Senang kan nak kata maaf?


     Aku terbaca kisah ni dari sorang kawan, Kausar Husin... tergerak utk berkongsi kisah itu di sini... jom check it out...

****
Sepanjang kehidupan, mesti ada suatu kali ditimpa musibah. Setiap musibah bukan kita yang jangka, atau kita yang tetapkan. Kadang-kadang, sesuatu benda yang kecil pun boleh jadi musibah. Dari seciput punya hal, boleh tiba-tiba jadi musibah yang sangat besar yang memberi impak dalam hidup, mungkin juga membuatkan semua orang hilang kepercayaan pada kau, atau dah tak mahu kawan kau lagi sebab kena ikut society. Memandangkan sekarang semua orang cemuh kau, jadi, kawan-kawan yang disangka kesayangan pun mampu mencemuh kau sekali.

Mulut orang diorang punya hak. Kepala orang pun diorang punya hak. Bila seorang bersembang tentang kau, dan tiba-tiba ter"exaggerate" sesebuah cerita, semua orang akan terpecaya sesebuah cerita yang baru kena exaggerate itu. Bila semua orang percaya, orang mula bersembang, berkata, berbual pasal benda tu di sekeliling kau. Tanpa kau tahu, sedang kau berjalan melalui satu lorong yang penuh dengan ramai kenalan, kau kata Hai, dan dibalas dengan jelingan tajam. Aku tanya pada diri sendiri, Apa aku dah buat dekat dia?

Kerana jelingan tajam tidak memberi apa-apa jawapan yang pasti. Semasa ini, kau seorang yang bergelut dengan kenyataan, kau seorang sibuk bertanya semua orang, dan bila mendapat jawapan, kau amat kecewa dengan apa yang sedang hangat diperkatakan. Macam mana cerita yang langsung tiada kaitan dengan kau boleh tiba-tiba jadi sangat jahat dan keji sampai kau sendiri pun dengar lalu kata, "Aku sumpah tak pernah buat macamtu,"

Tapi sayang. Sayang kan? Sebab orang ramai tak nak dengar cerita kau. Taknak dengar cerita asal yang telah digubah dengan handal nyaaa. Semua orang lebih syok untuk terus berfikir yang kau jahat dan kau bersalah. Kau yang bersalah, pihak satu lagi tak salah. Kau yang paling bersalah dalam dunia ni. Orang ramai tak pernah beri kau peluang untuk jelaskan apa yang dah dibelit belit, disimpang-siur, dikelentong jaddah, semua orang nak dengar yang lagi bomb. Yang lagi jahat yang lagi exaggerate, lagi orang syok nak dengar. Yelah, kata pun, kehidupan macam roller coaster. Mesti kena pailang.

Tapi, orang tak tahu kan kalau kau sedang bersusah-payah merenangi semua cerita yang palsu tentang kau? Orang lain mana tahu, sebab diorang tak tengok kau menangis. Jadi, apa yang ada hanyalah kawan yang betul-betul melekat dari permulaan sampai habis.

Walaupun kau takkan tahu siapa kepala yang mulakan semua ini, kau akan simpan syak wasangka yang dalam pada setiap orang yang hadir dalam hidup kau kemudian hari. Kau tiba-tiba menjadi lebih berhati-hati dan lebih menjauhkan diri dari keramaian.

****

"Hai..sebenarnya aku nak minta maaf sangat dengan apa yang aku buat kat kau selama ini,"

"Takpa lah, aku dah lama maafkan kau, benda dah lepas dah pun, lagipun aku tak pernah berdendam dekat kau,"

"Ye ke? Jadi, kita boleh kawan lah?"

"Boleh, tapi dengan satu syarat,"

"Apa?"

"Kau pergi beli kertas warna merah dekat kedai, sepanjang perjalanan kau dari kedai ke rumah kau, kau koyakkan kertas tu kecil-kecil,"

Besok ;

"Sepanjang perjalanan semalam aku dah koyakkan kertas tu dari kedai sampai rumah aku. Kerja aku dah habis,"

"Eh, belum,"

"Oh, apa lagi?"

"Sekarang kau pergi kutip balik semua kertas-kertas yang kau dah koyakkan tu dan bawa sini balik,"

"Mana boleh. Semua dah hilang,"

"Haha, memang lah. Sama lah dengan cerita yang kau buat pasal aku dulu. Senang kau nak lemparkan, tapi susah kau nak bersihkan balik kan?"
****

     Menarikkan.... sesungguhnya walaupun senang atau payah utk berikan sebuah kemaafan...tapi andai dapat diberikan ia akan menenangkan jiwa .. Namun aku percaya keadaan tidak akan balik semula seperti yg sebelumnya... mesti ada canggungnya...

0 comments: