Melepak di blog ZZ

Ini dah menjadi kegilaan aku sekarang.
Melompat dari blog ke blog.
Baca segala e-novel yg ada pada setiap blog.
Kalau hari tu melekat kat blog Acik Lana.
Ni aku kat bloz ZZ a.k.a Zarra Zuyyin.

Aku marathon baca Suami Untuk Dilelong yg baru masuk bab 5.
Habis je baca tu, aku reverse untuk baca; 
Sungguh Aku Jatuh Cinta
yg cuma ada bahagian awal je sebab ia akan dijadikan mss novel.
Best jugak citer tu.
Banyak input yang dapat aku ambil dari situ sebagai penambah ilmu.

Meh aku kongsi sikit ye :~

:: Doa mohon cinta drpd Pemilik cinta ::
Ya Allah, Kurniailah aku cintaMu dan cinta orang yang cinta kepadaMu
dan cinta orang yang cinta terhadap Engkau (Ya Allah) 
lebih aku cintai daripada air yang sejuk.

:: Doa untuk bakal suami ::
Ya Allah, jadikanlah bakal suamiku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman
dan gembirakanlah bakal suamiku dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan.
Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.

:: Doa berikan petunjuk ::
Ya Allah. Tiada daya hambaMu ini untuk menidakkan setiap apa yang telah Engkau aturkan. Tunjukkan jalanMu ya Allah. Pimpinlah hambaMu ini ke jalan yang benar. 
Tunjukkan hakikat sebenar. Moga tiada tersasar rasa hati ini.

Yang ni pulak buat hati aku tertarik;

Taubat-Thajud_Hajat-Istikharah-Witir
Pandai-pandailah nak pujuk si Dia, petua dah cukup lengkap dlm Al-Quran,
malah Nabi dah aturkan langkah alam Sunnahnya.

Ni situasi sama yg aku alami sebaik sahaja aku abis baca part ni;


*****
Doktor Naufal Ikram! Tanpa sedar bibir laju menuturkan sebaris nama itu.
Ingatan pada tuan doktor tiba-tiba singgah. Entah kenapa terasa ingin berada dekat dengan tuan doktor. Ingin meluahkan segala-galanya. Aish, apa kena dengan kome ni Yang Nani...
Tiba-tiba pintu bilikku diketuk perlahan dan wajah Fida dengan segaris senyuman nakal tersembul di muka pintu. Aku pandang tepat padanya.

"Tuan doktor kat depan. Nak jumpa."

Kali ini aku telan air liur. Dahsyatnya, sekali seru sudah sampai. Aku garu kepala yang tak gatal. Pintu langit terbuka atau aku yang angau overboard! Tepuk dahi Nani.

*****
Bila aku baca part ni, aku terus terlintaskan incek gigi besi tu.
Aku jenguk fb, rupa² dia ada mesej.
See, SAMA kan dengan SITUASI si NANI?!
Aku bagitau dia.
Dia jawab -->> memang angau pun.
Ciskek sungguh.. grrr!!
Tapi aku suka.. ngeee.. *(^o^)*

Tu jela kot yg aku nak kongsikan...
Jadi pada korang yg peminat e-novel jugak.
Silalah berkunjung ke blog ZZ tu ek.
Tak rugi. Betul ni.
Nak gi lompat ke blog writer lain pulak.
Daaaa.... Ahaks!


posted from Bloggeroid

0 comments: