Abg cik beli ^__^ |
Duhai Hikayat,
Malam ni aku nak mula membaca kitab ni la. Pening jugak la nak faham semua istilah yang ada. baca novel laju je kan, beria siap tapi kitab macam ni punya la liat. Perlahan-lahan je nak boleh ke bukak dan baca.
Tapi kan, aku rasa nak kena banyak jumpa cik gugel neh. Cari makna bagi istilah-istilah yang aku tak faham. Barulah leh lancar dan faham je hayati kisah yang ada di dalamnya, tak gitu?
Agak-agaknya bila boleh khatamkan pun aku tak tahu.
Sinopsis:
40 hadis yang dihimpun menjadi sebuah buku ini merupakan hadis-hadis yang mencakupi pengertian yang lebih luas cakupannya berbanding apa yang telah dihimpun oleh ulama-ulama sebelum ni. Masing-masing hadis mengandungi kaedah-kaedah agama yang asas dan mendasar. Itulah yang dikatakan oleh ulama sebagai sumber asas Islam. Dan ada yang mengatakan bahawa ianya mengandungi separuh atau sepertiga dari ajaran Islam.
Semua hadis yang dihimpunkan ini merupakan hadis-hadis sahih dan sebahagian besar sememangnya diambil dari kitab Sahih Bukhari & Muslim. Ada sesetengah hadis yang sengaja tidak dicantumkan kesemua sanadnya semata-mata kerana tujuan untuk memudahkan menghafalnya dan diharapkan cara itu lebih mendatangkan manfaat. InsyaAllah.
Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sesiapa di antara umatku yang menghafal empat puluh hadis berkenaan agamanya maka ia akan dibangkitkan pada hari kiamat oleh Allah SWT di tengah-tengah himpunan para fuqaha dan ulama."
Menurut riwayat Abu Darda:
"Dan aku akan menjadi pemberi syafaat dan saksi baginya pada hari kiamat."
Manakala di dalam riwayat Ibnu Mas`ud:
"Diakatakan kepadanya; Masuklah ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang engkau suka."
Menurut hadis riwayat Ibnu Umar pula:
"Ia dicatat (dimasukkan) ke dalam golongan para ulama dan dihimpunkan bersama para syuhada."
Orang-orang yang rindu kepada akhiratnya sepatutnyalah meneliti hadis-hadis yang dihimpun dalam buku ini memandangkan kandungannya amat penting dan berguna bagi memandu kita menuju muslim yang taat dan takwa.
Hanya kepada Allah SWT jua aku bersandar dan kepadaNyalah aku kembalikan setiap urusan. Dialah yang berhak kepada pujian, memberi taufik dan Dia juga yang memberi nikmat dan Dialah tempat berlindung yang sebenar.
~ Semoga aku dapat khatam baca kitab ni... ~
0 comments:
Post a Comment