwin dengan mak mereka ni, Asahina Miwa.


Bila dah tajuknya Brothers Conflict ni mesti korang dapat teka kan, apa jadi?
Tak???
Aku boleh je teka.. meh nak kabo
13 beradik ni boleh dikatakan semua jatuh cinta dengan Chii atau dorang gelar little sister.
Yang tak menahannya, semua dorang ni hensem giler.
Bikin cair hati daku je.. =p

Oh ya, Chii ni rupanya anak angkat ayah dia, RIntarou tu.
Jadi makin2 la takde masalah kalau dia dan salah sorang adik beradik tu untuk bercinta.
Tapi si Chii ni tolak semuanya, dia lebih memilih untuk kekal jadi adik beradik.

Hmm dah nama pun jatuh cinta, jadinya dorang tetap berkeras nak tunggu saat Chii boleh terima salah sorang daripada dorang.

ANime ni biasa2 je macam anime based on playstation game yang lain.
Nak tengok takpe, takmo pun takpe.. ^_~



We can see each other whenever we want ti,
but...
We're too close to exchange whispers of love. - Chii

Good Doctor

0
COMMENTS

Kalau tengok drama ni mesti teringat Team Batista.
Drama Jepun dulu2.

Ini mengisahkan tentang Park Shin On yang merupakan pesakit austisme tapi mempunyai IQ yang sangat tinggi.
Membolehkan dia menyandang gelaran doktor.
A paediateric surgeon.

Namun kehadiran dia di hospital Universiti SUngwon,
tidak disenangi oleh doktor2 lain disebabkan keadaan diri dia.
Atas sokongan Dr Choi Woo Seok (pengarah hospital) yang seperti ayahnya,
prestasinya akan dinilai dalam tempoh 7 bulan kalau tak silap.

Ada si heroin, Cha Yoo Seo yang kepala angin.
Senior si SHin On la.
Selalu protect Shin On.
Lama2 dorang saling jatuh cinta,

Haa.. citer ni ada 20 episod.
Jadi macam2 la mende jadi dalam setiap episod tu.
Bedah baby tak cukup bulan la, budak kena tikam..
Macam2 la.

Sangat best kalau ditolak scene politik hospital.
Ngeh3