Big Day__ Che Da

            Inginku abadikan majlis terpatrinya ikatan kasih antara Che Da & Cik Li... 
Walaupun hari itu sangat memenatkan 
sebab aku menjadi jurugambar tak bertauliah juga merangkap mak andam terjun diorang. 
Tapi aku sangat gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Jom... tengok hasil editing aku. 
Ngeh ngeh ngeh....

Ni hantaran bagi pihak lelaki dan perempuan...




Upacara akad nikah dilakukan di masjid berhampiran rumah pengantin perempuan...



Masa ni aku rasa penat sangat-sangat sebab nak kena berkejaran siapkan pengantin, 
jadi mak andam terjun sebab Kak Sham tak sihat
 Dah la sibuk nak amek gambar lagi. Huhuhu... 
Mantap tak? 
Kredit tu Mr.DiAS yang kasi pinjam DSLR dia.. miahahaha...



Selesai majlis, malam tu aku tido tak sedarkan diri. 
Lepas solat jamak maghrib-isyak terus aku pengsan. Tak sempat join tahlil. Hehehe...
Esokkannya kami gerak pergi kedai pengantin Kak Sham, bersiap kat sana untuk sesi outdoor fotografi. 
Bila semua dah siap, destinasi dituju - Pantai Sri Tujuh



Ini pulak, wajah-wajah yg terhias sepanjang majlis berlangsung. 
Kalau ikut ade lagi, tapi dalam lappy yang rosak tu so tak dapat la nak tambah koleksi kat sini.



Selamat sudah majlis Ikatan Dua hati ini. 
Tunggukan berita gumbira dari mereka. 
Cepat-cepat kasi kami anak sedare ye.. ngeeeee~

0 comments: