Drama ni pun antara kesukaan aku.
Suka ada, sedih lagiii la ada.
Tak masuk akal pun ya.
Hahahaha..
Tapi layankan je..
Dah masuk jiwa katakan =p
Ia mengisahkan tentang Shin Ji Hyun yang koma selepas terlibat dalam kemalangan.
Dan disebabkan kecelaruan data yg berlaku, Malaikat Maut atau nama glemer Scheduler tak boleh anta roh Ji Hyun ke alam mati.
Makanya Scheduler dan Ji Hyun buat deal.
Dalam masa 49 hari, Ji Hyun kena dapatkan 3 titis air mata ikhlas.
Kalau dia berjaya, kemungkinan besar dia kan dihidupkan kembali dari koma.
Ji Hyun & Scheduler@Song Yi Soo |
Dan untuk menjayakan deal tu, Ji Hyun dibenarkan untuk menumpang badan manusia biasa.
Dan orang tu adalah, Song Yi Kyung orang yang menjadi punca Ji Hyun jadi camtu.
Yi Kyung & Ji Hyun |
Yi Kyung ni punya cerita sedih. Later di hujung2 cerita,
terbongkar la.. yang Scheduler@ Yi soo adalah kekasih Yi Kyung yang mati dalam kemalangan 5 tahun lepas.
Yi Kyung atau nama lainnya Shin Ji Min jugak sebenarnya kakak pada SHin Ji Hyun.
yang hilang masa dia kecil dulu.
Dalam tempoh 49 hari tu, banyak la mende yang Ji Hyun discover.
Suka, duka.. gelak dan air mata memang ada la sepanjang aku tengok drama ni.
0 comments:
Post a Comment