•.¸.•❤•..•♥ Assalamu'alaikum wr wb ♥¸.•❤•..
♥♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥
Alhamdulillah pukul 10.45 pagi tadi, Kak Rin dah selamat diijabkabulkan dengan Abang Joe, tunangannya dulu yg kini dah pun selamat bergelar suami Kak Rin.
Seronoknya kalau dapat bersama Kak Rin waktu-waktu macam ni, menemani dia melalui saat-saat bahagia ni. Maafkan adikmu, sis... kerana tak bisa berada di sampingmu, menemanimu. Moga kebahagiaan itu milik kamu dan dia.
Aku teringatkan Arwah Am... Aku yakin Kak Rin apatah lagi... (T____T) Terasa nak tujukan pada Am pulak walaupun dia dah tiada bersama kami lagi.
Am,
Amanahmu telah aku jalankan sebaik yang mungkin. Semampu aku. Berkongsi kegembiraan dan juga kesedihan dia walaupun hanya dari jauh.
Am,
Kak Rin dah mulakan langkah baru dalam hidupnya. Aku hanya mampu doakan kebahagiaan dia dari jauh. Aku juga berharap dan berdoa agar Abang Joe tak sia-siakan Sis dan Naim. Moga tiada lagi air mata duka yang mengalir dari matanya selepas ini.
Am,
Aku yakin Kak Rin tak pernah lupakan sesaat pun kenangan korang berdua tapi aku juga tak mahu dia terus hanyut dalam kenangan korang. Cukuplah sekadar ingatan sekali sekala, tak elok untuk hidup dia selepas ini.
Am,
Tenanglah dikau di sana. Doa kami sentiasa mengiringi kamu di sana. Al- fatihah buatmu.
Kak Rin, adikmu tumpang gembira bila kamu telah berjumpa insan yang mampu menjaga dan berkongsi suka duka denganmu. Janganlah sesekali kamu jatuhkan air mata duka lagi. Bergembiralah kakakku... berbahagialah... Jangan bermasam muka, bergaduh teruk-teruk. Bersabarlah, berbincanglah moga jalan damai itu sentiasa ada dalam rumahtanggamu. Doaku turut sentiasa mengiringi kamu. Aamiin....

⊹⊱✿♥ Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorg ibu mencintai bayinya .
Maka tak ada alasan apapun di dunia yg dapat meretakkan rumah tangga
Kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH...♥
0 comments:
Post a Comment