Deklamasi Puisi

Candid dari tingkap rumah je

Pertandingan Mendeklamasi Puisi peringkat IPD Hilir Perak sempena Hari Polis yg ke-206
Dengan tema Sangsaka Biru Pahlawan Bangsa

Seramai 15 peserta mewakili balai-balai under IPD Hilir Perak ni.
Aku bantai gelak la tengok sorang..sorang buat persembahan.
Ada yang pakai uniform lengkap polis, 
ada yang berbaju kebangsaan (baju melayu/baju kurung),
Ada juga yang siap pinjam uniform PGA, siap ikan kain key kat kepala.
Hehehe..
Semangat sungguh dorang kan?

Orang semua sibuk berpanas bawah khemah, aku dan mak lepak dalam rumah je.
Bukan setakat dengar, siap boleh intai kat tingkap je untuk tengok.
Hahaha...
Nak buat macam mana, semua ni diadakan tepi rumah aku je.
Dewan IPD sebelah rumah je.
Tapi dorang tak buat dalam dewan, kata ayah mungkin bergema
plus saje nak wat open. 
Semua orang boleh dengar.
.
Bila semua dah sampaikan puisi masing²
Sementara tunggu juri kira markah, 
timbalan KP IPD membuat persembahan, menyampaikan puisi beliau. 
Warkah terakhir seorang perwira...

Saat yang dinanti²kan..
2 juri dijemput khas dari kolej komuniti TI.
Pemenangnya;
[1] 91M:  Wira Sangsaka Biru - Sarjan Idris bin Mat Najat.(Teluk Intan)
[2] 89M: Lahad Datu - Kprl Mohd Salleh bin Pandak Hassan (Teluk Intan)
[3] 82M: Janjiku sebagai Anggota Polis - Konst Diana bt Mat Nawi (Chuicak)

Yeay.. abes dah. nak snap pic dorang pun, tak sempat.
Laju sangat.. huhuhu
posted from Bloggeroid

0 comments: