Pengalaman Temuduga Pembantu Tadbir N17 SPP


Alhamdulillah, lega.
Dah lepas melalui saat2 yang selalu buat aku semput, tak cukup nafas.
TEMUDUGA!!

Hari ni, hari ketiga sesi temuduga.
 26 Ogos 2014
Bertempat di bilik temuduga 2, Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

Aku gerak dari Teluk Intan seawal 6.20 pagi.
Sampai tempat tu, elok2 7.30 pagi.
Lega weyh.

Macam biasa la, daftar dulu.
Check segala sijil asal ngan salinan..ada ke tidak.
Cukup ke tidak.

Ada 2 bilik temuduga.
Bilik 1 - Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan
Bilik 2 - Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi

Bilik 2 : Nebes tengok panel yang masuk tu dua2 lelaki.
Muda pulak tu.
Lagi nebes tengok yang bilik 1.
Panel seorang lelaki (Tuan Haji), seorang perempuan, (Cik)
Gaya macam serius je deme tu.

Tapi tak kesah la, sebab aku bilik 2.
Masuk pulak berlima.
Kurang sikit nebesnyer.
Cuma penat nak berlumba grab point first la, bila diajukan soalan.

Temuduga kali ni, memang la.
Lain sungguh dari yg aku dok baca masa blogwalking pasal temuduga PT ni.

Penat je baca segala isu semasa.
Hafal segala pasal pendidikan.
Alih2 panel2 soal, semua berkaitan dengan 'Apabila menjadi PT'

2 panel penemuduga kami;
Encik Faidzul - JPN
Encik Muiz - SPP
Sangat santai lagi sempoi.

Encik Faidzul tu selalu buat aku nak gugur jantung. SUka benor sebut nama aku.
Asal aju soalan je, panggil nama aku dulu.
Tapi okay jugak la kan, tak payah susah2 nak berebut point jawapan.

Aku masuk bilik tu berlima.
Boleh kata semua dah bekerja.
Nak2 2 orang calon tu.
Memang keje sbg PT sambilan.
Sorang dekat Klinik Kesihatan Taiping, sorang lagi kat LHDN.
Untung la deme kan, memang dah tau suasana dan situasi keje tu macam mana.

Balik pada soalan cepu cemas para panel ek.

Antara soalan2 panel :-
--> Kenapa minat nak jadi PT?
--> Tugas2 PT
--> Sape customer kita?
--> Macam mana nak handle customer yang banyak songeh?
--> Macam mana nak tangani stress keje?
--> Bila ada konflik ngan bos, macam mana nak buat, nak setelkan?
--> Kalau ada customer datang lepas waktu keje, macam mana nak handle?
--> Macam mana cara nak jawab panggilan telefon?

Tengok!!
Takde langsung soalan berkenaan isu semasa,
atau pun segala yg berkaitan pendidikan.

Apa pun, aku dah cuba jawab sebaik mungkin.
Kalau ada rezeki aku, ada la kan.
InsyaAllah..aamiin...

Okeh, masa rehat daku.
Esok baru mula balik merempit.
Ciao!!!

8 comments:

Unknown said...

Semoga ada rezeki untuk dapat job ni. Insha Allah. Jangan putus asa.

MizaEija said...

Peluang agak tipis.. intebiu seMalaysia. vacancy 1000 je kot.
tapi rezeki Allah swt kita tak tau kan..

Kalau dapat mmg alhamdulillah, kalau tak dapat.. kita usaha jadi tailor yg berjaya.. aamiin.. insyaAllah..



Anonymous said...

Awk dpt x jawatan ni?

MizaEija said...

@masrifah - haaa yg ni sy musykil sebabnya.. temuduga ni mcm tak wujud je. Kt website takde kua pape updet result intebiu ni, surat lulus ke gagal pun tak dpt2..

Akma said...

Salam. Nak tanya. Sekarang apa keputusan temuduga tu ye? Lulus ke tak ?

Anonymous said...

Awk pn dpt interview jgk ke akma?

MizaEija said...

Saya assume tak dapat.. macam sy bgtau sebelum ni, mmg takde result temuduga ni kat website.. surat lulus or gagal pun takde dapat..

Akma said...

Ye, sy dapat jugak. Sekarang ada kat polisas. Hhehe