DARI BELAKANG NOVEL
Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami.
Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?
Rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...
DARI AKU (PETIKAN ISI NOVEL)
Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi,
jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam, Jaja?
KATA ORANG cinta itu buta!
Kata orang cinta itu meruntuhkan dinding rasa.
Kata orang cinta paling agung... cinta Laila kepada Majnun.
Namun pada Jaja; Cinta Jaja pada Din adalah cinta teragung...!
Tapi cinta Din pada Jaja? Huh, tak tahulah!
FAIZA a.k.a JAJA
Bisakah aku mendapatkan dia untuk seumur hidupku?
Kata orang... pelangi itu sukar untuk digenggam orang. Benarkah begitu?
Aku a.k.a Jaja - Aku ingin jadi langit yg dilindungi awan
Dia a.k.a Din - Aku mengharapkan dialah awan yang melindungi awan
Cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala 'peraturan hati' yang selama ini aku junjung!
Peraturan Hati Jaja;
1. memilih suami yang usianya paling tidak pun tiga tahun lebih tua daripadanya.
2. tidak mahu berkahwin dengan guru. Baginya karakter guru membosankan.
3. nak kahwin dengan orang negeri lain, lelaki Kedah baginya tidak budiman lagi. Misalnya; mat salih.
4. saling kenal dan saling jatuh cinta, bukan dipasang-pasangkan dan tergesa-gesa.
5. tidak akan memulakan perkenalan kerana baginya perempuan kena ada egonya, kena jaga martabatnya.
Semua peraturan terpaksa dibuang setelah bertemu ngn anak ustaz Che'Pa tu a.k.a Din
1. Din muda hampir setahun daripadanya.
2. Din memang seorang guru yang dipanggil ustaz dan ada yang panggil 'mualim'.
3. Din memang orang Kedah, berasal dari Baling. Sah-sah anak jati Kedah.
4. Din igin bercinta sebelum kahwin? (Nauzubillah, dia kan anak ustaz dan lepasan Al-Azhar pulak tu. Sangat mustahil)
5. Din tak pernah memulakan. .. yalah sebab Jaja yang gatal. (Jaja sedar diri)
Ya, Jaja terkena panahan cinta pandang pertama.
ABAH,MAMA & NINI
Jaja jumpa dia kat mana? - Mama
Di mana Jaja jumpa anak ustaz tu? - Abah
... jadi kat mana ya, kak jumpa dia...? - Nini
Jaja pikiaq betoi-betoi dulu sebelum buat keputusan - Mama
Jaja lihat dulu pro dan kontra... Jaja masih ada banyak lagi masa untuk membuat keputusan apalagi pilihan - Abah
Jurang makin serius. Bukan lagi pasal sekufu atau tidak. Anak ustaz tu kenal Kak Jaja pun tidak. Tak reti nak masuk campur - Nini
BURHANUDDIN AL-HELMY a.k.a DIN
Ya, dia ingin memilih seorang wanita yang mulia sebagai pendampingnya. Seorang wanita yang mengerti erti zuhud. Seorang wanita yang reda keinginan jihadnya. Seorang wanita yang tidak menangis menghantarnya ke misi fi sabilillah.
Tapi... dia dilamar oleh Dato' Aqmar Aziz, pakcik Jaja bagi pihak Jaja.
Rasa tertarik itu ada juga, dia tidak berbohong... tetapi tidak tahu bagaimana rasanya. Pertama kali memandang, rasa begitu wujud. Dia tidak nafikan. Dia tidak berani menjamin rasa itu sebelum memohon petunjuk Allah.
JAJA & DIN
Selamat diijabkabulkan bertemakan perkahwinan dalam taman. Satu-satunya permintaan Jaja. Kehidupan Jaja sebagai isteri Din, sedikit demi sedikit mengubah seorang Jaja menjadi muslimah sejati yg kian mengerti erti iklas, jihad, reda, taat dan zuhud. Itupun atas berkat kesabaran dan memahami yang ada pada Din. Romantik dalam diam tau ustaz Din ni.
JAJA ♥ DIN
Walau Abang Long ingin melamar Jaja namun Jaja tetap dengan hatinya, Jaja tetap tunggu Din biarpun Din hilang di Afghanistan masa menjalankan misi jihadnya. CUkuplah cinta Din menemani dia dan mujahid kecilnya, Umar.
Bahagia itu bukan sepertimana yang orang nampak tetapi sebagaimana yang kita rasa...
JAJA & DIN ~ We lived happily ever after
Penantian dan keyakinan Jaja berbalas apabila Din kembali selepas 12 bulan menghilang.
Burhanuddin, apa yg boleh dikatakan lagi... kerana cinta Jaja padamu sudah tidak boleh disukat lagi... banyak dan melimpah ruah. Terima kasih sebab sayang Jaja - Jaja
Aduhai pemilik kening yang cantik, aku rindu padamu.. aku kasih padamu... aku sayang padamu... hanya kerana Allah! Ya, kerana DIA telah membuka hati-hati kita dalam cinta yang mendalam... Cinta itu Anugerah. Subhanallah - Din
nOtaKaki :~
Aku suka part Din ceritakan kisah Rasul dan para sahabat pada Jaja
bila Jaja ta dapat tidur malam yang akhirnya menjadi perkara wajib buat mereka pada setiap malam, sebelum mereka tidur. Sweet kan?
posted from Bloggeroid
0 comments:
Post a Comment