Brothers Conflict

Ia mengisahkan Chiin nickname heroin
(heroin tak diberikan nama kalau tak silap)
yang berpindah ke rumah baru untuk tinggal bersama ahli keluarga barunya.
Iaitu 13 beradik lelaki (Asahina Brothers)
Disebabkan ayahnya, Hinata Rintarou berkahwin dengan mak mereka ni, Asahina Miwa.


Bila dah tajuknya Brothers Conflict ni mesti korang dapat teka kan, apa jadi?
Tak???
Aku boleh je teka.. meh nak kabo
13 beradik ni boleh dikatakan semua jatuh cinta dengan Chii atau dorang gelar little sister.
Yang tak menahannya, semua dorang ni hensem giler.
Bikin cair hati daku je.. =p

Oh ya, Chii ni rupanya anak angkat ayah dia, RIntarou tu.
Jadi makin2 la takde masalah kalau dia dan salah sorang adik beradik tu untuk bercinta.
Tapi si Chii ni tolak semuanya, dia lebih memilih untuk kekal jadi adik beradik.

Hmm dah nama pun jatuh cinta, jadinya dorang tetap berkeras nak tunggu saat Chii boleh terima salah sorang daripada dorang.

ANime ni biasa2 je macam anime based on playstation game yang lain.
Nak tengok takpe, takmo pun takpe.. ^_~



We can see each other whenever we want ti,
but...
We're too close to exchange whispers of love. - Chii

0 comments: