Cunning Single Lady

0
COMMENTS

Yeayyy!!
Abes dah marath0n drama ni.
Best.. best..dan best..!!!

Jalan ceritanya simple je tapi suwiittt tu tetap hado.
Ai sukee..

Kisah tentang Na Ae Ra dengan Cha Jeong Woo.
Ae Ra failkan penceraian mereka bila Jeong Woo gagal berkali2 dalam bisness yang dia setup.

3 tahun kemudian, mereka berjumpa kembali.
Dan yang mengejutkan Ae Ra, Jeong Woo dah jadi CEO syarikat besor, DontTalk.
Jeong Woo kayo, dia kayap. 
Kikiki~

Bermula daripada situ la, Ae Ra pasang strategi untuk masuk dalam syarikat Jeong Woo
dengan tujuan membalas dendam.
Tapi Jeong Woo fikir Ae Ra nak dekatkan diri pada dia sebab dia dah kaya.

Macam2 la jadi pastu.
Nak tau, sila tengok sendiri ye..
Wekkk =p


Dapat dah Brother 3034D!

0
COMMENTS
Impian jadi kenyataan...

Si Putih berganding dengan Si Abang hensem!
Kesian, Si Krim diketepikan.. kikiki~~

Ini bila ketiga-tiga mereka bergabung..
Ngeee~~
Kebangganku.. Kesayanganku...
Terima Kasih ayah, mak!
Kalau mak ayah tak jumpa kedai ni,
jawabnya lambat lagi la kak long dapat miliki 'Abang' hensem idaman hati ni kan..
Hehehe..

Oh, Abang hensemku!!! ♥♥
posted from Bloggeroid

God's Gift - 14 Days

0
COMMENTS

Drama ni penuh debaran. Banyak sangat misteri yang nak kene dirungkaikan.
Penat nak abeskan tengok tapi excited.
Tu yang melekat tengok. Sanggup bermarathon tu.
Ape punya perangai kan?

Ini mengisahkan heroin Soo Hyun yang travel back 14 days sebelum kematian anaknya.
Dan mencari siapa dan mengapa anaknya dibunuh.

Selain dia, Dong Chan jugak diberi kelebihan yang sama.
Dan dia ingin membebaskan abangnya yang terencat akal daripada menjalani hukuman mati.
Dalam menjalankan misi mereka bersama,
secara tak langsung mereka menemui rahsia demi rahsia.
Dan disebabkan rahsia itulah,
terlalu ramai yang menjadi mangsa dan mati.

Di hujung episod,
Kita kena buat pemahaman dan kesimpulan sendiri tentang ending dama ni.
Macam 9th times time travel jugak.
Huhuhu..

Tengok la drama ni, best!

Bride of the Century

0
COMMENTS

Drama ni episod 1 nya bermula dengan klimaks terus.
Memang buat aku teruja abes la nak tengok.
Tapi lepas tu, episod demi episod mendatang..
dah jadi macam bosan pulak.

Tapi aku layankan jugak sampai abes 16 episod.
Ngeh ngeh ngeh~

Oh ye, drama ni pun ada hantu jugak.
Hantu yang leh buat kita gelak dan kita pelik dengan dia.

Nilah hantunya... 

Boleh kata citer ni terjadi disebabkan hantu tu la..
Dia yang bermain dengan takdir si hero dan si heroin dan si heroin jahat.
Si heroin berdua tu muka sama.
Hantu tu punya keje.

Nak tau.. tengok la ye.. ;)

Ghost Seeing Detective Cheo Yong

0
COMMENTS

Drama ni 10 episod je.
Memnag laju la nak bermarathon.

Ia mengisahkan tentang si hero yg merupakan pegawai polis aka detektif yang boleh nampak hantu.
Jadi boleh dikatakan segala kes jenayah yang berat, semua dia yang setelkan.

Tapi dalam banyak2 hantu tu, macam ada hantu yang menyimpan dendam pada dia.
1 lagi, muncul hantu comel yang membantu dia menyelesaikan
jenayah misteri yang jadi pada setiap episod.

Dalam gambor atas tu, 
kiri - budak pompuan yang pernah dia selamatkan masa zaman pompuan tu sekolah tinggi.
kanan - hantu comel yang memberikan kita persoalan demi persoalan. Kenapa dan ada apa dengan dia?


Daripada gambor pasti korang tertanya2 apa perkaitan keduanya kan?
Ewahhh.. ayat..

Well, macam biasa.. nak tau.. sila tengok ye.. ^_^v


Witch Craft Works

0
COMMENTS

12 episod.
Mengisahkan tentang Kagari yang dipanggil Princess, merupakan salah sorg powerful Witch.
Dia ditugaskan untuk melindungi Takamiya daripada witch yang jahat.
Kerana pada Tamamiya, ada kuasa super hebat yang mereka mahukan..

Aku takde fokus sangat sebab tak berapa best kot.

Persediaan Kenduri Abang Cik

0
COMMENTS
Kami test hias hantaran..

Ni pulak untuk goodies..

=Updet=
Tambah lagi plastik, dalam tu penuh gula2..


Mak sepupu tengah gubah telekung untuk letak atas dulang hantaran.

Yang dah siap..
Yang lain tu dulang yang dah berhias je.
Barang2 belum boh lagi.

=Updet=
Sume ni baju yang aku jahit untuk kami semua pakai kenduri nanti.
Makcik ngan sepupu aku pun join soh aku jahit sama.
Jenuh weyh!!!

Ni hasil kreativi ayah aku.
Replika Menara Condong katanya..

Tadaa!!
Siap semua dah barang2 hantaran.
Esok harinya!

Moga semuanya berjalan lancar esok.
Aamiin..
Doakan kami sama ya.
posted from Bloggeroid

Emergency Couple

0
COMMENTS

Kyaaa!! Aku suka drama ni!!!!
Sebab ade ji Hyo ngan Jin Hyuk.
Ji Hyo sebab Running Man.
Jin Hyuk sebab kemachoan dan suara maskulin dia tu.
Wahhh,, cair ooo!!

Beria kan? =p


Kisah pasal pasangan bercerai dan kemudian berjumpa kembali
apabila mereka menjalani praktikal di hospital yang sama.

Keje deme ni gaduh sesaje.
Tapi comel.
Hehehe..
Nama pun drama romentik komedi, ye tak?

 Babak2 dalam drama ni.

 Pelakon2 hebat yang memantapkan lagi jalan cerita drama ni.

Oh ye, Gary (Running Man-Monday Couple) jugak buat kemunculan.
Walaupun kejap, tapi dah cukup bagi kami peminat RM
bersorak gumbira abes.
Hehehe..

Baik korang pi tengok.. =p

Inari, Konkon, Koi Iroha

0
COMMENTS

Uka no Mitama no Kami and Inari Fushimi


Hidup Inari berubah apabila dia bertemu dengan Dewi Uka yang menjaga temple Inari.
Tambah pulak apabila Uka memberikan sedikit kuasanya pada Inari.
Itu membolehkan Inari berubah untuk menjadi sesiapa sahaja..


Best giler anime ni.
Sedih sampai buat aku nanges.
Comey dan kelakar tetap ada.

Tengok la.. betapa dalam dan rapatnya kasih sayang dan persahabatan antara manusia dan dewi ni.

Wizard Barristers: Benmashi Cecil

0
COMMENTS

Ada 12 episod.
Mengisahkan tentang Sudou Cecil yang merupakan Wizard Barristers termuda dalam sejarah.
Dan tujuan dia jadi WB hanya satu;
Dapatkan Retrial untuk ibunya yang dituduh menyalahgunakan magik,
Bla bla bla..

Takde best sangat, biase2 je..


D-Frag!

0
COMMENTS

Marath0n citer ni.,
Best jugak!
Pasal Kenji Kazama yang di scout masuk Game Creation Club.
Kenji ni samseng sekolah tapi disebabkan satu insiden yang jadi,
dia terpaksa join kelab tu.

Bermula dari situ la, kehidupan hariannya berubah
bila involve dengan ahli kelab yang lain.
Layan jugak la..

Ngeh ngeh ngeh...

The Mortal Instruments

0
COMMENTS

Rupanya movie ni diadaptasikan daripada novel.
Ada 6 siri novel ni cuma yang 1st siri ni je yang baru diadaptasikan.

Citer ni menarik jugak.
Aku suka citer pasal magik2 ni.
Ngeh3..

Ia mengisahkan tentang Clary Flare yang baru mengetahui bahawa dia mempunyai dunia kedua, selain daripada dunia biasa.
Iaitu Shadow World.
Di mana dia mengetahui dan mempelajari siapa sebenar kedua ibu bapanya dan kuasa apa yang ada padanya.
Bla bla bla..

Korang tengok la ya nanti.. =p



Percy Jackson: Sea of Monsters

0
COMMENTS

Ni yang Part II.
Citer simple je, tapi aku layankan aje tengok.
Waktu santai katakan..

Kali ni Percy diperkenalkan dengan sorang lagi anak Poseidon.
Dengan kata lain, abang dia..Tyson.
Dorang mengembara bersama2 untuk mencari Golden Fleece yamg dapat menyembuhkan apa sahaja.
Demi untuk ubati pokok sakti yang diracun dek Luke.
Pokok itu melindungi kem mereka dengan menjadi magical border.
Dan dikatakan pokok itu asalnya adalah Thalia, anak pada Dewa Zeus.
Bla..bla..bla..

Rajin pulok aku bercerita kan.. =p