Another (Anime)

 Tengah malam tadi tengok anime ni.
Serius, seram giler.
Dah la pakai earphones.. lagi dahsyat la bunyi nyer.

Anime ni adalah adaptasi dari novel seram jepun.
Ia mengisahkan tentang misteri yang menyelubungi class3-3 di Yomomiya North Middle School.
Misteri itu bermula selepas kematian Misaki 26 tahun yg lalu.

Misaki ni dikatakan pelajar cemerlang dan disayangi guru dan rakan2 sekelas,
namun disebabkan mereka tak dapat terima kematian mengejutnya...
mereka berlagak seperti dia masih hidup.
Namanya, kerusi mejanya kekal ada di kelas tu.

Bermula dari situlah, tahun2 selepas itu, setiap kali mula sesi persekolahan yang baru.
Nama akan lebih satu.
Kerusi meja pasti tak cukup.
Dorang gelarkan 'ExtraOne'

Bila extra one tu muncul, pasti akan jadi kematian misteri lagi ngeri, kejam dan dahsyat.
Melibatkan pelajar atau guru kelas tu.
Dan keluarga terdekat pun pasti terlibat sama.

Selepas 20 tahun lebih, dorang menemui cara untuk mengelakkan kejadian ngeri tu berlaku.
Iaitu dengan mengabaikan kehadiran atau kewujudan seorang pelajar dalam kelas tu.
Untuk mengimbangi balik keadaan, menjadi yang asal.
Extra One tolak sorang. Akan jadi kosong la kan?

Tahun itu, Misaki Mei terpilih untuk diabaikan.
Serius aku ingat dia la hantu a.k.a extra one tu.
Dah nama pun Misaki.

Segalanya terbongkar bila Sakakibara, berpindah dari Tokyo masuk ke sekolah tu dan ditempatkan di kelas tu. Kelas 3-3.
Keseimbangan mula terganggu, apabila Sakakikabara mula bertegur sapa dengan Misaki Mei  yang sepatutnya diabaikan.
Dan disebabkan itu, kejadian kematian ngeri mula berlaku,
Sorang demi sorang pelajar atau keluarga dorang mati dengan ngeri.

Maka Sakikabara dan Misaki mula menganalisis situasi tersebut dan berpakat dengan yang lain untuk mencari jalan penyelesaian.

Misaki ni ada mata palsu, dia panggil mata hijau dia tu mata doll.
Mak dia yang buatkan.
Dan mata doll dia ni, boleh melihat aura kematian pada seseorang.
Atas bantuan Misaki, dorang dapat kesan siapa Extra One dikalangan mereka.
Dan hanya dengan membunuh Extra One tu je, kejadian ngeri tu semua akan berhenti terjadi.

Seram tak?
Bagi aku seram oo.. kalau yang real, sumpah aku tak tengok dah.
Dengan darah banyak sana sini.
Naik loya tekak aku.

 Tengok la weyh..
Best walaupun seram..
Hehehe


0 comments: