Kunci Hati Ini

   
Wahai calon buah hatiku...
Ketahuilah bahawa hanya namamu yang tersemat di jiwaku.
Janganlah kau ragui cinta yang kulafazkan di depanmu kerana cintaku bukan cinta palsu.
Ku tidak tahu berlebihan dalam dunia cinta, namun kumengerti apa itu erti setia. 
Bila ku katakan hanya engkau di hatiku, bermakna hanya engkau yg kutunggu untuk melamarku.
Tiada lagi cinta untuk insan lain selagi kesetiaan cintaku ini tidak dikecewakan dengan kepalsuan cinta darimu.
Ku percaya segala taqdir tuhanku, namun izinkan diriku kuncikan namamu terpatri di jiwaku hingga kita bersatu...
Sama2lah kita berdoa agar cinta kita ini direstu hingga akhir waktu...


0 comments: