Bebola Mata Berdarah

0
COMMENTS


Aku harapkan semua ni hanya mimpi.
Namun sayangnya, bila ngadap cermin ia tetap begitu.
Huhuhu.. sungguh, aku takut (T_T)

2 malam lepas aku ada mimpi, yang mata aku kene cut with something then berdarah.
Bila terjaga, aku bersyukur kerana ia hanya sekadar mimpi..

Siapa sangka, hari ini ia menjadi kenyataan.. mata aku betul² berdarah.
Sekarang, aku rasa takut nak pejamkan mata.
Aku takut, bila terjaga dari tidur nanti.. aku tak mampu melihat apa².
Semuanya gelap..kelam..

Aku terlebih berfikir dan berimaginasi kan?
Nak wat macam mana.. aku memang sangat takut..

Ya Allah, moga semuanya baik² je. Tolonglah sembuhkan aku. Jangan Kau ambil nikmatMu yg ini drpd ku.
Tolonglah Ya Allah..
Aamiin..

nOtaKaki :~ Apabila mimpi ngeri menjadi kenyataan, ia sangatlah menakutkan
posted from Bloggeroid

Binbougami ga!

0
COMMENTS
Binbougami ga!
Ini adalah antara anime kesukaan aku.
Ia mengisahkan tentang Sakura Ichiko, seorang perempuan yang kaya dan cantik.
Dia dianugerahkan tuah yang melimpah ruah, yang sebenarnya diperoleh dengan menyerap tuah yang ada pada orang sekelilingnya.
Disebabkan itu, dia menyebabkan ketidakstabilan pada dunia.
Jadi untuk membetulkan kembali keadaan, Dewi Malang (God of Misfortune), Momiji ditugaskan untuk 'merawat' a.k.a mengambil smula tuah yang diserap oleh Sakura.
Namun, ia bukanlah satu tugas mudah kerana Sakura enggan memberi kerjasama... 
lantas Momiji mengambil keputusan untuk tinggal bersama Sakura.
Bermula dari situ, pergaduhan demi pergaduhan berlaku.
Dan tuah selalu menyebelahi Sakura dan malang tentulah pada Momiji.
Tengok la.. best o0o..
Gelak sesaje tengok anime ni.. (^_^)

Momiji diberi tugasan-amek tuah Sakura utk betulkan blk kestabilan
Tuah-Malang
Sakura Ichiko - cantik, kaya, pandai, disukai ramai lelaki
Pertemuan pertama - Momiji & Sakura
Pergaduhan bermula
Scan tuah & malang
Dalam bergaduh, berperang.. Sakura amek peluang mandikan Momiji
bagi bersih
Rentetan dari di mandi, Momiji berubah menjadi seakan-akan individu lain
Keita Tsuwabuki - perasan Sakura lain bila Momiji bukan Momiji
yg dulu
Teddy & Momo - cuba untuk kembalikan Momiji kpd asal
Rindou alihkan perhatian Momo, dlm usaha nak larikan Momiji
Teddy bagitau hal sebenar pada Sakura.
Sakura mintak pendapat Tsuwabuki
Teddy tanya kenapa Momiji pilih untuk tidak balik kpd asal?
Sakura campak Momiji masuk kapal bawak sampah.
Untuk bagi dia kotor semula.
Hanya dengan itu, Momiji kembali kpd asal
Momiji akan kekal jadi Dewi kalau dia balikkpd asal.
Kalau dia jadi manusia biasa, tiba masa dia akan 'varnish'
Momiji si Dewi Malang kembali!!
Perang kembali bermula!!
Hepi Ending.. yeayy!!!
nOtaKaki :~ 
Url lama pada gambar, maleh nak edit semula =p

Thank You ALLAH (^_^)

0
COMMENTS
Alhamdulillah...
Aku bersyukur sangat sebab Allah swt gerakkan hati aku
untuk tegur kawan aku kat Facebook
bertanyakan tentang sesuatu.
Hikmahnya;
Hohoho... tidak kusangka, cempedak jadi nangka...
Apa dia?
Mister DiAS DAH KAWEN!!!!
Dengan that Girl.

TAPI
tulaaa
Dah kawen tapi dengan aku masih mengaku bujang.
Haish.. tak baik sungguh buat gaya tak jujur gitu.
Kawen diam²..
Haiya...

Lantak situ...
Aku nak tengok sampai bila dia nak berdrama.
Kalau ikutkan hati ni, nak je doa yang negatif kat dia
tapi tak baik kan wat gitu.
Moga dia berubah jadi manusia yang lebih baik.
Aamiin

Apa pun, Aku sangat bersyukur pada Ilahi.
Inilah hikmah terhebat yang menanti aku rupanya...
Alhamdulillah & Thank You Allah..
(^_^)


Istikarah Cinta

0
COMMENTS

Ya Allah…
Jadikan cintaku dalam mencintainya dan cintanya dalam mencintaiku
dan satukan cinta kami dalam mencintaiMu 
dan di atas kecintaanMu
wahai Tuhan Yang Maha Penyayang Lagi Maha Menyayangi...

Dipetik dari
e-novel; Suami Untuk Dilelong

Sumber - GOOGLE

Deklamasi Puisi

0
COMMENTS
Candid dari tingkap rumah je

Pertandingan Mendeklamasi Puisi peringkat IPD Hilir Perak sempena Hari Polis yg ke-206
Dengan tema Sangsaka Biru Pahlawan Bangsa

Seramai 15 peserta mewakili balai-balai under IPD Hilir Perak ni.
Aku bantai gelak la tengok sorang..sorang buat persembahan.
Ada yang pakai uniform lengkap polis, 
ada yang berbaju kebangsaan (baju melayu/baju kurung),
Ada juga yang siap pinjam uniform PGA, siap ikan kain key kat kepala.
Hehehe..
Semangat sungguh dorang kan?

Orang semua sibuk berpanas bawah khemah, aku dan mak lepak dalam rumah je.
Bukan setakat dengar, siap boleh intai kat tingkap je untuk tengok.
Hahaha...
Nak buat macam mana, semua ni diadakan tepi rumah aku je.
Dewan IPD sebelah rumah je.
Tapi dorang tak buat dalam dewan, kata ayah mungkin bergema
plus saje nak wat open. 
Semua orang boleh dengar.
.
Bila semua dah sampaikan puisi masing²
Sementara tunggu juri kira markah, 
timbalan KP IPD membuat persembahan, menyampaikan puisi beliau. 
Warkah terakhir seorang perwira...

Saat yang dinanti²kan..
2 juri dijemput khas dari kolej komuniti TI.
Pemenangnya;
[1] 91M:  Wira Sangsaka Biru - Sarjan Idris bin Mat Najat.(Teluk Intan)
[2] 89M: Lahad Datu - Kprl Mohd Salleh bin Pandak Hassan (Teluk Intan)
[3] 82M: Janjiku sebagai Anggota Polis - Konst Diana bt Mat Nawi (Chuicak)

Yeay.. abes dah. nak snap pic dorang pun, tak sempat.
Laju sangat.. huhuhu
posted from Bloggeroid

Cuba Teka -Tasha Mashahar

0
COMMENTS
Incek gigi besi kasi pada daku...




Matamu lembut bagai bayu
Juga awan biru di langitku
Senyum mu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi

Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?

Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..

Matamu redup bagai bayu
Juga awak biru di langitku
Senyummu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi

Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?

Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Cuba cuba
Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?
Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..

Caramu mempersona kalbu
Sesungguhnya aku tahu kamu terbaik untuk diriku

Sumber : LirikLaguMuzika

Terjah Cinema; The Croods

0
COMMENTS
Semangat je hari ni sebab nak tengok;
THE CROODS.

Teruja je nak tengok ni
Tiket kami
Kisah di sebalik tiket ni;
Tengok website Big Cinema cari waktu bila tayang citer ni
tapi malangnya takde. Kecewa!!
Entah macam mana, Adik terbaca Big Cinema TI ni diambil alih oleh MBO.
Apa lagi, laju jela Kak Ngah bukak website MBO.
Ada tayang citer ni.
Maka menjadilah plan kami nak terjah wayang tadi.

Dah sampai panggung, keadaan still sama.
Takda apa yang berubah pun.
Hmm mungkin belum ade pengubahsuaian dibuat lagi.
Nama panggung masih Big Cinema.
Arghh..pedulikan asal dapat layan katun ni udah ler..
Kan.. kan.. kan...

Sempat lagi snap ni.. =)

Sungguh tak menyesal beli tiket.
Citer tu sangat best.
Boleh bagi 4.5 bintang kot.
kurang 0.5 bintang sebab intr0 bosan sikit.
Ekekekek..

Siap menonton tadi, kami menyinggah kedai postostat.
Kak Ngah nak potostat keje sek0lah untuk anak² murid dia.
Kami dalam kete, bosan menunggu...
Ahaks =p

Lawo pulak bila dah masuk gambor

Haa.. pada sapa yg belom tengok lagi citer The Croods ni,
Silalah pergi menonton ye.
Sungguh ni, berbaloi²..
Ok lah, nanti merepek lagi.
Papai.... ^___^


posted from Bloggeroid

Melepak di blog ZZ

0
COMMENTS
Ini dah menjadi kegilaan aku sekarang.
Melompat dari blog ke blog.
Baca segala e-novel yg ada pada setiap blog.
Kalau hari tu melekat kat blog Acik Lana.
Ni aku kat bloz ZZ a.k.a Zarra Zuyyin.

Aku marathon baca Suami Untuk Dilelong yg baru masuk bab 5.
Habis je baca tu, aku reverse untuk baca; 
Sungguh Aku Jatuh Cinta
yg cuma ada bahagian awal je sebab ia akan dijadikan mss novel.
Best jugak citer tu.
Banyak input yang dapat aku ambil dari situ sebagai penambah ilmu.

Meh aku kongsi sikit ye :~

:: Doa mohon cinta drpd Pemilik cinta ::
Ya Allah, Kurniailah aku cintaMu dan cinta orang yang cinta kepadaMu
dan cinta orang yang cinta terhadap Engkau (Ya Allah) 
lebih aku cintai daripada air yang sejuk.

:: Doa untuk bakal suami ::
Ya Allah, jadikanlah bakal suamiku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman
dan gembirakanlah bakal suamiku dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan.
Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.

:: Doa berikan petunjuk ::
Ya Allah. Tiada daya hambaMu ini untuk menidakkan setiap apa yang telah Engkau aturkan. Tunjukkan jalanMu ya Allah. Pimpinlah hambaMu ini ke jalan yang benar. 
Tunjukkan hakikat sebenar. Moga tiada tersasar rasa hati ini.

Yang ni pulak buat hati aku tertarik;

Taubat-Thajud_Hajat-Istikharah-Witir
Pandai-pandailah nak pujuk si Dia, petua dah cukup lengkap dlm Al-Quran,
malah Nabi dah aturkan langkah alam Sunnahnya.

Ni situasi sama yg aku alami sebaik sahaja aku abis baca part ni;


*****
Doktor Naufal Ikram! Tanpa sedar bibir laju menuturkan sebaris nama itu.
Ingatan pada tuan doktor tiba-tiba singgah. Entah kenapa terasa ingin berada dekat dengan tuan doktor. Ingin meluahkan segala-galanya. Aish, apa kena dengan kome ni Yang Nani...
Tiba-tiba pintu bilikku diketuk perlahan dan wajah Fida dengan segaris senyuman nakal tersembul di muka pintu. Aku pandang tepat padanya.

"Tuan doktor kat depan. Nak jumpa."

Kali ini aku telan air liur. Dahsyatnya, sekali seru sudah sampai. Aku garu kepala yang tak gatal. Pintu langit terbuka atau aku yang angau overboard! Tepuk dahi Nani.

*****
Bila aku baca part ni, aku terus terlintaskan incek gigi besi tu.
Aku jenguk fb, rupa² dia ada mesej.
See, SAMA kan dengan SITUASI si NANI?!
Aku bagitau dia.
Dia jawab -->> memang angau pun.
Ciskek sungguh.. grrr!!
Tapi aku suka.. ngeee.. *(^o^)*

Tu jela kot yg aku nak kongsikan...
Jadi pada korang yg peminat e-novel jugak.
Silalah berkunjung ke blog ZZ tu ek.
Tak rugi. Betul ni.
Nak gi lompat ke blog writer lain pulak.
Daaaa.... Ahaks!


posted from Bloggeroid

Walk Down Memory Lane

0
COMMENTS
Baru ni aku mimpi Mister Devil in Angel Suite a.k.a DiAS
Tanpa aku sangka siang tu aku dapat kol dari dia.
Terkejut jugak sebab dah lama tak berhubung.
Tapi lepas tu fikir balik,
apa nak diherankan maybe our mind on da same wavelength gitu.
Ahaks!

Itu kisah 2,3 hari lepas kot.
Kisah hari ni, tadi aku terlintas nak gi godek² instagram kawan lama aku,
merangkap kawan baik Mister DiAS tu.
Aku tak jumpa dia tapi aku jumpa gf. 
(gurl yg dia pernah buruk²kan pada aku suatu ketika dulu)

Why am I not surprised at all ek?
Maybe bec0z he is DiAS kot.
*Hanya aku yg paham* Hahaha...

Dan kejap tadi, masa aku sibuk kemas rak aku.
Aku jumpa album kecik tersorok dalam kotak.
Bila aku belek tengok... dang!!!
Ngaaa.. gambor lame aku ngn Mister DiAS.
Disebabkan takde alasan untuk aku terus simpan gambor² tu,
makanya aku ngan Adik jalankan misi kami.
Hasilnya... Tada!!!

Gunting² kasi jd cebisan kecik then campak
masuk tong sampah. =))
Tika ini, aku teringat kata kawan aku, si Aisyah tu.
Damn it, kill..kill.kill...
Hehehe.. aku takde ganas gitu pun.
Saja kasi meriah suasana je.
Lagi pun, semuanya dah jadi kenangan.
Biarlah ia hanya kekal dalam ingatan, selagi mana aku masih mampu mengingatinya.

Psstt.. sebenarnya; aku kagum dengan diri sendiri tau.
Sebab ape??
Sebabnya aku berjaya lupakan cinta pertama aku.
Cinta 10 tahun aku tuu...
Bukan lupa macam mana.. maksud aku..
Aku dah tak kisah dia nak bersama sape.. dia nak hilang.. dia nak melingkup ape suma..
Semuanya dah takde kaitan dengan aku. Dan hati aku langsung tak terusik or sakit disebabkan dia lagi.
Hebat tak aku?
Well, aku tetap rasa hebat.
Aku perasan ke? Hahaha..ade la jugak sikit².. =p
Yang penting, aku tetap bahagia walau tak bersama Mister DiAS.

Betul la orang kata;
Masa tu pengubat luka.
Maksudnya-
Parut tu memang akan ada tapi yang penting.. sakitnya berkurang seiring dengan masa.
Ngeee... bermadah la puloks! ^__^

Ok lah, sebagai penutup, amek la ni sebagai mutiara kata ye (^^,)

Cinta datang dan pergi. Redhakan aje. 
Sampai masa akan ada cinta yang akan bersama kita sampai ke hujung nyawa. 
- ZZ -

"Memories are what warm you up from the inside. But they're also what tear you apart..." 
- Haruki Murukami -

posted from Bloggeroid

Novel — ABM & PCBS

0
COMMENTS
Penantianku berakhir... setelah 4 hari menunggu dengan penuh tak sabor.
Jelesh oOo tengok geng kat group Acik Lana sume pakat dah pluk PCBS.
Tapi sekarang dah tak jelesh lagi.
Hooray!!!
TQ mister pOsmen.. Wink² ♥__♥


Bertambah la k0leksi novel penulis Acik Lana.
Lagi 2 buah belom terbeli
posted from Bloggeroid

Finally.. it's stop!

0
COMMENTS
Alhamdulillah...
Semuanya berakhir dengan baik.
Bila ada kerjasama drpd kedua²nya.
Terasa bagai terangkat semua bebanan di bahu.
Jadi ringan je.

Moga ini yg terbaik untuk kita.
I'm sorry and Thank You.
Hidup baik²...


BR1M

0
COMMENTS
Berkobar² nak amek duit ni.. BR1M...
Alhamdulillah la dapat
and
Thanks to our PM.

Alang² dah nak gerak gi ke pekan, hantar la che mek ni sekali.
Budak yg tinggi menggalah ni.
Pada hal baru form 2.

Sesampai je kat Dewan Arena tu, blurr kejap aku dan mak.
Orang dah la ramai giler.
Nak ke mana pun tak tahu.
Tanya sorang kakak tu, dia soh tanya petugas yg pakai baju 'dacing'.
Dah tau prosedur, baru leh lepak tunggu turn.
Dorang panggil sebaris demi sebaris (tempat duduk yg disediakan).
Lucky me, terima baucer dari tangan YB sendiri.
YB melayu, Dato' Ismail ke ape ntah namanya.
Selesai terima baucer, terus gi beratur kat kaunter lain pulak
untuk cash kan baucer tersebut.
Setel semua, baru gerak gi laksanakan urusan lain.

*Aku nampak penerima baucer*
- Orang Lelaki lebih ramai drpd orang pompuan
- Kaum Cina tersangat sedikit 
- Kaum India boleh tahan
- Kaum Melayu dah sah² la ramai

Nilah keadaan kat situ. Kira dah tak berapa ramai.
Agaknya sebab dah petang kot.
Lepas tu, aku gerak gi amek gambar pasp0t, makan² then last sekali...
Pegi pejabat p0st, hidupkan lesen aku yg mati bulan Ogos tahun lepas lagi.
Again, lucky me...
Walaupun aku hidupkan lesen untuk tempoh setahun, aku dapat extra 5 bulan o0oo..
Charge harga sama je.. RM32.
Jadi, total tempoh lesen aku; 1 tahun 5 bulan.
Ayah jelesh, sebab ayah hari tu kene charge lebih.
Hehehe...
Syukur².. Alhamdulillah ♥__♥





posted from Bloggeroid

Happy 3rd Besday

0
COMMENTS
Hari ni genap la 3 tahun, usia blog aku ni... 
Blog inilah yang menjadi saksi suka, duka, pahit, manis setiap hari yang berlalu dalam kehidupan aku.
Di sini juga menjadi ruang untuk aku meluahkan rasa...
Berkongsi cerita...
 (walaupun tau, takde orang pandang pun apa yg aku merapu kat sini)
Tapi aku tak kisahkan semua tu.
Aku bukan mencari perhatian, aku cuma mahu meluah perasaan.
Kerana bagi aku, blog inilah teman setiaku.

Jadi sempena ulangtahun blog aku ni,
dengan rasaminya aku, rasa nak tukar url blog ni dari
cik-applepie.blogspot.com
kepada
mizaeija.blogspot.com
Sebelum ni aku dok main tukar kejap² je, kali ni permanent dah.
Hehehe..

Aku tak tahu apa effectnya lepas ni,
tapi aku tetap gediks jugak nak pakai nama aku sendiri.
Apasal la dulu-dulu, aku tak terlintas mende ni ek.
Kebelakangan ni baru terlintas, tu pun tak tau nak tukar macam mana?
Ni, aku main bedal jek.. Ahaks!!
Naseb la...

Dalam masa 3 tahun merapu meraban...
entri yang aku post takda banyak mana..
pengikut setia pun tak berapa nak ada..
Tapi jadilah kan, daropada takda langsung..
Wieeehuuu...*(^o^)*

ONCE AGAIN, HAPPY 3rd BIRTHDAY TO MY BLOG!!
Sumber; GOOGLE



Betapa di Blog Acik Lana

0
COMMENTS
Lepak di blog Acik Lana

Inilah keje aku beberapa hari ni.
Ber'marathon' membaca semua hasil karya Acik kat blog beliau.
Sungguh la aku sangat tertarik dan dengan Laju je;
Aku menanam azam yang aku akan beli dan peluk semua hasil karya beliau itu.
Ewah, punya la semangat berkobar²  ni.
Ekekekek..

Aku baru ada satu. PYPAC yg Acik terbitkan sendiri.
Jadi memang harus la memilikinya. Takde jual kat mana² ni...

Novel pertama dari Acik Lana yg sudah berada dlm
pelukkan aku
Banyak lagi nak kene kumpul ni... Antaranya...

Semua ni aku nak peluk.. ngeee ^__^



posted from Bloggeroid

Make It Stop

0
COMMENTS
Untuk sekian kalinya, berperang lagi.
Kenapa payah sangat nak akhiri sesuatu yang mudah?
Kenapa mesti nak dipayahkan?.
Bosan, muak, penat... semua bercampur.
It's either me or you but...
I guess dis time, it is me who will make it stop.

Sumber; GOOGLE

nOtaKaki :~ Menduga hati dan perasaan sungguh la...
Penat o0ooo.. Haish!! (-__-")

My New Headphones

0
COMMENTS


Disebabkan earfon RM5 aku dah rosak (sempat pakai 2 minggu kot),
Tadaa!!!
Beli headf0n baru.. ngeee...
Beats tu.. ahaks!!
Tak kisah la pirate pun, janji bunyi de vass gitu!!
Meletop U!!

Dah macam ori je skali tengok kan!
Purple tetap jadi pilihan ^__^

Sempatlah merasa Japanese Creampuff,
Kak ngah beli.
Sedap weyh!!
Aku rembat telan 2 biji. Heeee....

Japanese Creampuff

posted from Bloggeroid

Makan² — ABC + Karipap Gulung

0
COMMENTS

Walau rupa tak lawa, tapi rasanya mebeles!!

Mimpi; I Miss U

0
COMMENTS
Aku mimpi ala-ala dapat mesej gini la..
Sumber; Google
Aku bermimpi incek gigi besi anta mesej pada aku.
Berbunyi camni; Sungguh, saya rindukan awak.
Macam real je tapi aku hakikatnya...
Jam loceng berbunyi, menyedarkan aku dari lenaku sekaligus
mencantas apa yang kufikirkan real rupanya hanya sekadar mimpi.
Haishh.. baru nak berbunga²  hati ni.. (-__-")

Tapi kejap tadi bila aku bagitau incek gigi besi tentang mimpi aku tu.
Senang je dia balas;
Rindu saya pada awak, itu adalah rahsia saya dengan Tuhan.

See.... itulah jawapan ala²  tanpa perasaan incek gigi besi.
Tak boleh kata apa, sebab sememangnya jawapan beliau sentiasa menyimpang jauh
dari skema yang aku ada....

Tapi aku tau.. dia memang rindu aku cuma takmo ngaku je...
Ngeeee *(^o^)*


Makan²—Lasagna

0
COMMENTS


Setelah membodek kak ngah.. Akhirnya, tada!!!!

Walaupun rupanya tak berapa nak menarik tapi rasanya sangatlah sedap.
Wink² ♥__♥
posted from Bloggeroid

Service Day & BR1M

0
COMMENTS
Hari ni hari rajin aku...
Abes satu bilik, aku servis..

Vacuum mak yg dah berusia belasan tahun kot
Sakit badan jugak la terbongkok² pastu terjingkit² nak bersihkan semua ruang yang ada.
Teringat beg yang lama tak berpakai.
Laju gi cari pengilat serbaguna kat depan.
Apa lagi, masa untuk mengilatkan apa yg kusam.
Penat... penat... penat....
Beg tak berpakai, berkulat la jawabnya
Cak!! Dah kembali baru

Lepas setel semua, lama jugak la aku amik masa berehat
sebelum gerak gi mandi.
Lelah sangat rasanya.
Sungguhlah badan aku tak sekuat dulu.

Namun......
Penat yang aku rasa tu, seakan hilang bila keluar je bilik air.
Mandi, segakan balik badan kononnya.
Jeng.. jeng.. jeng...!!!!!!
Surat BR1M sampai..
Ahaks!!

Alhamdulillah, penantianku membuahkan hasil jugak akhirnya.
Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih jugak pada kerajaan sebab tak ketepikan aku.
Syukur.. syukur.. syukur....
Boleh la berbelanja apa yg patut kan..
(Dalam kepala dah nampak novel je ni)
Wink² ♥__♥

posted from Bloggeroid