Selamat Tinggal 2013

0
COMMENTS
 

Tahun 2013 hampir melabuhkan tirainya.
Hari terakhir untuk tahun ini.
31122013

Setahun ni, bertambah lagi kenangan dan pengalaman yang aku lalui.
Segala rasa pahit, manis, masam, masin, tawar.
Semua bergabung menjadi rencah yang menyedapkan lagi kehidupan aku.
Ada ketikanya aku gembira, ada ketika aku sedih.
Normal la tu kan?

Tahun ni.. hmm apa perkara besar yang jadi ek.
Kejap nak pikir.. Hmmm...

Haaa.. aku putus cinta. *lagi* 
(Tu pun tak dan nak mula mana lagi, jadi layakkah dikatakan putus cinta?)
Hahahaha...

Pastu aku jumpa kerjaya aku.
Jiwa aku.
Ini SANGAT BESAR bagi aku.
Apakah ia?

=MENJAHIT =

Maka memang aku abadikan hari2 aku dengan menjahit.
Aku seronok sangat.
Banyak perkara aku belajar dalam mengambil tempahan orang.
Kata mak, aku berani. 
Berani terima tempahan, walhal tak pernah buat lagi.
Jadi dengan kata lain, baju customer tu jadi bahan ekperimen aku.
Ngeh ngeh ngeh.
Alhamdulillah la, untuk masa ni semuanya menjadi.
Fuuhh.. lega. Nasib baik kan..
Kalau tak, haru nak mengganti bagai.

Tambah buat aku super duper happy dan kembang hidung...
Mak ayah dan kak ngah sangat bangga dengan kerjaya baru aku ni.
APa lagi, mak dan kak ngah makin rajin la beli kain.
Soh aku jahit.
Kikiki~

Lagi apa ya?
Kawan-kawan cheq pakat kawen, 
pastu yang da kawen pakat tambah anak.

Haish, tak boleh jadi ni...
Cheq jugak yang dok sorang2 lagi.
Rilek.. rilek.. jodoh cheq tak mai lagi.
Tahun 2014 cheq kena jalankan misi nampaknya..
Misi apakah?
= MISI MENCARI KEKASIH HALAL =
Kira azam baru aku la tu.
Boleh gitu?
Hahaha.. aku kalau tak merapu, tak sah. :p

Yang terakhir...
Jodoh Abang Cik dah sampai, baru ni dah diadakan majlis merisik simple.
InsyaAllah 12042014 bakal jadi tarikh bermakna buat dia dan kami sekeluarga.
Aaminn...

Itu jela kot, yang lain ada tapi malas nak senaraikan.
Kita highlight yang ni ja naaa...
Ekekekekek..

Moga kita dipanjangkan umur untuk meneruskan lagi kehidupan kita.
Dan juga....
Moga 2014 menjanjikan sesuatu yang lebih menggembirakan dan membahagiakan buat aku, 
kamu dan kamu...
Cepat aminkan...
Aamiin!!!!


Ok la, nak pi tengok Running Man Year End Special.
Daaa!!!

Good Bye 2013, Welcome 2014



Makai Ouji Devils and Realist

0
COMMENTS

ANime ni mengisahkan tentang William Twining yang punya pemikiran realistik.
Dengan kata lain, dia tak percayakan kewujudan God, Demon nd ANgel.
Pada dia, semua tu berkait rapat dengan Sains.
Sampai la dia didatangi oleh Dantalion, Demon yang berkuasa di Hell.
Hidup dia berubah 100%

Bagi aku, anime ni bahaya ditonton oleh budak2.
Risau berlaku kecelaruan tentang agama, akidah pun ya.
Tau la, anime ni banyak yang mengarut,.

Aku rasa ini mungkin olahan dari fahaman Kristian.
Sebab watak2nya - Solomon, Demon, Angel.
Ada terselit pasal Noah's Ark.

Korang tau kan nama2 tu..?
Takmo membebel panjang, mau tido sudah..

Kalau nak tengok, biar sekadar tengok saje ye...

Got Perfume

0
COMMENTS


Ngeh³.. hepi becoz i got this from Abang Cik..
Bau dia macam Anna Sui (yeke eja camni,lupa dah)


Baunya agak keras, aku kurang sikit tapi lama² ok la.
Hidung aku boleh terima.
Abang Cik main pilih je, sebab dia tak tau bau kesukaan aku.

Nanti nak kirim la, beli yg lain pulak.
Sebab dia dah tau sekarang jenis bau yg aku suka.
Heeee... =p

Yang sebelah aku punya ni, Kak NGah punya...


Untung la, sebab Kak Ngah tau apa yg dia nak.
Dia rajin pi bau segala perfume kat The Store or shopping mall kat Ipoh nuh.

FYI.. yang ni bukan oriGinal pom...
Hahaha..
Tapi ok la, baunya tahan berjam² jugak.
Hahahaha.. larikkkk!!!!!

posted from Bloggeroid

Her Legend

0
COMMENTS

Drama ni mengisahkan tentang 2 orang sepupu yang bertukar nasib.
Apabila makcik si heroin, merancang untuk menghantar anaknya kepada keluarga angkat yang kaya instead of si heroin.
Memandangkan mak angkat si heroin yang koma kepas mereka berdua terlibat dalam kemalangan.

Bertahun2 kemudian, si sepupu kembali ke tanah air bersama keluarga angkatnya.
Sedikit demi sedikit kebenaran terbongkar.

Haaa.. si heroin dan si sepupu ni bag designer.
Si hero pulak cucu kepada pemilik syarikat terkenal dlm pengeluaran beg.
Hero kedua, assistant kepada pakcik si hero.

Tengok la, macam mana si heroinyang dianiaya kembali bangkit dan terus mengejar cita2nya untuk menjadi bag designer.


Homemade Icecream

0
COMMENTS


Yeehaaaa!!! Kami adik bradik buat aiskrim ni tadi.
Aku cuti hari ni kan, jadi boleh la tolong menyibuk sama.

Sebelum ni kak ngah buat tak berapa jadi, banyak buih pastu dalam proses nak beku tu, dia jadi mendap.
Dia tak puas hati, tu yang kami try buat lagi.

Kali ni, aku pulak cuba buat ikut arahan dari kak ngah, chef tuu..
Adik pun tolong sama.
Alhamdulillah, suka hati kami. Menjadii!!!

See.. gebu kan??


Lepas tu, tuangkan dalam bekas asing2.
Sebab nak buat perasa berlainan.
Kami buat strawberi dan coklat.

Dah kacau sebati, apa lagi tuang la dalam bekas.
Kami boh dua flavour serentak, dan ia tak bercampur.
Dabel konfem, menjadi!!!



Nilah hasilnya....
Tada!!!!


Kami tambah cip coklat & acang hazel tadi.
Tabur je atas tu..
Nak kasi lagi mantop!
Ngeh ngeh ngeh..



Ni resipi dari Chef Fihana a.k.a kak ngah:-
3 cawan susu segar
1/2 cawan@tin susu pekat
1 sudu besar ovellate

Campurkan semua, pastu pukul dengan kelajuan sederhana selama 20min.
Bila dah kembang elok, boleh la asingkan bekas, then letakkan flavour kesukaan korang.
Kalau nak buat macam kami tu, pastikan 2,3 atau lebih flavour korang tu dituangkan serentak.
Baru lawa.

Nak buat ala² paddlepop pun boleh.(^_^)v

Pasni makin rajin la kami buat kot.

Zaman berubah, kalau dulu orang buat aiskrim batang yang seposen sepatang.
Sekarang, orang pakat buat aiskrim ala² Walls ngan Nestle dah kan..
Dunia makin maju katakan..

Tak sabar tunggu, aiskrim² tu beku dengan jayanya..

Ok la, nak pi sambung layan anime.
Ciao!! ♥♥♥
posted from Bloggeroid

Poseidon

0
COMMENTS

Aku baru abes tengok drama ni.
Aku lompat daripada episod5 terus ke episod akhir.
Heee...

Tak lalu aih nak tengok, banyak sangat rahsia yang berselirat.
Tapi kira hebat la dorang boleh buat jalan cerita camni.

Mencari mastermind yang macam wujud tak wujud,
dan dilindungi oleh semua pegawai tertinggi badan beruniform memang payah.
Konfem akan ada kebocoran maklumat atau sekatan siasatan di mana2.
Walaupun dorang ni badan siasatan rahsia.
Tetap maklumat tu bocor jugak.

Sebab tak sanggup nak peningkan kepala. maka aku lompat tengok pengakhirannya.
Kat situ semuanya didedahkan.
Satu demi satu terbongkar.
Conclude in just one last episode.

Bijak tak aku? Kikiki~
Dalam bijak2 pun, dah nama pun lompat, konfem la ada certain kisah yg aku tak tau kan.
Kisah tang tengah2 tu.
Tapi takpela, aku nak pi tengok drama lain plak.
Ciao!!




Kami Berjimba-jimba

0
COMMENTS
Kami kua berjimba2 kat Ipoh hari ni.
Lokasi pertama adalah JAKEL
Banyak sungguh kami borong kain kat situ.
Semuanya Lycra.

Biar gambar berbicara....
Pastu kami gerak pergi kat AEON STESEN 18
Perabes duit kat sini pulak. =p
Sebab dah lap0o sangat, kami cari makan dulu.
Cuba makan kat sini.. SWEET CHAT

Sebelum makanan sampai, kami posing sakan dulu.
Hehehe...




Tapi bila makanan sampai....
Alangkah keciwanya daku..
Nasi kunyit tu rupanya pulut kuning.
Uwaaaa!!! Mana mau, makan tengahri pulut kuning..
Tapi sebab dah order.. mahal pulak tu.
Telan jela...
Nasib baik gulainya, dibubuh ayam banyak2 dan isi pulak tu.
Terubat sikit rasa keciwa tu.

Air masing2 glemer abes...

Sudah makan, kami pi solat pastu sambung jalan2 perabeskan duit.
Kak Ngah ngan Olen nak cari kasut.
SO abes kedai kasut sukan kami redah..

Ramai giler manusia kat sini.
Heee... dah nama pun tempat shopping kan... 
Singgah kejap.. cuci mata....
Masuk sini.. lupa dah nama kedai..
dapat adik rembat satu jaket vasity...

Sini pulak tempat kegemaran aku.
POPULAR
Nampak novel sis ZZ.. SUD
Terus aku snap, tampal kat wall group beliau.
Hehehe..

Sini pun tempat kegemaran kami.
Sebab murah!!
Rembat tshirt saiz besar sehelai dua..

Sebelum balik, kami singgah sini.
Mam aiskrim mahal.
BaskinRobbin

Dah penuh plastik kat tangan, dah puas makan aisrim...
Maka kami pun gerak balik umah...

Sekian saja hari berjimba2 kami..
Nanti kami wat lagi aktiviti ni ya.
InsyaALLAH....


posted from Bloggeroid

Personal Taste

0
COMMENTS
Drama ni pulak tentang sebuah penipuan yang berakhir dengan kebenaran.
ANtara cinta dan impian.

Ia mengisahkan Pereka Perabot, Park Gae In yang simple, clumsy, naif dan baik.
Yang patah hati selepas putus cinta dengan teman lelakinya.
Yang menyakitkan dia, teman lelakinya nak berkahwin dengan kawan baiknya tanpa dia ketahui.
Dalam masa yang sama, Jeon Jin Ho sorang arkitek yang tengah struggle untk selamatkan firmanya
terpaksa menggunakan peluang yang ada untuk mendekati Gae In.
Selepas dia mengetahui, Dam Art Curator sangat mengkagumi rekaan bangunan Sanggojae, iaitu rumah Gae In yang dibina oleh ayah Gae In.

Bila Gae In bukak iklan kata perlukan orang untuk sewa bilik di rumah itu, Jin Ho masuk.
Nak dijadikan Gae In salah faham, ingatkan dia GAY.
Dan disebabkan itulah, Gae In benarkan Jin Ho menyewa bilik di rumahnya.

Lepas tu, macam2 mende jadi.
Sampai la mereka saling jatuh cinta.

Citer ni best jugak la..

Spy Myung Wol

0
COMMENTS

Ini pulak kisah spy.
Spy cantik dari Korea Utara, Han Myung Wol yang menyeludup masuk ke Korea Selatan
untuk menyempurnakan misinya.
Iaitu membawa/menculik Kang Woo, artis terkenal di Korea Selatan ke negaranya.
Untuk menyempurnakan misi itu, dia terpaksa mengorat atau membuat Kang Woo jatuh cinta pada dia.
Yang akhirnya menjadikan situasi berubah abes.

Ya, dia jatuh cinta betul2 dengan Kang Woo.
Mana taknya, abes watak dia bawak semata2 nak buat Kang Woo jatuh hati kat dia.
Jadi pelajar lah, bodyguard, pelakon pun ye.

Terselit jugak mende lain, macam misi Choi Ryu yang ingin mengumpul 3 4 buku lama yang dikatakan dapat memberi pengaruh besar pada pemiliknya.
Kuasa besar pada sesebuah negara.
Choi Ryu ni pun spy dari Korea Utara jugak.
Dalam menyiasat hal tu, terbongkar jugak kes pembunuhan ayah Kang Woo.

Ada In AH yg mulanya sukakan Kang Woo tapi lama2 sukanya beralih kepada Choi Ryu.
Lepas macam2 mende jadi.


Heee.. drama lama ni.
Terasa nak tengok plak. Malas nak citer dah.
Nak tempek gambor plak.
Ngeh3

School 2013 (KDrama)

0
COMMENTS
Drama ni ala2 gokusen.
Bezanya Gokusen tu, cikgunya cucu Yakuza.
Jadi memang nak lawan budak2 nakal tu kacang jela.

Tapi yg ni, cikgunya lembut..tegas sikit2 tapi sangat sayang dan memahami pelajar2nya yg nakal.

Setiap sorang pelajar kelas 2-2 ni punya kisah rumit mereka sendiri.
Dan macam mana, homeroom teacher atau guru kelas mereka, yang asalnya sorang kemudian jadi dua orang, handle mereka semua.
 



Kisah biasa2 je.
Endingnya lagi la.. gitu je..
Tapi aku jugak yg tengok sampai abeskan..
Adesss!!

Hakkenden: Eight Dogs of the East S02

0
COMMENTS

Yang ni 2nd Season.
Misi Shino diteruskan lagi untuk mengumpul the Eight Beads mewakili Eight Dogs warrior la lebih kurang.
Macam2 benda jadi.
Tetap best!

Hahaha.. aku suka anime jenis ayakashi camni.

Ni aku jumpe picture chibi character dorang.
Aku tempek kat sini.

Inuzuka Shino - Devotion bead holder - Posses by Murasame
Inukawa Sousuke - Duty bead holder - shape shift into Dog
Hamaji - sister to Shino & Sousuke
Inukai Genpachi - Faith bead holder - Lightning Demon
Inusuka Keno - Wisdom bead holder - posses sword name Osaza
Inuyama Dosetsu - bead holder - has snow spirit Yukihime
Mizuki Ayane - one of  4 Sacred Beast Houses - friend of Hamaji - has Snake spirit Chikage 
OSaki Kaname - one of 4 Sacred Beast Houses -  has 5 foxes as a servant
Satomi Rio - One of 4 Sacred Beast Houses - spirit of giant wolf Yatsufusa
 Watak yg lain tak jumpa gambor chibi yg comey camni.
SOb3..

Ok la, nak tido dah..
InsyaAllah nanti daku merapu lagi.
Daaa