Bila Serabut

0
COMMENTS
Bila aku serabut, aku susah hati.. aku mesti cari kata-kata penuh hikmah.
Bila aku membacanya, hati ini mesti rasa lega sikit...

~ Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran...~♥

~ Rasululah SAW telah bersabda yang bermaksud : “Jangan seseorang di kalangan kamu bercita-cita untuk mati kerana ditimpa kemudharatan, sekiranya tidak mampu juga (untuk dia menanggungnya) maka katakanlah, Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu baik untukku, dan matikanlah aku sekiranya kematian itu baik untukku..” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) ~♥

~ Rasulullah bersabda “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.” ~♥

Kita manusia biasa mudah sangat lupa diri.. mudah sangat alpa bila merasa diri senang namun bila ditimpa musibah barulah kelam kabut berbalik padaNYA

Jangan minta mati

0
COMMENTS
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : 
“Jangan seseorang di kalangan kamu bercita-cita untuk mati kerana ditimpa kemudharatan, sekiranya tidak mampu juga (untuk dia menanggungnya) maka katakanlah, Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu baik untukku, dan matikanlah aku sekiranya kematian itu baik untukku..”
 (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) ~♥ 

Kurang dan Lebih Diriku

0
COMMENTS
♥ BIAR DIA TAHU, SAYA TAK KISAH ♥

Biar dia SALAH SANGKA... Biar dia SALAH ANGGAP... Biar dia SALAH MENDUGA... Biar dia TAHU YANG BURUK... Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...

Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna...

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ? Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini...

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu... Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN...

Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak...

So, tak kisahlah... Ada jodoh ada lah kan?
I trust HIM more... (^_^)
Saya lebih suka dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna...
Biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu, tidak tahu ini,
Daripada mereka melihat kesempurnaan saya yang konon maha baik.
 I'm glad to be me even it's hard to be me (^_^)


Lara Hati

0
COMMENTS
ASSALAMUALAIKUM .

    Lama sungguh tidak kucoretkan kisahku di sini... Kali ini aku terlalu menginginkan w0nderpet muncul menyelamatkan aku, bawa aku keluar dari sini. Inilah yg selalu kufikir bila aku terasa yg diri ni menyusahkan orang tuaku..

   Air mata ni xbenti mengalir dari solat maghrib tadi membawa ke isyak. Sekarang, air mata ni masih mau berlumba2 keluar dari tabir mata ini.

    Tak cukup sedih ngn kata2 ayah. Aku dikhabarkan lg yg ayahanda der ( Najib ) pergi memningalkan dunia yg fana ini. Makin sayu hati ni.. Al-fatihah buat arwah..

    Kehilangan kata2 utk dicoretkan lagi..cukuplah buat masa ini...

Air Mata

0
COMMENTS

Menangis merupakan ungkapan kesedihan dan ungkapan kebahagiaan
Tangisan adalah fitrah manusia yang merupakan nikmat dari Allah SWT sebagai permata indah, penyubur hati, penawar duka, penyeri jiwa.

Air mata seorang manusia hanyalah ibarat air kotor di sebuah longkang. Namun setitis air mata kerana takut kepada Khaliqnya laksana permata indah terpancar dari segala arah dan penjuru.
Penghuni Syurga adalah terdiri dari golongan yang banyak mencucurkan air mata demi Pencipta dan pesuruhNya, bukan kerana harta atau kedudukan

Wallahu`alam :)

Cintai Ibu dan Ayah

0
COMMENTS
Aku menulis berdasarkan kes Ibu lumpuh ditinggalkan di hotel bajet. Sekadar renungan bersama :'(

Selagi aku hidup, aku memerlukan doa yg baik-baik dari kedua ibu bapaku. Seburuk-buruknya orang tua, mereka tetap menjadi orang paling mulia bagi kehidupan kita. Dan sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat membalas cinta mereka.

Hakikatnya, cinta itu buta kerana Mak mencintai kita dari saat dia belum melihat kita, dari saat kita belum melihat dunia. Mengharungi 9 bulan tanpa keluhan kerana dia terlebih dulu mencintai kita. Anak yg derhaka dibalas di dunia lagi sebelum menanti azab yg mendatang. Hargailah dan bahagiakanlah mereka selagi hayat mereka dikandung badan.

Jangan mencaci dan mengeluh jika dimarahi emak. Kerana kita akan rindukannya nanti dan pasti terjadi suatu saat nanti. Apabila mereka sudah tiada, maka terhentilah doa mereka buatmu. Bukti cinta Ibu dan Ayah adalah air mata dan doa mereka. Sayangilah mereka, selagi kamu masih boleh tersenyum bersama, sebelum kamu menangis sendirian.

Mak...
Doakan anakmu ini, agar menjadi anak yg berbakti kepadamu, di masa ramai anak yg derhaka kepada orang tuanya. Angkatlah ke langit munajatmu untukku, agar aku akan memperolehi kebahagiaan abadi di dunia dan di akhirat. Maafkan aku yang sering bertutur tidak sopan di depanmu, sesungguhnya tidak dapat kubayangkan hidupku tanpamu. Saat mak tersenyum, semacam ada berjuta-juta kedamaian di sana. Begitu lembut dari kelembutan yang menenangkan. Mak, izinkan aku memeluk hatimu agar aku merasakan apa yang engkau rasakan dari sakit tanpa menangis, tanpa air mata.

Ayah,
Maafkanlah aku. Aku percaya, di dalam hatimu selalu ada tangis yang tak pernah terdengar dan terlihat olehku. Aku tak akan pernah tahu sedihmu dalam diam. Maafkanlah aku yang tak pernah mampu berbuat apa-apa untukmu. Tanpa pernah aku tahu akan perasaanmu, tegurlah aku apabila salah. Nasihatilah aku dengan kebijaksaanmu. Pinjamkan aku hatimu sebentar, agar aku paham penatnya engkau dalam memenuhi apa yang aku pinta.

Ya Allah, jadikanlah aku sebagai seorang anak yang mempunyai akhlak yang baik dan menyejukan hati Ibu dan Ayah. Ya Allah, ampunkanlah dosa Ayah dan Ibu, mereka telah bersusah payah mencari sesuap nasi hanya demi aku, anaknya yang selalu mereka sayangi. Bukakanlah pintu keampunan bagi mereka.

Ya Allah, sesungguhnya aku sebagai anaknya yang penuh dosa belum mampu membahagiakan mereka. Dan ajarkanlah aku agar aku dapat membahagiakan mereka. Ya Allah, terbayang air mata Ibu saat berdoa kepadaMu demi aku, anaknya. Ampunkanlah dosa Ibuku, dosa Ayahku. Muliakanlah Ayah dan Ibuku. Sampai bilapun aku tidak akan mampu mengganti tiap air mata dan keikhlasan mereka.