Pinjamkan matamu... =.='


Kerana tiada siapa yang mahu meminjamkan telinga untuk mendengar luahan hatiku. Jadi kamu..! Ya, kamu.. tolong pinjamkan matamu seketika untuk membaca luahan rasa aku ini. Terima Kasih in advanced ya..

✧✧✧✧✧✧✧✧✧

Hmm... Korang selalu tak kena macam ni? — Bila sesuatu perkara berlaku, mesti ada perkara lain yg turut sama berlaku dan selalunya hampir serentak.

Haaa, itulah yang terjadi pada aku. Siap dilanda sakit kepala teruk lagi ni. Huhuhu..

Sungguh aku teringin nak berkongsi, nak meluahkan apa yang terbeban dalam kepala dan hati aku ni pada seseorang. Agar aku rasa ringan dan mudah sikit untuk melaluinya. Namun tiada siapa yang sudi meminjamkan telinga untuk mendengar luahanku, meminjamkan mata untuk membaca rasa hatiku, meminjamkn bahu untuk aku menangis dan meminjam sedikit kekuatan. Semua sibuk dengan kehidupan masing².

Syukur aku punya ruangan ini untuk aku luah segala rasa. Apa yg patut dibuat kalau...

❥ orang² yg tak sepatutnya, jatuh cinta pada kita?
❥ orang² yg tak sepatutnya mula desak itu ini, semata² nak kita terima mereka.
❥ nak meyakinkan mak ayah yg pilihan hati kita tu betul dan terbaik utk kita?
❥ nak cube hidup berdikari, sampai bila nak terus berada bawah ketiak mak ayah tanpa membuat ape²

Arghh.. tension aih..
Tapi takpe lah...

Ujian yg DIA kurniakan pada aku ini pasti bersebab, tentu ada hikmahnya..
WALAUpun aku rasa aku tak kuat. Semua ini, membuatkan aku buntu. Nak tak nak, aku kena hadapinya jugak kan?

✧✧✧✧✧✧✧

Doakan aku ye korang... moga segala kemelut ini berakhir dan bahagia jadi milik aku. Aamiin..
posted from Bloggeroid

0 comments: