Bila Serabut

Bila aku serabut, aku susah hati.. aku mesti cari kata-kata penuh hikmah.
Bila aku membacanya, hati ini mesti rasa lega sikit...

~ Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran...~♥

~ Rasululah SAW telah bersabda yang bermaksud : “Jangan seseorang di kalangan kamu bercita-cita untuk mati kerana ditimpa kemudharatan, sekiranya tidak mampu juga (untuk dia menanggungnya) maka katakanlah, Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu baik untukku, dan matikanlah aku sekiranya kematian itu baik untukku..” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) ~♥

~ Rasulullah bersabda “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.” ~♥

Kita manusia biasa mudah sangat lupa diri.. mudah sangat alpa bila merasa diri senang namun bila ditimpa musibah barulah kelam kabut berbalik padaNYA

0 comments: